Berterima kasih kepada ibu bapa
Saya ingin menjadi anak yang salih tetapi kadang kala apabila saya
bercakap, saya telah melukakan kedua-dua ibu bapa saya tanpa saya
sedari. Begitu juga kesibukan saya bekerja juga kadang kala menjadikan
saya terlupa untuk menghubungi kedua ibu bapa saya di kampung. Saya rasa
bersalah dan menyesal. Minta nasihat daripada ustaz bagaimana saya
boleh menjadi anak salih.
RIDZUAN,
Seremban.
RIDZUAN,
Seremban.
Sememangnya berbuat baik terhadap
ibu bapa itu adalah satu suruhan dalam
agama.
Allah SWT berfirman dalam
Surah Luqman ayat 14
(yang bermaksud):
" Hendaklah kamu
berterima kasih kepada-Ku dan
(berterima kasih) pada
kedua ibu bapa kamu. "
Cuba perhatikan ayat itu betapa Islam
memberikan pedoman yang baik
di
dalam pergaulan hidup di atas dunia ini.
Seperti yang kita maklum dan
meyakini
bahawa sesungguhnya nikmat Allah
yang paling besar kepada kita
ialah
nikmat wujud atau nikmat adanya
kita dengan kehidupan dunia ini.
Sudah tentu kita meyakini bahawa
yang mencipta dan mengadakan kita
di
dunia ini ialah Allah SWT yang Esa
dan Maha Kuasa. Ibu bapa adalah
yang
menjadi sebab bagi kelahiran kita
dan memang ibu bapalah yang paling
dekat
hubungan rahim kepada kita yang
semestinya kita berterima kasih
sesudah kita berterima kasih kepada Allah.
Sebenarnya berterima kasih kepada
Sebenarnya berterima kasih kepada
kedua-dua ibu bapa sukar untuk
melaksanakannya dan susah untuk
mencari apakah bentuk balasan terima
kasih
kita kepada keduanya.
Sekiranya seorang anak
mengeluarkan dan
membelanjakan
semua harta bendanya (yang ada padanya)
dan segala hak
miliknya, ditambah dengan
segala usaha dan kerja untuk kebaikan
ibu
bapanya sebagai khidmat kepada keduanya
nescaya belum mencukupi dan
masih
belum dapat juga ia menunaikan
separuh kewajipannya.
Nabi SAW
bersabda dalam
sebuah hadis riwayat al-Bukhari
dan Muslim yang
bermaksud:
" Tidak dapat membalas seorang anak
jasa bapanya melainkan
kalau ia
mendapati ayahnya menjadi
hamba sahaya, lalu ia beli,
kemudian
ia memerdekakannya."
Sedia berkorban
Kalau kita mahu berfikir, merenungkannya
dan kita kenang sejenak,
sememangnya
ayah dan ibulah yang telah bersusah payah.
Ibu berjaga pada
waktu malam untuk
menyusukan anaknya, menjaganya daripada
segala
gangguan. Seekor nyamuk pun
kalau boleh jangan ada yang dapat
mengganggu
bayinya.
Sekiranya anaknya sakit, ibunyalah
yang menjadi gelisah dan
fikirannya tak menentu.
Kalau boleh dipindahkan penyakit kepadanya,
mahu
saja ia memindahkan penyakit anaknya
kepada dirinya. Ayah juga berusaha
siang dan malam tidak mengenal penat
dan lelah mencari perbelanjaan
rumah tangga sehari-hari untuk makan,
pakaian dan ubat-ubatan.
Apabila anak sudah berumur,
dimasukkannya ke dalam sekolah
bermula tadika, terus sekolah rendah,
menengah, seterusnya universiti
dengan mengeluarkan perbelanjaannya.
Sehinggakan kepada mencari pasangan
pun,
kadang kala si ibu dan ayah sibuk dan
mengeluarkan perbelanjaan
perkahwinan anak-anak.
Begitulah sebahagian kecil kesibukan,
kesusahan
yang dilaksanakan oleh
ibu dan ayah dalam segala hal.
Bagi kita yang
mahu memikir dan
merenungkannya tentu dapat menerima
kenyataan tersebut.
Selayaknya Tuhan menempatkan bahawa
anisykur lii waliwaalidaik bahawa
sesudah
berterima kasih kepada Allah yang menciptakan
kita ke dunia ini,
hendaklah pula berterima kasih
pada ibu bapa yang dengan sebab
kedua-duanya kita lahir ke dunia ini.
Wallahualam.
Anak diulit diasuh tanpa jenuh,
Nasihat ibu bapa bangga dijunjung,
Menatang umpama minyak yang penuh,
Ibubapa wajib dipuja disanjung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan