:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Sabtu, 16 Jun 2012

PERISTIWA Israk dan Mikraj











Firman Allah dalam ayat 1 Surah al-Isra' :



A001


Ertinya :

" Maha Suci Allah

yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad)

pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah)

ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin),

yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan

kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami.

Sesungguhnya Allah jualah yang

Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."





PENGAJARAN PERISTIWA

ISRAK DAN MIKRAJ




PERISTIWA Israk dan Mikraj merupakan

perjalanan dan mukjizat agung yang dikurniakan oleh Allah

kepada manusia yang paling layak dan teragung, Rasulullah SAW.




Dalam perjalanan tersebut diperlihatkan

kepada Baginda SAW pelbagai gambaran dan pemandangan

dari alam penuh rahsia yang kesemuanya itu mengandungi

pelbagai hikmah dan hakikat yang akhirnya bersangkut paut

dengan apa yang berlaku di alam zahir ini dari

urusan dan kehidupan para hamba.







Peristiwa Israk dan Mikraj penting untuk dihayati

terutamanya manusia zaman kini yang semakin jauh

dari dapat menyelami hikmah-hikmah Ilahi.

Sesungguhnya Israk dan Mikraj menyimpan pelbagai rahsia

dan membongkar pelbagai pengajaran, peringatan dan kelebihan

terutamanya kedudukan Rasulullah SAW yang istimewa di sisi-Nya.





PENGAJARAN TENTANG SOLAT




Antara pengajaran terpenting yang diperolehi

daripada perjalanan Israk dan Mikraj ialah tentang solat.

Di antara kefarduan solat dan mukjizat Israk dan Mikraj,

terdapat hubung kait yang begitu mendalam dan erat,

sehingga munasabahlah dinamakan solat itu

sebagai al Mikraj al Ruhi.





Apabila Mikraj Nabi kita SAW dengan jasad dan rohnya

ke langit sebagai suatu mukjizat, maka Allah SWT

menjadikan bagi umat Muhammad SAW Mikraj Roh

pada setiap hari sebanyak lima kali.

Di mana roh dan hati mereka pergi menemui Allah

bagi memastikan mereka bebas dari kekangan hawa nafsu

dan menyaksikan keagungan Allah,

kekuasaan serta keesaan-Nya, sehingga mereka

menjadi orang yang mulia di atas permukaan bumi ini.






Kemuliaan yang diperolehi bukan

dengan jalan penindasan, kekuatan dan kemenangan,

tetapi dengan jalan kebaikan dan ketinggian,

jalan kesucian dan kemuliaan serta jalan solat.







Tidaklah solat itu sekadar robot atau pergerakan alat-alat

yang tidak mempunyai makna, tetapi ia adalah sebuah madrasah

yang mendidik kaum mukminin atas semulia-mulia

makna kebaikan, kecintaan dan kemuliaan dalam

menempuh kesesakan hidup, hiruk-pikuk dan kejahatannya.







Solat merupakan

sebesar-besar amalan dalam Islam.

Sesiapa yang memeliharanya, maka dia akan

memperolehi kebahagiaan dan keuntungan.

Sesiapa yang meninggalkannya, maka dia akan

memperolehi kecelakaan dan kerugian.






Allah SWT telah memfardukan solat

ke atas hamba-hamba-Nya yang beriman

supaya ia menjadi penghubung dengan hadrat-Nya,

peringatan tentang keagungan-Nya dan tanda kesyukuran

hamba-Nya atas nikmat yang dicurahkan-Nya.







Ia merupakan asas bagi mencapai kejayaan

dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.



Sabda Rasulullah SAW:


"Amalan pertama yang dihisab

bagi hamba pada hari kiamat adalah solat.

Sekiranya solatnya itu baik,

maka baiklah segala amalannya.

Sekiranya solatnya itu rosak,

maka rosaklah segala amalannya yang lain".

(Diriwayatkan oleh al Tabrani

di dalam al Awsot juga disebut di

dalam Majma' al Zawaid (1/291)).





Tidak menjadi suatu perkara yang pelik

apabila solat dijadikan sebagai kepala amalan.

Sesungguhnya dengan melazimkan

diri menunaikan solat

secara sempurna dengan khusyuk dan khudhu'

kepada Allah, akan menanam di dalam

jiwa sifat muraqabah kepada-Nya.






Sesiapa yang telah mencapai muraqabatullah,

akan berasa takut kepada-Nya,

bertakwa kepada-Nya,

menunaikan perkara yang menjurus kepada keredaan-Nya,

berkata benar apabila berbicara,

menunaikan janji apabila berjanji,

menunaikan amanah,

bersabar ketika ditimpa kecelakaan

dan bersyukur dengan nikmat-Nya.





Firman Allah SWT dalam

Surah al-Maarij ayat 19 hingga 23:



A019


Sesungguhnya manusia itu dijadikan

bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut)


A020


Apabila ia ditimpa kesusahan,

dia sangat resah gelisah;


A021


Dan apabila ia beroleh kesenangan,

ia sangat bakhil kedekut;


A022


Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang -


A023


Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya. "






Seorang hamba yang memelihara

solatnya dengan sempurna, tidak akan terleka

daripada muraqabatullah dalam kesibukan

dan urusan sehariannya. Sesungguhnya

sesiapa yang memelihara solatnya dengan

menunaikannya dengan khusyuk, akan

diampunkan dosanya dan dikasihi oleh Tuhannya.






Sabda Rasulullah SAW:


"Sesungguhnya

setiap solat itu menghapuskan

kesalahan yang dilakukan di hadapannya".

(Riwayat Imam Ahmad dan al Tabrani).






Sabda Baginda SAW lagi:


"Sesiapa mengetahui bahawa

solat itu adalah hak yang wajib,

maka dia masuk syurga".

(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, al Baihaqi dan al Hakim).





Sesiapa yang tidak memelihara solatnya,

maka dia diharamkan di dunia daripada

memperolehi nikmat keberkatan, taufik dan kebaikan

serta akan diazab selepas kematiannya

dengan dihentakkan kepalanya ke batu.






Setiap kali kepalanya itu pecah,

akan dikembalikan seperti keadaan asalnya.

Dia juga akan datang pada hari kiamat tanpa cahaya,

petunjuk keimanan dan diharamkan terselamat

dari azab, kehinaan dan kerendahan.






Wahai kaum Muslimin!

Bertakwalah kalian kepada Allah dan peliharalah solat

serta tunaikanlah kerana Allah

pada waktunya dengan khusyuk.

Tiada yang menghalang kalian untuk

menunaikannya walaupun disebabkan

kesejukan dan juga pekerjaan.





Bermujahadahlah sehingga kalian

tidak mengabaikan menunaikan solat Subuh

pada waktunya tatkala kalian berseronok

menikmati kelazatan tidur dan ketika malas.

Begitu juga bermujahadahlah sehingga kalian

tidak lalai menunaikan solat Asar

kerana terlalu sibuk mendahulukan pekerjaan.





Berhati-hatilah kalian agar harta,

perniagaan, kemegahan, takhta,

pemerintahan dan kementerian tidak

menyibukkan kalian dari menunaikan solat.






Jadilah kalian dari kalangan mereka

yang tergolong dalam firman Allah SWT dalam

Surah An-Nuur Ayat 37-38 :


A037


" (Ibadat itu dikerjakan oleh)

orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan

oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut

serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang

serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat)

yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan. "

(An-Nurr 24:37 )


A038


" (Mereka mengerjakan semuanya itu)

supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik

balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi

mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah

memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya

dengan tidak terhitung. "

( An-Nurr 24:38 )




Daripada Abdullah ibn Amru berkata,

pada suatu hari, Nabi SAW

menyebut tentang solat dengan sabdanya:



"Sesiapa yang memelihara solat

maka baginya cahaya, petunjuk dan kejayaan

pada hari kiamat. Sesiapa yang tidak memeliharanya,

maka tiada baginya cahaya, petunjuk dan kejayaan.

Pada hari kiamat,

dia akan bersama Qarun, Firaun,

Haaman dan Ubai ibn Khalaf".

(Riwayat al Tabrani dan Ibnu Hibban)






Daripada Abi Hurairah r.a berkata,

aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:



"Apakah pandangan kalian,

jika ada sebatang sungai di pintu rumah

salah seorang dari kalian,

dia mandi di dalam sungai tersebut pada setiap hari

sebanyak lima kali. Adakah masih ada

suatu kotoran yang tinggal pada badannya?"

Sahabat menjawab,

"Tidak ada suatu kotoran pun yang tinggal".

Sabda Baginda SAW,

"Begitu jugalah perumpamaannya

dengan solat lima waktu yang dengannya Allah

menghapuskan kesalahan-kesalahan.

(Riwayat al Bukhari dan Muslim)






Banyak lagi pengajaran yang terdapat

dalam peristiwa Israk dan Mikraj terutamanya

beberapa keistimewaan yang dikurniakan kepada

Rasulullah SAW bagi menunjukkan kepada kita

tentang ketinggian martabat Baginda SAW.







Semoga kita digolongkan

di kalangan orang-orang yang celik mata hati

sehingga kita dapat menghayati hikmah dan pengajaran

di sebalik peristiwa agung, Israk dan Mikraj.




Doa yang dibaca oleh Rasulullah apabila

dikejar oleh jin ifrit pada malam Israk Mikraj.








Sumber : Didik Solat




Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...