:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Rabu, 12 September 2012

Dipotong Tangan Kerana Memberi Sedekah




Dipotong Tangan

Kerana Memberi Sedekah




Dikisahkan bahawa semasa berlakunya kekurangan
makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata,



"Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti
dengan ikhlas kerana Allah S.W.T."



Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah

anak gadis orang kaya, lalu memberikan roti yang masih panas
kepadanya. Sebaik saja gadis itu memberikan roti tersebut
maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu
terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus.





Semenjak dari peristiwa itu maka Allah S.W.T pun
mengubah kehidupan orang kaya itu dengan
menarik kembali harta kekayaannya sehingga dia
menjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya
dia meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina.




Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta
dari satu rumah ke rumah. Maka pada suatu hari ,
anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya
sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu
dari rumah tersebut. Ibu tersebut sangat kagum
dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu
masuk ke rumahnya. Ibu itu sangat tertarik
dengan gadis tersebut dan dia berhajat
untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis tersebut.






Maka setelah perkahwinan itu selesai,
maka si ibu itu pun memberikan pakaian dan perhiasan
bagi menggantikan pakaiannya.





Pada suatu malam,
apabila sudah dihidang makanan malam,
maka si suami hendak makan bersamanya.
Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya
dan suaminya juga tidak tahu bahawa dia itu kudung,
manakala ibunya juga telah merahsiakan
tentang tangan gadis tersebut.





Maka apabila suaminya menyuruh dia makan,
lalu dia makan dengan tangan kiri.
Apabila suaminya melihat keadaan isterinya itu
dia pun berkata:






"Aku mendapat tahu bahawa orang fakir
tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu
makanlah dengan tangan kanan dan
bukan dengan tangan kiri."






Setelah si suami berkata demikian,
maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri,
walaupun suaminya berulang kali memberitahunya.
Dengan tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu:






"Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah,
sesungguhnya kamu telah mendermakan
sepotong roti dengan ikhlas kerana Ku,
maka tidak ada halangan bagi-Ku memberikan kembali
akan tangan kananmu itu."






Setelah gadis itu mendengar suara tersebut,
maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya,
dan dia mendapati tangan kanannya berada
dalam keadaan asalnya, dan dia pun
makan bersama suaminya dengan
menggunakan tangan kanan.






Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu kita,
walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang
ke rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita.








Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud:







"Barang siapa menghormati tetamu,

maka sesungguhnya

dia telah menghormatiku,

dan barang siapa menghormatiku,

maka sesungguhnya dia telah

memuliakan Allah S.W.T.

Dan barang siapa

telah menjadi kemarahan tetamu,

dia telah menjadi kemarahanku.

Dan barang siapa

menjadikan kemarahanku,

sesungguhnya dia telah menjadikan

murka Allah S.W.T."





Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...