:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Isnin, 24 Disember 2012

Solat tonggak pemisah Muslim, kafir

  Solat tonggak pemisah

 Muslim, kafir




Ibadat solat adalah 
satu daripada Rukun Islam 
yang wajib dilunaskan setiap Muslim, 
sama ada lelaki atau perempuan
 dengan sempurna sebanyak
 lima waktu sehari semalam. 
Kewajipan solat ini
 tertera dalam ayat yang
 bermaksud: 










“Tetapi 

apabila kamu telah tenteram,

 maka hendaklah kamu dirikan solat 

(seperti biasa) kerana sesungguhnya

 solat itu adalah atas mukmin

 satu kewajipan

 yang ditentukan waktunya.” 


- (An-Nisa: 103)

 






Solat adalah ibadat
 yang teristimewa berbanding
 ibadat fardu lain yang Allah perintahkan.
 Sebabnya perintah solat fardu lima waktu 
diterima Nabi Muhammad SAW secara
 langsung daripada Allah SWT pada malam
 peristiwa Israk Mikraj (setahun sebelum Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah).








Apabila kita sorotkan dengan
 pandangan akal yang penuh sedar dan teliti,
 maka kita akan jumpa beberapa keistimewaan
 solat fardu, antara lain ialah 
solat sebagai tiang agama.











 Tonggak yang menentukan
 kukuh atau rapuhnya agama yang dianuti.
 Apabila sengaja meninggalkan solat fardu
 samalah dengan sengaja
 meruntuhkan agamanya.


 



Kalau kita teropong
 kelompok masyarakat hari ini, 
berapa kerat sangatlah yang tergolong
 dalam orang yang taat mengerjakan solat? 
Ternyata amat sedikit. 









Kebanyakan mereka mengabaikan solat
 kerana dipengaruhi nafsu, sikap malas 
walaupun mengetahui mengenai kewajipan solat, terutama muda-mudi yang leka dengan 
suasana hiburan yang melalaikan, 
atau memang tidak diasuh dengan nilai agama 
sejak dari kecil, ada juga yang selalu berada
 dalam kesibukan mengejar kesenangan
 dan kemewahan duniawi yang bersifat sementara.







Kita juga mendapati di surau atau masjid,
 setiap waktu solat hanya ada dua tiga orang
 yang sudah tua berjemaah. Ini keadaan
 yang sangat menyedihkan dan kepahitan
 hakikat yang harus ditelan pada 
zaman sekarang ini.






Solat adalah permulaan amalan 
yang dihisab di akhirat nanti 
dan ia menjadi pokok perkiraan
 kepada ibadat lain. Sekiranya pahala solat
 tiada atau solatnya tidak diterima Allah,
 maka ini bermakna ibadah lain kosong
 tidak bermakna (tidak dipandang Allah)
 meskipun ibadat lain itu banyak yang telah 
dilakukan di dunia, misalnya jutaan ringgit disedekahkan kepada fakir miskin.

 







Dari situ jelaslah kepada kita
 alangkah tidak bergunanya amalan soleh 
yang lain sekiranya solat fardu itu diabaikan.
 Sungguh betapa ruginya manusia, 
menyesal pun tidak berguna lagi, sia-sia belaka.
 








Oleh itu, kita sebagai orang Islam
 hendaklah selalu memelihara solat 
setiap masa dengan penuh insaf walau
 dalam keadaan apa sekalipun.
Solat juga menjadi unik 
lantaran telah menjadi wasiat nabi 
 sebelum kewafatannya. 








Ini satu petanda bahawa ibadat solat
 adalah satu ibadah yang sangat penting 
dan menjadi teras dalam Islam.
 Lalu, amalan solat tidaklah
 boleh diringan-ringankan kewajipannya, 
apatah lagi tidak menghiraukannya langsung.







Apabila solat fardu telah menjadi
 wasiat terakhir Nabi SAW, maka kita
 sebagai seorang Islam yang cintakan 
Rasulullah SAW sepenuh hati haruslah selalu 
menjaga dan memeliharanya sepanjang perjalanan hidup yang masih tersisa ini. 
Solatlah yang dapat
 membezakan antara orang Islam
 dengan orang bukan Islam.

 







Perhatikanlah

 sabda Baginda yang bermaksud: 





“Tonggak pemisah 

antara seorang 

 Muslim dan kafir 

adalah solat” 


(H.R. Muslim)






Sumber

Without Allah,I’m nothing





Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...