:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Selasa, 24 April 2012

Sahabat berasaskan iman







Sahabat berasaskan iman



Oleh Nik Salida Shuhaila




Hindari hubungan songsang dilarang agama






SESEORANG yang memiliki ikatan hati sangat kuat
dengan sahabatnya disebabkan cinta kepada Allah SWT
akan saling mengingatkan antara satu sama lain,
berkongsi rasa duka, apatah lagi gembira dan suka.







Hubungan persahabatan begitu juga membolehkan
sahabat merasakan manisnya iman sehingga ada
yang berubah pendirian dan sikap untuk lebih menghampiri Penciptanya.
Wanita tidak terkecuali dalam membina ukhuwah sesama Muslim.







Tidak salah menyintai sahabat yang baik,
mengasihi dan menyayanginya seperti kita dicintai,
dikasihi dan disayangi, tetapi biarlah kerana Allah SWT,
tidak melencong daripada landasan agama selain
sentiasa saling mengingatkan azab yang pedih.
Silaturahim umat Islam dibina kerana Allah SWT
lebih kuat dan teguh kerana iman setiap orang mukmin
kepada Allah SWT disambungkan kepada saudara seagama
menjadikan pertautan hati, jiwa, akal serta rohani yang tiada taranya.








Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:






“Ada tiga hal yang apabila

ada pada seseorang, nescaya dia akan

merasakan manisnya iman;

menjadikan Allah dan Rasul-Nya

lebih dicintai daripada yang lain.

Dan apabila menyintai seseorang,

dia tidak menyintainya melainkan kerana Allah SWT.

Dan dia enggan kembali kepada kekufuran

selepas Allah menyelamatkannya seperti

dia enggan dilemparkan ke neraka.”







Orang yang merasai manisnya iman sukar berkongsi
apa dirasai dengan orang lain melainkan
perasaan sama turut dialami.
Yang pasti, Nabi Muhammad SAW yang digelar
kekasih Allah manusia paling dekat hatinya
dengan Allah kerana Baginda menyintai Allah
melebihi yang lainnya.








Baginda SAW sanggup menghadapi
apa juga bahaya serta bencana
semata-mata mempertahankan
agama dan mesej dibawa dari Yang Maha Esa.
Umat Islam pula akan merasai manisnya iman
dengan menyintai Allah dan Rasul
lebih daripada segala-galanya.

Seseorang isteri menyintai suaminya
tanpa berbelah bahagi sehingga sanggup
meninggalkan agama, keluarga dan tanah air
untuk berada di samping suami.
Itu tanda cinta yang tiada bandingannya.







Situasi serupa juga akan dirasai jika kita
menyintai Allah dan Rasul, sehingga cinta itu
tidak terungkap oleh kata-kata, sebaliknya kita
akan sentiasa gembira dan tenang apabila
mendampinginya serta menjauhi yang tidak disukai
kerana bimbang dibenci.







Wanita muslimah yang menjalin persahabatan
sesama saudara seagama perlu
mengambil kesempatan untuk merasai manisnya iman
dengan membina ukhuwah dan menyintai sahabat
kerana Allah SWT.







Walaupun tiada di depan mata,
silaturahim tetap terbina
dengan ikatan hati yang kukuh jika kita
sentiasa menghampiri-Nya
kerana iman kepada Allah
disambungkan kepada saudara seagama.








Kesibukan urusan harian dan komitmen pada keluarga
sepatutnya tidak membataskan wanita
menjalin hubungan persahabatan, tambahan pula
kecanggihan teknologi hari ini memudahkan lagi
perhubungan tanpa memerlukan masa atau tenaga yang banyak.







Ada sahabat yang memerlukan kita
berkongsi masalah dihadapi dan meminta pertolongan
mengatasi kesusahan membelenggu.
Hubungan erat dan ikhlas
tentunya dapat membantu sahabat
dalam kesusahan dan memanfaatkan diri kita
yang dilahirkan ke dunia kepada orang lain.







Jangan pula
ada wanita mengambil kesempatan
membina hubungan sesama wanita melampaui
daripada batasan sepatutnya seperti
menjalin hubungan songsang yang bertentangan
dengan agama dan norma.









Bahkan, ada yang meminta cerai
daripada suami untuk ‘hidup bersama’
dengan teman wanita yang dicintai.
Hubungan sesama wanita yang tidak
menimbulkan syak dijadikan kesempatan
melakukan perkara menyalahi syariat agama.









Tidak salah menyintai sahabat yang baik,
mengasihi dan menyayanginya seperti kita dicintai,
dikasihi dan disayangi, tetapi biarlah kerana Allah SWT,
tidak melencong daripada landasan agama
selain sentiasa saling mengingatkan azab yang pedih.










Orang yang mengasihi kerana Allah
mendapat kemuliaan, kebanggaan dan kehormatan
pada saat Allah mengumpulkan mereka
pada hari akhirat dan Allah akan
menaungi mereka pada hari berkenaan.









Mereka lupa Allah SWT mengangkat darjat
orang yang mengasihi kerana Allah,
bukan kerana wang dan pangkat.










Abu Hurairah, daripada Rasulullah SAW
bersabda yang maksudnya:






“Bahawasanya

ada seorang lelaki yang hendak

mengunjungi saudaranya di desa lain,

maka Allah SWT mengutus malaikat

untuk menemuinya di sebuah jalan

yang akan dilaluinya. Selepas bertemu,

malaikat bertanya kepadanya:

“Ke manakah kamu akan pergi?

Lelaki itu menjawab:

Aku akan menemui saudaraku di desa ini.

Malaikat bertanya lagi:

Apakah ada kenikmatan dunia

yang kamu harapkan darinya?

Lelaki tadi menjawab:

Tidak demikian,

tetapi kerana aku menyintainya kerana Allah.

Malaikat berkata:

Sesungguhnya aku adalah malaikat

yang diutus Allah kepadamu

untuk mengkhabarkan bahawa sesungguhnya

Allah sudah menyintaimu seperti kamu

menyintai saudaramu kerana-Nya.”


(Hadis riwayat Muslim)







Penulis ialah

Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang,

Universiti Sains Islam Malaysia.


















Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...