:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Khamis, 21 Jun 2012

Sya'aban



Pengertian Sya’aban:


Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Cahaya.






Berkata Siti Aisyah r.a,

bulan yang lebih dikasihi oleh Rasulullah S.A.W

ialah bulan Syaaban.

Sabda baginda:

" Sya’aban adalah bulanku

dan Ramadhan adalah bulan umatku.

Syaaban ialah

mengkifaratkan (menghapuskan) dosa

dan Ramadhan ialah

menyucikan dosa (jasmani dan rohani).”





Sabda Rasulullah s.a.w:


" Bahawa kelebihan Rejab

atas bulan-bulan yang lainnya seperti

kelebihan Qur’an atas segala kalam.

Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lainnya

seperti kelebihanku atas segala Anbia’ (Nabi-nabi).

Kelebihan Ramadan atas bulan-bulan yang lain

seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.”



Sabda Rasulullah s.a.w lagi:


" Dinamakan Syaaban kerana

padanya terdapat kebajikan yang amat banyak,

dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan

ialah puasa bulan Syaaban.”








Sabda Rasulullah s.a.w:




" Bahawa puasa Syabaan kerana

membesarkan Ramadhan.

Siapa yang berpuasa tiga hari

daripada bulan Sya’aban, kemudian dia

bersalawat atasku beberapa kali

sebelum berbuka puasa maka diampunkan

oleh Allah dosanya yang telah lalu,

diberkati rezeki baginya”










Sabda baginda lagi:




" Bahawa Allah Ta’ala

membukakan pada bulan itu

tiga ratus pintu rahmat.”










Bulan Sya’aban,
keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban
seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya.







DariYahya ibni Abi Khasir, dari Irwah dari Aisyah r.a,
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud,







“Jibril telah mendatangi aku dan berkata:

Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban.

Pada malam itu

Allah membebaskan hamba-hambaNya

dari siksaan Api Neraka seramai bilangan

kambing Bani Kalb (merentasi satu tempat)

selama sebulan. Pada malam itu

Allah tidak menoleh (tidak mengampuni)

kepada orang yang melakukan syirik,

pengadu domba (batu api-, pemutus silaturrahim,

penderhaka kepada kedua ibu bapa

dan orang yang ketagih arak”.




( Hadis riwayat Ibnu Majah,

Imam Ahmad, Al-Tarmizi. dan Al-Baihaqi.)






Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...