Saidina Ali Karramallahu Wajhah berkata :
1. Tiada solat yang sempurna
tanpa jiwa yang khusyu' .
2. Tiada puasa yang sempurna tanpa
mencegah diri daripada perbuatan yang sia- sia
.
3. Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya .
4. Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu
tanpa memiliki sifat wara' .
5. Tiada kebaikan mengambil teman
tanpa saling sayang-menyayangi .
6. Nikmat yang paling baik ialah nikmat
yang kekal dimiliki .
7. Doa yang paling sempurna ialah
doa yang dilandasi keikhlasan .
8. Barangsiapa yang banyak bicara,
maka banyak pula salahnya,
siapa yang banyak
salahnya,
maka hilanglah harga dirinya,
siapa yang hilang harga dirinya,
bererti dia tidak wara',
sedang orang yang tidak wara' itu
bererti hatinya mati.
1 ulasan:
Tahniah ...Blog cikgu sungguh menarik.Terima kasih kerana berkongsi maklumat .Marilah kita berusaha bersama-sama.
Catat Ulasan