:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Jumaat, 20 April 2012

Bencana Alam Kewajipan Bermuhasabah.



Khutbah Jumaat:


Bencana angkara kerakusan manusia


Elak laksana pembangunan boleh jejas keseimbangan ekologi





SEMPENA sambutan Hari Bumi pada 22 April ini,
maka mimbar hari ini memperkatakan khutbah bertajuk
'Bencana Alam Kewajipan Bermuhasabah'.





Ketika ini kita sering dikejutkan
dengan peristiwa bencana alam seperti gempa bumi,
tsunami, banjir besar, tanah runtuh, jerebu, ribut,
kemarau dan lain-lain lagi.







Peristiwa sebegini sebenarnya peringatan

daripada Allah SWT kepada makhluknya agar
bermuhasabah terhadap diri masing-masing.








Firman Allah SWT dalam surah al-Ankabut
ayat 40 bermaksud:







"Maka

masing-masing Kami binasakan

dengan sebab dosanya, iaitu

di antaranya ada yang Kami hantarkan

angin ribut menghujaninya dengan batu;

dan ada yang dibinasakan dengan

letusan suara menggemparkan bumi;

dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi;

dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut.

Dan (ingatlah)

Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka,

akan tetapi merekalah

yang menganiaya diri sendiri."





Dalam al-Quran, Allah SWT menceritakan
banyak tamadun umat manusia dimusnahkan Allah SWT
melalui bencana alam, antaranya kaum Nabi Nuh dimusnahkan
dengan banjir, kaum Nabi Luth dengan gempa bumi
dan kaum Aad pula dilanda ribut taufan tujuh hari, tujuh malam.








Jelasnya, bencana alam yang memusnahkan kaum itu
adalah kerana hukuman Allah SWT atas
kekufuran dan kemungkaran mereka.








Firman Allah SWT dalam surah al-Ankabut
ayat 40 bermaksud:







“Maka

masing-masing Kami binasakan

dengan sebab dosanya, iaitu

di antaranya ada yang Kami hantarkan

angin ribut menghujaninya dengan batu;

dan ada yang dibinasakan dengan

letusan suara menggemparkan bumi;

dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi;

dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut.

Dan (ingatlah)

Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka,

akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.”








Peringatan ayat Allah SWT ini
menjadi pengajaran bagi kita bahawa
kekufuran dan perbuatan maksiat akan menjadi penyebab
datangnya kemurkaan Allah SWT.









Setiap bencana yang menimpa manusia
mempunyai tiga pengajaran berbeza.






Pertama:


Bagi mereka yang terselamat daripada bencana,
maka bencana yang menimpa orang lain
menjadi peringatan bentuk kasih sayang Allah
agar mereka kembali pada jalan-Nya.








Kedua:

Bagi orang yang tidak beriman,
maka bencana yang menimpa adalah azab dan seksa
dari Allah di alam ini yang disebabkan
kekufuran dan derhaka terhadap
perintah Allah dan rasul-Nya.







Ketiga:

Dengan bencana juga,
Allah SWT menunjukkan kepada manusia
antara orang yang benar keimanannya
dan mana yang tidak beriman.








Perlu difahami bahawa bencana alam
boleh berlaku disebabkan kesilapan dan kerakusan
manusia kerana mengejar kemewahan dunia.
Akibatnya sistem ekologi dan keseimbangan alam
semesta tergugat.










Insafilah peringatan Allah
dalam surah ar-Rum ayat 41 bermaksud:






“Telah berlaku

pelbagai kerosakan dan bencana

di darat dan di laut dengan sebab

apa yang dilakukan tangan manusia;

(timbulnya yang demikian) kerana Allah

hendak merasakan mereka sebahagian daripada

balasan perbuatan buruk mereka lakukan,

supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.







Ayat ini menyatakan bencana alam
di muka bumi ini ada kaitannya dengan perilaku manusia
yang tidak berhemah dan menghargai alam semesta.
Tindakan manusia yang mengganggu dan memusnahkan
keseimbangan ekologi adalah satu tindakan membawa
manusia ke arah kemusnahan.










Kerakusan manusia mengganggu dan memusnahkan
keseimbangan ekologi adalah satu tindakan yang
akan membawa manusia ke arah kemusnahan.









Malangnya berdasarkan kepada pemerhatian,
ada sesetengah pihak melihatnya sebagai satu
kebijaksanaan melalui penggunaan teknologi moden
dan kreativiti akal manusia sedangkan ia sebenarnya
hanya satu kebodohan yang boleh menyumbang
kepada bencana dan kemusnahan alam.











Ini kerana hubung kait antara manusia
dengan alam sangat rapat sekali kerana
ia saling perlu memerlukan.









Menyedari bencana alam sebagai
hak mutlak Allah SWT yang tidak diduga,
maka kesedaran mengenai peranan dan tanggungjawab
semua pihak dalam mengurus serta mengurangkan
kesan bencana alam perlu dilakukan.









Di negara kita,
Jabatan Alam Sekitar (JAS) adalah agensi kerajaan
bertanggungjawab terhadap pemuliharaan alam sekitar.
Fungsi utamanya adalah untuk mencegah, menghapus,
mengawal dan membaiki alam sekeliling agar
senantiasa terpelihara melalui penguatkuasaan
dan program kesedaran serta pendidikan kepada masyarakat.
Namun segala usaha itu perlu diperkukuhkan
melalui sokongan dan kerjasama padu semua pihak.










Menjadi kewajipan semua pihak
memastikan bumi yang kita duduki ini terus selamat.
Sebarang rancangan pembangunan dan kegiatan sosio ekonomi
masyarakat mestilah tidak merosakkan ekologi alam sekitar.












Elakkan daripada menarah bukit,
melakukan pembalakan haram, pembakaran terbuka
dan pembuangan sampah tidak terkawal.
Berusahalah untuk menghindari diri dan tempat tinggal
daripada sebarang bencana dengan menunai
segala perintah Allah SWT dan meninggalkan tegahan-Nya.










Justeru, marilah kita bersama bersatu hati
di bawah satu lambang perpaduan,
menyemai sikap kasih sayang
dan bermuafakat untuk kemajuan
demi agama, bangsa dan negara.









Mimbar yakin jika semua manusia kembali
kepada matlamat kehidupan yang sebenar
maka bumi yang kita diami ini akan kembali aman
dan tenang serta tiada lagi kegelisahan,
ketakutan dan kebimbangan.









Marilah sama-sama kita mengurus
bumi Allah SWT ini dengan rasa bertanggungjawab,
beramanah, jujur bagi mengelak berlakunya
kesan buruk terhadap kehidupan, ekonomi dan sosial negara.









Ingatlah anugerah Allah SWT ini
akan menjadi rahmat kepada kita
dan dalam masa yang sama juga boleh
menjadi bala bencana serta azab.
Dengan itu seharusnya umat Islam
mengambil manfaat dan menambahkan ketakwaan
atas kebesaran kejadian Allah ini.
Marilah sama-sama kita merenung firman Allah
dalam surah al-Araf ayat 97-98 bermaksud:







“Patutkah

penduduk negeri itu

merasa aman daripada kedatangan azab Kami

kepada mereka pada malam hari,

semasa mereka sedang tidur?

Atau

patutkah penduduk negeri itu

merasa aman daripada

Link kedatangan azab Kami

kepada mereka pada siang hari,

semasa mereka leka bermain-main?”.









Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...