:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Jumaat, 16 April 2010

Ancaman Meninggalkan Solat Jumaat




Hadith :


Dari Abdullah bin Umar
dan
Abu Hurairah r.a
keduanya menceritakan
bahawa mereka
mendengar daripada
Rasulullah s.a.w,
ketika baginda sedang
berkhutbah di atas mimbar,
sabdanya:
”Hendaklah orang-orang
yang suka
meninggalkan Jumaat
menghentikan perbuatan
mereka itu,
atau
adakah mereka mahu
Allah membutakan hati mereka
dan
sesudah itu mereka
betul-betul
menjadi orang yang lalai?”


(Muslim)



Huraian

Meninggalkan solat Jumaat
merupakan perbuatan yang
ditegah kerana solat jumaat
hukumnya adalah fardhu ain
ke atas setiap individu muslim.

Orang yang meringan-ringankan
hukum Allah ini akan
mengundang kemurkaan-Nya
dan
mereka bakal menerima balasan
yang setimpal dengan
dosa yang dilakukan.

Bahkan orang yang enggan
mentaati suruhan Allah
pintu hatinya lama-kelamaan
akan tertutup daripada
mendapat hidayah
menjadikan mereka semakin
sesat
dan
tanpa segan terus melakukan
dosa-dosa yang lain.

Sesungguhnya
orang yang dibenarkan
meninggalkan solat Jumaat
hanyalah mereka yang
menghadapi kesukaran
yang mencapai darjah
keuzuran syar'i
sepertimana
yang berlaku kepada
orang sakit
dan
orang musafir.

Oleh itu
sekiranya seseorang itu
tiada sebarang alasan yang
munasabah di sisi syarak
untuk meninggalkan
solat Jumaat,
maka
hendaklah mereka
mengerjakannya
kerana
solat Jumaat
selain dariapada suatu
kewajiban dalam beribadat
kepada Allah S.W.T
ia juga merupakan
suatu syiar Islam
yang wajib dipelihara
demi
menjaga
kesucian agama.







Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...