Sesungguhnya tiada  jaminan yang lebih besar selain daripada mendapat perlindungan daripada  Allah yang Maha Berkuasa.  Meskipun dikatakan bahawa manusia itu tidak  pernah terlepas daripada melakukan kesalahan dan dosa namun tentu ada  caranya agar kita tidak terus bergelumang dengan perkara-perkara  tersebut iaitu dengan sesegera mungkin kembali kepada kebenaran dan  meninggalkan kebiasaan buruk sebelumnya.
Disertai dengan meminta  keampunan dari Allah dan bertaubat. Oleh itu  setiap manusia itu wajib  menggunakan akal fikirannya untuk menilai manakah yang baik dan manakah  yang buruk dan sentiasa memohon hidayah daripada-Nya agar ditetapkan  hati dan jiwa mereka di atas jalan kebenaran kerana hidayah itu hanya  akan singgah pada hati yang sentiasa mencarinya.
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan