:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Jumaat, 21 Mei 2010

Elakkan Sifat Takbur







“Tidak akan masuk syurga
orang yang
di dalam hatinya terdapat
walau seberat zarah
dari perasaan takbur
atau
sombong.”


(Riwayat Muslim)




Ini diperkuatkan lagi
dengan firman
Allah SWT yang bermaksud:
“Sesungguhnya
mereka yang sombong
untuk taat
sebagai hamba-Ku,
mereka akan masuk Jahanam
sebagai makhluk
yang hina-dina.”


(Al-mukmin:60)





Berikut adalah tips

untuk mengelakkan sifat takbur....









1. Apabila
kita berjumpa
dengan kanak-kanak,

anggaplah
kanak-kanak itu

lebih mulia daripada kita.
Hal ini kerana
kanak-kanak itu
belum diberati dosa,
sedangkan kita
sudah berlarut-larut
hampir setiap langkah
berbuat dosa.







2. Apabila
kita berhadapan
dengan orang tua,

anggaplah
orang tua itu
lebih mulia,

kerana
ia lebih lama beribadah

berbanding kita.








3. Ketika
kita bertemu
dgn orang alim,

anggaplah
beliau
lebih mulia
dari kita

kerana
banyak ilmu-ilmu

yang tidak kita ketahui,
tetapi
beliau mengetahuinya.








4. Jikalau
kita melihat
orang yang jahil,

anggaplah
dia
lebih mulia
daripada kita,

kerana
dia berbuat
sesuatu kesalahan

atau
dosa kerana kejahilannya
sedang
kita berbuat dosa

dalam keadaan
kita mengetahui
bahawa itu adalah
berdosa.








5. Sekiranya
kita bertemu
orang jahat,

janganlah beranggapan
kita mulia
atau
lebih baik

daripadanya,
tetapi
katakanlah bahawa
orang jahat itu
mungkin
di masa tuanya

ia bertaubat,
memohon ampun
dari perbuatannya.
Sedangkan kita sendiri
belum tahu
bagaimana
akhirnya.







6. Sebaiknya
apabila
kita berjumpa
dengan orang kafir,
katakanlah dalam hati,

bahawa
si kafir itu

belum tentu kafir selamanya,
mungkin
akan datang
keinsafan padanya,

dia memeluk Islam
dan
semua dosanya
di dalam kekafiran dulu

diampuni Tuhan,
sedangkan kita ini
sejak lahir sudah Islam,
tetapi
dosa terus dikerjakan juga

dan
balasan pahala
belum tentu lagi.

4 ulasan:

mantan berkata...

Cikgu,
Semuanya ini menmbah pengetahuan saya. tq.

Unknown berkata...

Entahlah Cikgu, riak dan takbur ni seolah sudah sinonim dengan manusia. Lebih-lebih lagi bila kita cuba menjuruskan hati sanubari kita untuk reda dan tawakkal. Setan menyelinap di setiap urat dan nadi!

Memang hati kita tidak menipu kita sebagaimana perbuatan dan kata-kata kita menipu kita dan orang lain.

Rohani M.U berkata...

Salam > mantan
Mantan Guru Besar,
Terima kasih Cikgu kerna sudi meninggalkan jejak di sini.

Rohani M.U berkata...

Salam > mountdweller
Sangat takut andainya terjerumus dalam sifat ini. Moga dijauhkan dari riak dan takbur. Maklumlah....manusia memang mudah lupa bila diri berada ditangga teratas dan waktu inilah saudara-mara syaitan akan menggoda kita dengan sifat buruk ini. Nauzubillah.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...