Rahmat berdepan cabaran kerja
Ujian beri kita peluang
meraih kemuliaan, kecemerlangan
Cabaran
adalah hakikat dan lumrah kehidupan. Bagi kehidupan umat Islam
destinasi terakhirnya adalah hari akhirat dan keredaan Allah SWT.
Begitulah juga dengan hakikat 'pelayaran kerja' yang membawa kepada
'destinasi matlamat' ditetapkan oleh organisasi atau diri sendiri.
Firman Allah SWT bermaksud:
“Sesungguhnya Kami
telah menciptakan manusia
berada dalam susah payah.”
(Surah al-Balad, ayat 4)
“Dan sesungguhnya
akan Kami berikan cubaan
kepada kamu dengan sedikit ketakutan,
kelaparan, kekurangan harta,
jiwa dan buah-buahan.
Dan berikanlah berita gembira
kepada orang yang sabar (iaitu)
orang yang apabila mereka ditimpa
oleh sesuatu kesusahan,
mereka berkata:
Sesungguhnya kami adalah
kepunyaan Allah dan kepada Allah
jugalah kami kembali.
Mereka itu ialah orang
yang dilimpahi pelbagai kebaikan
daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya
dan mereka itulah orang yang
dapat petunjuk hidayah-Nya.”
(Surah al-Baqarah, ayat 155-157)
Maksudnya, kesusahan dunia dan akhirat. Secara mudahnya,
kehidupan adalah ibarat pelayaran yang menuju ke suatu destinasi.
Justeru, dalam pelayaran ini sudah tentu ada kalanya ditiup malah
dilanda oleh badai, ombak, angin, ribut dan taufan.
Cabaran dalam kerja
Begitulah juga cabaran dalam bekerja. Seseorang pekerja itu pasti
berdepan masalah dan kesukaran sama ada daripada manusia seperti pihak
atasan, rakan sejawat, masyarakat sebagai pelanggan, pengguna atau
kerana kelemahan dirinya sendiri.
Ataupun masalah yang
disebabkan faktor peralatan, kemudahan teknikal dan kewangan sehingga
ada yang menghadapi cabaran diberhentikan kerja atau diberi tawaran
penamatan perkhidmatan.
Walaupun cabaran dalam ‘pelayaran kerja’ adalah lumrah,
namun, dalam Islam ia mengandungi sejuta rahmat yang boleh memuliakan
dan memperkasakan manusia.
Firman Allah SWT bermaksud:
“Dan sesungguhnya
akan Kami berikan cubaan
kepada kamu dengan sedikit ketakutan,
kelaparan, kekurangan harta,
jiwa dan buah-buahan.
Dan berikanlah berita gembira
kepada orang yang sabar (iaitu)
orang yang
apabila mereka ditimpa
oleh sesuatu kesusahan,
mereka berkata:
mereka berkata:
Sesungguhnya kami adalah
kepunyaan Allah dan kepada Allah
jugalah kami
kembali.
Mereka itu ialah orang
yang dilimpahi pelbagai kebaikan
daripada Tuhan mereka
serta rahmat-Nya dan mereka itulah
orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya.”
(Surah al-Baqarah, ayat 155-157)
Banyak pengajaran dan pelajaran yang boleh diperoleh sepanjang
‘pelayaran kerja’. Cabarannya mengundang lima bentuk rahmat. Pertama,
kejayaan melatih dan mengasah kesabaran serta kecekalan.
Tugas ikut kemampuan
Menurut al-Maraghi dalam tafsirnya, kesabaran ada pendidikan watak
iaitu watak menanggung kepayahan tanpa putus asa dan berkeluh-kesah
sehingga hati menjadi teguh, jiwa menjadi kuat. Allah memberi cabaran,
dugaan dan tanggungjawab sesuai dengan laras kemampuan manusia.
Firman-Nya bemaksud:
“Allah tidak membebani seseorang
melainkan sesuai dengan
kesanggupannya.
Dia mendapat pahala
(daripada kebajikan) yang
diusahakannya dan dia
mendapat seksa
(daripada kejahatan)
yang dikerjakannya.”
(Surah al-Baqarah, ayat 286)
Kedua,
mendekatkan diri dengan Allah SWT. Menurut al-Maraghi, kerana sedikit
cabaran atau ujian, manusia akan mengingati, mensyukuri nikmat yang ada
padanya dan memohon keampunan atas kelalaian diri.
Raih balasan lebih baik
Ketiga, meraih pahala dan balasan kejayaan yang lebih baik, hasil daripada kekuatan jiwa, pengalaman dan kemahiran dalam mengharungi kesukaran.
Daripada Ummu Salamah, katanya:
“Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda:
Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak seorangpun hamba
yang ditimpa bencana,
lalu dia berkata:
Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun
(sesungguhnya kami adalah
milik Allah SWT dan sesungguhnya
kepada-Nyalah kami kembali)
Wahai Tuhan kami,
berilah pahala kepadaku
dengan musibah padaku ini
dan
berilah ganti yang lebih baik
daripada ini kepadaku.
Melainkan Allah
memberi pahala
dalam musibah itu dan memberi ganti
kepadanya dengan sesuatu
yang lebih baik daripada itu.”
(Riwayat Muslim)
Keempat, meningkatkan ketakwaan kepada Allah dan kelima, memperoleh
pahala, pujian, keampunan Allah serta mencapai kejayaan dunia dan
akhirat.
Justeru, marilah kita membina kekuatan untuk
menghadapi cabaran kerja termasuklah menggunakan ‘strategi kerja’
seperti meletakkan standard prestasi dengan sasaran betul dan pelan
yang realistik untuk dicapai.
Allah mendatangkan cabaran
sebagai ujian untuk memberi kita peluang meraih kemuliaan dan
kecemerlangan, bukan berserah pada kelemahan atau kegagalan.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya
Allah SWT mencela kelemahan.
Sebaliknya kamu harus terus berusaha.
Apabila kamu ditimpa dengan sesuatu
yang tidak kamu sukai,
maka ucapkanlah
“Cukuplah Allah bagiku
dan
Dia adalah sebaik-baik penolong.”
(Riwayat Abu Daud)
Apabila kekuatan menghadapi cabaran dalam ‘pelayaran kerja’ ini dapat
kita depani dengan watak, perspektif dan strategi yang betul, jika
diizinkan Allah, rezeki dan organisasi kita akan terjaga.
Penulis Prof Madya
di Jabatan Siasah Syariyyah,
Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya (UM)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan