Qada solat fardu
jika terlupa atau tertinggal
kerana uzur
Oleh itu, setiap solat yang tertinggal wajib diqada. Ulama membahagikan solat yang perlu diqada kepada dua iaitu solat bagi mereka yang tertinggal solat dengan keuzuran dan kedua, solat yang tertinggal tanpa keuzuran.
Ulama fiqah dalam Mazhab al-Syafie, al-Maliki, al-Hanafi dan al-Hanbali sepakat mewajibkan segera mengqada solat wajib yang tertinggal tanpa keuzuran kerana meninggalkan solat tanpa keuzuran syarak adalah berdosa.
Sabda Rasulullah SAW:
"Barang siapa yang melupai solat
maka hendaklah dia menunaikannya
apabila dia teringat".
Abu Hurairah meriwayatkan satu peristiwa, Rasulullah SAW ketika pulang menunggang unta dari peperangan Khaibar merasa mengantuk sangat sehingga Baginda bersabda:
“Wahai Bilal kita telah ditimpa malam.”
Maka bilal menunaikan solat beberapa rakaat yang terdaya beliau, manakala Rasulullah SAW dan sahabat terus tidur.
Apabila hampir fajar, Bilal menyandarkan badan pada tunggangannya sehingga Bilal tewas dalam mengantuk. Tiada seorang daripada kalangan sahabat yang terjaga sehinggalah mereka terasa kepanasan matahari, Rasulullah SAW adalah yang terawal bangun lalu Baginda terkejut.
Lantaran Bilal berkata:
“Demi ayahku dan ibuku apa yang berlaku pada diriku jugalah yang menimpa dirimu wahai Rasulullah.”
Kemudian kesemua sahabat bersiap untuk solat, Rasulullah SAW berwuduk dan menyuruh Bilal iqamat lalu Baginda menunaikan solat fajar dengan mengimami sahabat.
Apabila selesai menunaikan solat,
Baginda bersabda:
“Barang siapa yang melupai solat
maka hendaklah dia menunaikannya
apabila dia teringat. "
Sesungguhnya Allah berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya Akulah Allah,
tiada Tuhan melainkan Aku oleh itu,
Sembahlah akan daku, dan dirikanlah solat
untuk mengingati daku.”
(Surah Tahaa, ayat 14)
Qada solat boleh dilakukan pada bila-bila saja kerana wajib itu kekal. Malah, orang yang tertinggal solat dengan alasan tertidur atau terlupa, wajib segera mengqadanya . Selagi tidak diqada selagi itulah hutang solat tertanggung atas bahunya.
Solat tidak boleh selesai dengan taubat saja. Taubat atas perbuatan alpa atau buat-buat alpa dan terlupa. Taubat bermakna kita berjanji dengan Allah tidak akan mengulangi tabiat suka leka dan tidak bersungguh memelihara solat.
Solat tidak boleh dipandang ringan, dalam keadaan penat sekalipun solat wajib diutamakan dulu. Apabila kita mengutamakan perkara lain dulu sebelum solat kemungkinan besar boleh menyebabkan kita lupa untuk menunaikan solat.
Mengenai persoalan bolehkah mengqada solat Subuh selepas habis waktunya sedangkan selepas subuh adalah waktu haram mendirikan solat.
Hadis Rasulullah SAW daripada ‘Uqbah bin Amir’ yang bermaksud:
“Baginda Rasulullah
telah menegah kami dari menunaikan solat
dan mengebumikan jenazah pada tiga waktu berikut
iaitu ketika terbit matahari sehingga naik tinggi,
ketika matahari berada di ufuk dan
ketika terbenamnya matahari”
(Hadis riwayat Muslim)
Solat yang diharamkan selepas solat fajar ialah solat sunat, adapun solat fardu tidak ditegah daripada melakukannya kerana selagi mana matahari tidak terbit selagi itu waktu itu waktu solat subuh.
Fuqaha kalangan mazhab al-Syafie, al-Maliki dan al-Hanbali mengharuskan qada solat pada waktu ditegah.
Dr Wahbah al- Zuhailiy menukilkan pandangan fuqaha dengan menyimpulkan,
“Harus mengqada solat fardu yang tertinggal pada bila-bila masa, sama ada waktu itu ditegah daripada melakukan ibadat ataupun pada waktu biasa, ia bermaksud qada’ solat boleh dilakukan bila-bila saja”
1 ulasan:
Assalamu'alaikum
Peringatan yang amat diperlukan, kerana solat merupakan tanggungjawab terpenting kepada Allah setiap hari. Leganya hati bila solat sudah dilakukan!
Catat Ulasan