:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Jumaat, 1 Jun 2012

Umat Islam dituntut taat, patuh kepada pemerintah



Khutbah Jumaat:


Umat Islam dituntut taat,

patuh kepada pemerintah



KEDUDUKAN seorang pemimpin adalah mulia dan tinggi kerana mereka disyariatkan bagi menggantikan tugas kenabian dalam memelihara agama dan mentadbir urusan dunia umat Islam.







Menurut Imam al-Mawardi dalam kitabnya al-Ahkam as-Sultaniah, antara tugas pemimpin adalah menjaga hal ehwal agama dan mentadbir urusan dunia.
Sebagai rakyat Malaysia kita hendaklah bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dikurniakan seorang raja dan pemimpin yang sentiasa bertanggungjawab serta kasih terhadap rakyatnya. Ini jelas dilihat melalui kemajuan untuk kesejahteraan rakyat dilaksanakan serta dinikmati rakyat hingga menjadikan negara seiring negara maju yang lain. Demikian nikmat dikurniakan Allah SWT kepada kita.
Firman Allah SWT bermaksud:





“Wahai kaumku!

Sembahlah kamu akan Allah!

Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu

selain daripada-Nya.

Dialah yang menjadikan kamu

dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu

memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun

kepada Allah dari perbuatan syirik,

kemudian kembalilah kepada-Nya

dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya

Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa

memperkenankan permohonan hamba-Nya.”

(Surah Hud, ayat 61)







Perkara Tiga (3), Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Islam adalah agama persekutuan atau dimaksudkan juga sebagai agama negara. Bagaimanapun agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.






Raja berperlembagaan bukan saja menjadi lambang sebuah negara berdaulat, bebas dan merdeka, tetapi ia juga lambang kekuatan agama dan bangsa.





Negara kita mempunyai penduduk berbilang kaum dan agama. Masing-masing berusaha memperjuangkan hak asasi budaya dan agama mereka. Kita bersyukur dan menjunjung kasih dalam suasana genting dan gawat, Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja membantu menyelamatkan ketegangan politik, menjaga kesucian Islam, adat istiadat orang Islam dan menjadi simbol perpaduan rakyat negara ini.






Islam adalah agama Allah yang diturunkan kepada manusia. Sebagai ketua agama Islam, memperlihatkan amanah dan tanggungjawab yang dipikul Yang di-Pertuan Agong amat berat. Maka, rakyat yang berpayung di bawah pemerintahan Baginda hendaklah sentiasa memberikan taat setia tidak berbelah bagi kepada pemerintah negara.







Ingatlah kita sebagai umat Islam diajar supaya taat dan patuh kepada pemerintah seperti firman Allah SWT bermaksud: “Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Rasul dan kepada Ulil-Amri dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul-Nya jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.” (Surah An-Nisa’, ayat 59)






Bagi mengekalkan suasana aman damai ini, rakyat Malaysia perlu hidup penuh mahabbah serta bersatu padu menjunjung institusi Raja Berperlembagaan. Elakkan terbabit sebarang tindakan boleh menggugat atau mencemar institusi Raja-Raja serta mempertikai kesucian Islam.







Ulama Abu Abdullah menyatakan dalam kitabnya Tahzib al-Risalah, teraturnya urusan agama dan dunia adalah sesuatu yang dituntut dan ia tidak akan berlaku tanpa kewujudan pemerintah. Kalaulah tidak wujudnya pemerintah nescaya keadaan manusia akan menjadi kacau-bilau dan mereka akan saling bunuh membunuh antara satu sama lain.








Sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, tanamkan rasa kasih sayang antara rakyat berbilang kaum, kukuhkan perpaduan untuk hidup aman damai, menikmati keadilan, kemakmuran dan keselamatan sepanjang zaman. Kita juga memohon dijauhi malapetaka yang boleh menjejaskan usaha membangunkan agama, bangsa dan Negara.








Firman Allah bermaksud:






“Dan

taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya,

dan janganlah kamu berbantah-bantahan;

kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat

dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah kamu;

sesungguhnya Allah berserta orang yang sabar.”



(Surah al-Anfaal,
ayat 46)








Khutbah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)









Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...