Huraian
                                    1.Beriman
kepada  Hari Kiamat
adalah  antara perkara yang      termasuk di dalam  rukun Iman
dan wajib diyakini sepenuhnya
oleh setiap Muslim. 
  2.Perbicaraan
yang berlaku pada
hari  kiamat adalah
menyentuh tentang
semua aspek  kehidupan
makhluk semasa di dunia
termasuk  perkara-perkara
berkenaan hak
yang meliputi: 
    i.    Perkara yang bersabit
dengan perlakuan jenayah
ke atas         nyawa dan tubuh badan
seperti  bunuh-membunuh,
tikam-menikam,
pukul memukul,
siksa menyiksa
dan
sebagainya.
    ii.  Perkara yang bersabit
dengan  perlakuan jenayah
yang mencemar
kehormatan  diri
dan
maruah seseorang
seperti caci  mencaci,
memaki hamun,
mengumpat,
tuduh-menuduh
dan
        sebagainya.
    iii. Perkara yang bersabit
dengan harta  benda
seperti
mencuri,
         merompak,
menipu,
hutang-piutang
dan
seumpamanya.
  3.Oleh itu
bagi sesiapa yang mempunyai
kesalah-kesalahan yang
disebutkan akan
menerima pembalasan
yang seadilnya
daripada
Allah SWT.
Antara  balasannya
adalah:
    i.   Menerima balasan daripada makhluk yang  diperlakukan jenayah 
        terhadapnya.
    ii.  Memberikan amal kebajikan kepada orang  yang dianiayakan
        untuk membayar hutang  orang yang dihutanginya atau memberi
         gantirugi dan sekiranya tiada lagi saki baki amalan yang
        tinggal untuk diberikan maka seseorang itu akan  terpaksa
        menanggung hutang kesalahan  orang yang dikhianati itu.
    iii. Dimasukkan ke  dalam neraka Jahannam.
 4.Sebagai  mukmin
yang beriman
kita hendaklah
sentiasa berwaspada    dalam setiap tindak  tanduk
di dunia dan sentiasa
bermuhasabah,     bertaubat memohon
keampunan  agar
apabila meninggal kelak
kita    tidak termasuk
di  kalangan
orang yang
rugi.
         
Tiada ulasan:
Catat Ulasan