:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Ahad, 23 Disember 2012

Keuntungan kekal abadi

quotes about islam 3 quotes about islam   ALLAH prevent from darkness




Keuntungn kekal abadi


  
 
BUKAN mudah dalam kehidupan manusia
 yang penuh dengan cabaran ini untuk 
mempertahankan serta meningkatkan kualiti iman.






Pastinya akan ada sesuatu yang berat
 dan gangguan daripada kawan, buku, filem 
dan hiburan yang datang dengan pelbagai tawaran.
 Baik dan buruk perangai kita akan jadi turun dan naik.






Bermusim umpama musim buah saja, tetapi kepada mereka yang bersungguh-sungguh dan percaya kepada tawaran Allah dan janji-Nya dapat meningkatkan keyakinan untuk terus menjadi baik.






Bagaimana remaja bernama
 Ammar bin Yaaser 
sanggup diseksa, diuji dan diazab kerana mempertahankan iman. 
Begitu juga remaja Ashhabul Kahfi, 
 mereka sanggup bersembunyi dalam gua
 demi memelihara keimanan.








Mereka menghadapi semua cabaran dan
 tekanan itu dengan bersungguh-sungguh.
 Allah memberi janji-Nya kepada orang beriman sebagaimana disebut dalam al-Quran.


 






Janji itu menjadi pendorong untuk 
meraih keuntungan yang lebih kekal abadi.
Antara janji itu ialah orang beriman

 dijanjikan Allah pembelaan dan pertolongan.
 






Maksudnya orang yang beriman dan komited 
dalam agama Allah akan menjadi pembela kepadanya. Pembela maknanya penjaga, memulihara,
 penghibur dan pemberi kekuatan.
 






Allah Maha Kaya,
 jadi orang Islam yang kuat imannya walaupun miskin, apabila mereka dekat dengan Allah Yang Maha Kaya, 
dia akan berasa kaya dan diberi kekayaan.
 







Allah Maha Kaya maknanya, 
Allah tidak akan membiarkan hamba-Nya miskin.
 Sebab itulah orang yang dibela Allah 
walaupun mereka miskin harta, tetapi mereka 
sesekali tidak menggadai akhlak, peribadi dan maruah.
 






Mereka diberi kekayaan hati. 
Biarpun duit banyak, tapi kalau hati miskin
 mereka akan rosak seperti
 ‘matinya semut kerana gula’. 
Bila Allah tidak membela, 
nikmat bertukar menjadi bala.
 






Hari ini, umat Islam berdepan 
dengan pelbagai masalah kerana Allah
 sudah tidak dijadikan sebagai pembela. 
Kenapa hal itu berlaku?
 Semuanya disebabkan kita tidak ambil kisah
 segala suruhan Allah.
 






Allah hanya akan terus membela hambanya
 yang membela agama-Nya. Sebagaimana 
firman Allah yang bermaksud: 





“Sesungguhnya Allah 

membela orang beriman

 dan Allah tidak menyukai 

orang yang khianat.” 


(Surah al-Hajj ayat 38).
 





Janji kedua yang diperoleh orang beriman
 adalah jaminan keselamatan iman.
 






Inilah jaminan yang paling mahal. Allah akan melindungi mereka daripada perangai buruk, akhlak rosak, godaan syaitan, kekufuran dan kemiskinan.
 






Tidak bermakna kita hanya perlu duduk saja 
tanpa berbuat apa-apa. Sebaliknya, mesti belajar merancang dengan beribadat serta menghayati agama dengan bersungguh-sungguh.
 






Janji ketiga yang diperoleh golongan beriman adalah mereka mendapat petunjuk kehidupan. Kita amat perlukan hidayah petunjuk di dunia yang penuh cabaran.
 





Kadangkala kita sudah tidak dapat
 membezakan lagi mana satu madu dan racun.
 






Lebih parah, jika madu itu bercampur racun.
 Amat sulit hidup untuk memilih kebenaran
 apabila kebaikan dikata kejahatan dan kejahatan
 pula dikatakan kebaikan.
 






Hanya jaminan Allah saja yang dapat
 menyelamatkan remaja kini daripada perangkap 
noda dan dosa. Namun yang penting kita 
perlu sentiasa berusaha untuk melakukan 
perubahan dalam hidup iaitu daripada jahat 
kepada baik atau lebih baik lagi,
 daripada jahil kepada berilmu.
 






Allah memberikan penegasan 
melalui firman-Nya bahawa Allah tidak akan
 mengubah nasib sesuatu kaum atau bangsa
 sehingga mereka sendiri berusaha mengubah
 apa yang ada pada diri mereka.
 (Surah ar-Ra’d ayat 11).
 






Yang berubah sifatnya
 dalam diri manusia ialah hati dan akalnya. 
 Fizikal hanya mengikut saja manakala hati 
adalah kunci utama membawa perubahan
 dalam hidup manusia.
 






Cara pertama untuk berubah ialah 
memperbaiki diri sendiri serta 
 membersihkan hati daripada
 sifat keji (mazmumah) kepada
 sifat terpuji (mahmudah).
 






Kita perlu berusaha keras mendekatkan diri
 kepada Allah dengan penuh ketaatan.
 Seterusnya, perhatikan siapa kawan kita,
 adakah kawan kita mendorong ke arah kebaikan
 atau sebaliknya?
 






Adakah kawan kita berbangga dengan maksiat yang dilakukan hingga kita terdorong sama ke arah maksiat juga? Jadilah seorang yang pandai memilih dan menilai kawan, pilihlah kawan yang dapat memberikan kehidupan positif dalam hidup kita.
 






Apabila tersilap pilih kawan
 ia boleh menghancurkan keperibadian kita.
 







Kemaksiatan, kejahatan, dosa serta kemungkaran
 yang berpunca daripada sifat keji dalam diri akan mengundang kemurkaan Allah.  




Untuk mendapatkan nilaian iman, 
ia bukan sekadar ‘percaya’ sebab jika hanya percaya, iblis lebih percaya dan berpengalaman.
 






Pengalaman itulah yang menyebabkan iblis berani ‘membangkang’ Allah.
 






Untuk tidak menjadikan kita sama dengan iblis, 
iman mesti diterjemah dengan lebih nyata iaitu melaksanakannya dengan perbuatan.
 






Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya:





 “Iman itu

 bukannya angan-angan, 

tetapi ia tersemat di hati 

disebut di lidah dan 

diterjemahkan dengan perbuatan. "
 






Iman laksana
 bekas manakala badan kita
 jasad seperti alat dan 
perbuatan adalah isinya. 
Sekiranya diletakkan susu
 maka dikatakan segelas susu.
 






Jika diletakkan racun, 
walaupun gelas itu berharga, 
tetapi ia sangat berbahaya.
 Begitulah iman 
jika tidak diisi dengan perangai dan akhlak, 
 iman tidak berfungsi malah menyusahkan.







quotes about islam 10 leaves you when you are   quotes about islam
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh9nsRkmVHgtkhr5rr70xcBFHcaFd_wps24Fnb0tbvmG6WVvfmLw7FTLR04k7JDbicmmeNXlRsgW1dhLf8k9HFhxNrz0m3x2xZVJEp7mqNoW2FYTRK79b5eZklneOjrJ44RHPjXtcVt8Cg_/s1600/Islamic+Art+Calligraphy+(3).pnghttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi2q6mzFAKH3bLYgwhN0Ig67rm7bp-T0KyiMCKwcx0e4C9a0TGs4o1pSe2nO-rzwLqz7JSEOkqMNzFRrmFRXgZ4_R_tpiuK79UWmP_Trz_1bDpSD7L3XHEaidi0O8vXt-5EbSGPqRbRqO26/s1600/Islamic+Art+Calligraphy+%25284%2529.png












2 ulasan:

Temuk berkata...

As-salam
Semoga Cikgu Roha dan keluarga juga sihat sejatera sentiasa.

Kita selamat dunia dan akhirat jika kita bersandar sepenuhnya kepada Allah. Bersandar kepada manusia hanyalah untuk di dunia sahaja, dan hasilnya tidaklah menentu, kerana hasil itu juga sebenarnya berada di dalam ketentuan Allah.

Abam Kie berkata...

Salam. Terima kasih atas mutiara kata Islamik yg disampaikan. TQ sbb pernah jd follower blog asal sy iaitu www.jukdin.com. Tapi blog itu telah ditutup dan saya kini menulis dari jukdin.blogspot.com.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...