Daripada Abu Hurairah, katanya:




“Rasulullah SAW bersabda:

Sesiapa yang beriman

dengan Allah dan hari kiamat,

maka janganlah dia menyakiti tetangganya.

Dan sesiapa yang beriman

dengan Allah dan hari kiamat,

hendaklah dia memuliakan tetamunya.

Dan sesiapa yang beriman

dengan Allah dan hari kiamat,

maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam.”

(Riwayat Muslim)



Tetamu, datang dengan maksud dan tujuan tertentu. Dalam konteks ini, Allah dengan tegas membuat pertimbangan besar supaya memuliakan tetamu dan meletakkan nilainya sama dengan ‘beriman kepada Allah dan hari kemudian (kiamat)’.




Seseorang itu belum disebut beriman kepada Allah dan hari kemudian, selama ia tidak memuliakan tetamunya. Oleh itu, apabila tetamu datang, bagaimana pun bentuk dan rupa mereka, kaya, miskin, Islam atau kafir, Allah memerintahkan kita memuliakan tetamu.




"Wahai Nabi Allah,

datanglah dan pohonlah kemaafan

kepada orang itu.

Ampunan Allah tergantung daripada kemaafannya."




Diriwayatkan, Nabi Sulaiman pernah ditegur oleh Allah SWT, kerana pada saat Baginda didatangi seorang tetamu dari kaum kafir, Baginda tidak sepenuh hati memuliakan tetamunya itu kerana fikir Baginda, dia bukan umatku yang beriman.





Lantas Baginda hanya memberinya minum dan bercakap seadanya. Selepas tetamu itu pulang, datanglah malaikat Jibril menyampaikan teguran Allah: “Wahai Nabi Allah, Allah menegurmu, mengapa engkau perlakukan tetamu seperti itu?




Kemudian malaikat Jibril menyampaikan wahyu Allah:




“Wahai nabi Allah,

datangilah dan pohonlah kemaafan kepada orang itu.

Ampunan Allah tergantung daripada kemaafannya.”






Baginda bergegas mencari orang itu yang ternyata sudah jauh meninggalkan kota. Nabi Sulaiman kemudian mengejar orang itu hingga berjumpa dan memohon keampunan.




Hamba Allah itu terpinga-pinga dan selepas dijelaskan oleh Nabi Sulaiman mengenai arahan Allah dan bersoal jawab dengan beliau mengenai Allah, akhirnya terbuka pintu hati lelaki itu untuk mengucapkan syahadah.