Syaaban, bulan latihan rohani
persiapan sambut Ramadan
mempunyai keistimewaan tersendiri dalam Islam.
Rasulullah mencintai bulan Syaaban.
Baginda banyak berpuasa sunat pada bulan ini.
Rasulullah melakukannya bagi menjadi
contoh kepada umatnya.
Selain memperbanyakkan amal kebajikan
pada bulan ini, ia adalah latihan rohani
ke arah mempersiapkan diri
menyambut kedatangan Ramadan.
Saidatina Aisyah melaporkan,
“Rasulullah sering berpuasa
sehingga kami berkata:
Sesungguhnya Baginda berpuasa
dan Baginda berbuka
sehingga kami mengatakan Baginda berbuka.
Saya tidak pernah melihat Baginda berpuasa
sebulan lebih banyak daripada puasa Baginda
pada bulan Syaaban. Kadang-kadang, Baginda berpuasa
Syaaban sebulan penuh dan kadang-kadang
Baginda berpuasa sedikit daripadanya.”
(Direkodkan oleh Muslim)
Dalam hadis sahih, Muaz bin Jabal
melaporkan Rasulullah berkata,
“Allah
menjenguk datang kepada semua makhluknya
pada malam Nisfu Syaaban, diampunkan dosa
sekalian makhluknya kecuali orang yang
menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.”
(Hadis direkodkan oleh Ibn Majah,
Tabrani dan Ibn Hibban).
Keistimewaan bulan ini adalahmelaporkan Rasulullah berkata,
“Allah
menjenguk datang kepada semua makhluknya
pada malam Nisfu Syaaban, diampunkan dosa
sekalian makhluknya kecuali orang yang
menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.”
(Hadis direkodkan oleh Ibn Majah,
Tabrani dan Ibn Hibban).
amalan seluruh manusia diangkat untuk
dihadapkan kepada Allah.
Maka sewajarnya sepanjang bulan ini
diisikan dengan amal ibadat dan kebajikan.
Antara amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban
adalah memperbanyakkan puasa,
bertaubat dan beristighfar,
memperbanyakkan zikir dan doa.
Rasulullah pernah ditanya mengapa
Baginda melebihkan bulan Syaaban
berbanding bulan lain lalu Baginda berkata,
“Bulan itu (Syaaban)
yang berada di antara Rejab dan Ramadan
adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia
adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadat
kepada Tuhan sekalian alam, maka aku suka
supaya amal ibadatku diangkat
ketika aku berpuasa.”
(Hadis direkodkan oleh Nasaie)
Pertengahan Syaaban atau lebih dikenali sebagai
Nisfu Syaaban mempunyai kelebihan tersendiri.
Dalam hadis sahih, Muaz bin Jabal
melaporkan Rasulullah berkata,
“Allah menjenguk datang
kepada semua makhluknya
pada malam Nisfu Syaaban,
diampunkan dosa sekalian makhluknya kecuali
orang yang menyekutukan Allah atau orang
yang bermusuhan.”
(Hadis direkodkan oleh Ibn Majah,
Tabrani dan Ibn Hibban).
Islam mengajar umatnya
menjaga dan menggunakan
masa dengan beriadah kepada Allah
dalam apa juga bentuk ibadat sama ada
ibadat khusus mahupun umum.
Islam mahu melahirkan umat yang berkualiti
dalam ibadat, masa dan pekerjaan.
Rasulullah menggalakkan kita supaya melakukan kebaikan terutama ibadat khusus seperti solat sunat, puasa sunat dan sedekah secara berterusan walaupun sedikit.
Baginda sendiri bukan saja kuat beribadat khusus, memohon keampunan, malah Baginda juga sebagai bapa, suami, ahli masyarakat dan paling besar adalah sebagai pemimpin negara serta ummah. Semuanya dikira ibadat jika dilakukan mengikut syariat Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan