:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Ahad, 16 Mei 2010

Insan Contoh





Tujuh Golongan Insan Contoh


Hadith :


Rasulullah s.a.w
bersabda yang maksudnya:


” Sebilangan manusia

yang dinaungi Allah

di bawah naungan-Nya

pada hari kiamat

iaitu hari yang tidak ada

sebarang naungan padanya

selain daripada naungan Allah;

di antaranya ialah:

Pemerintah yang adil,

pemuda yang hidupnya

sentiasa dalam

mengerjakan ibadah

kepada tuhannya,

orang yang hatinya

sentiasa terikat dengan masjid,

dua orang yang berkasih sayang

kerana Allah

di mana kedua-duanya

berkumpul dan berpisah

untuk mendapat

keredaan Allah,

orang yang dipujuk

oleh perempuan yang kaya

lagi rupawan

untuk bersatu dengannya

lalu

ia menolak dengan berkata:

” Aku takut kepada Allah!”,

orang yang bersedekah

secara bersembunyi

sehingga tangan kirinya

tidak mengetahui

apa yang diberi

oleh tangan kanannya,

dan orang yang menyebut

atau

mengingat Allah

dengan keadaan

tidak ada dalam ingatannya

perkara lain,

lalu menitis air matanya

kerana

mengingatkan sifat Jalal

dan

sifat Jamal Allah.”



Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah





Huraian:



Pengajaran hadis:


Terdapat tujuh golongan
yang bakal mendapat
naungan di
hari akhirat kelak iaitu :



a) Pemerintah yang adil
- Ini kerana
tanggungjawab yang dipikul
oleh pemerintah
dalam melaksanakan keadilan itu
adalah perkara
yang amat berat
dan
bukanlah mudah bagi seorang
pemimpin untuk
melaksanakan keadilan
terhadap semua rakyatnya.
Sekiranya
keadilan ini berjaya ditunaikan,
ganjarannya adalah
amat besar sekali.
Namun jika gagal,
dia menjadi pemerintah
yang zalim dan azab
menanti di
akhirat kelak.




b) Pemuda yang hidupnya
sentiasa dalam mengerjakan
ibadah kepada tuhannya.
– Ini kerana
sebaik-baik masa
dan
semahal-mahal harganya
di dalam hidup
seseorang manusia adalah
ketika di alam remaja
kerana
di usia muda
seseorang itu mendapat
peluang yang banyak
untuk menghadapi masa hadapannya,
badannya sentiasa sihat,
tenaganya kuat,
pendengaran dan penglihatannya
tajam dan sempurna.
Bahkan
di masa muda juga
berbagai-bagai ujian
dan godaan
terpaksa ditempuhi.
Maka
beruntunglah pemuda
yang berjaya melepasi
rintangan-rintangan ini
bahkan usia mudanya itu
diisi dengan amal ibadat
serta
memberikan khidmat cemerlang
kepada agama,
masyarakat dan negara.




c) Orang yang hatinya
sentiasa terikat dengan masjid.
- Sesungguhnya
terdapat hadis yang
menyebutkan bahawa
dua hayunan kaki
yang melangkah ke masjid
ganjarannya amat besar
di sisi Allah S.W.T
dan
dikategorikan sebagai
suatu sedekah.
Maka
apatah lagi bagi orang
yang hatinya
sentiasa terikat dengan masjid
dan
sentiasa mengunjunginya
untuk beribadah,
ganjarannya tentulah
lebih besar lagi.




d) Dua orang
yang berkasih sayang
kerana Allah
di mana kedua-duanya
berkumpul dan berpisah
untuk mendapat
keredaan Allah.
- Hubungan
yang terjalin di atas dasar
yang bercanggah
dengan syariat
sehingga melanggar
batas-batas agama,
adab kesopanan dan
sebagainya adalah
hubungan yang menjurus
ke arah dosa dan maksiat.
Seharusnya
ikatan kasih sayang
yang dijalinkan sesama manusia
mestilah ikhlas
kerana Allah
agar perhubungan tersebut
mendapat pahala,
restu dan keberkatan
daripada-Nya.




e) Orang yang dipujuk
oleh perempuan yang kaya
lagi rupawan
untuk bersatu (berzina)
dengannya lalu ia menolak
dengan berkata:
” Aku takut kepada Allah!”
- Ini menunjukkan
tentang keimanan dan ketaqwaan
yang sebenar telah berjaya
menangkis segala bentuk
godaan yang datang.
Hal ini
bukanlah mudah
kerana tanpa kekuatan iman
seseorang itu
pasti akan mudah
terpengaruh dengan
bisikan nafsu
dan akhirnya terjebak
dalam perbuatan zina
tanpa takut tentang
dosanya.




f) Orang yang bersedekah
secara bersembunyi
sehingga tangan kirinya
tidak mengetahui
apa yang diberi
oleh tangan kanannya.
-Ia menggambarkan
mengenai keikhlasan hati
orang yang bersedekah.
Sesungguhnya
tidak ramai orang
yang dapat menyembunyikan
kebaikan yang dilakukannya
melainkan akan terdapat jua
perasaan riya’
dan
ingin menunjuk-nunjuk
supaya mendapatkan pujian
atau
sanjungan dari orang ramai
atau
sekurang-kurangnya ada orang
yang mengetahui kebaikan
yang dilakuknnya itu.




g) Orang yang menyebut
atau mengingati Allah
dengan keadaan tidak ada
dalam ingatannya
perkara lain,
lalu menitis air matanya
kerana mengingatkan
sifat Jalal
dan
sifat Jamal
Allah swt.
- Inilah sifat
muslim mukmin sejati
yang mempunyai perasaan
cintakan Allah
dengan sepenuh hatinya.
Dia sentiasa
memikirkan dan menghayati
tentang kejadian
dan keagungan ciptaan Allah
serta sifat-sifat-Nya
Yang Maha Agung.
Oleh yang demikian
hati, fikiran dan jiwanya
terhindar daripada
perkara-perkara
yang melalaikan.








Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...