Al-Quran bukan untuk
dijadikan perhiasan
“Dua ayat akhir surah al-Baqarah,
sesiapa yang membacanya maka cukuplah baginya
daripada mengadakan qiamullail
(atau kedua-duanya akan menjaganya
dari segala kejahatan dan perkara yang tidak disukai).”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dalam musnad Imam Ahmad, juzuk keempat, halaman 156, disebut mahfum hadis:
“Sesiapa yang menggantung tangkal
maka sesungguhnya dia telah
melakukan perkara syirik.”
Agama Islam melarang penggunaan tangkal meskipun tangkal itu menggunakan ayat al-Quran untuk mengelak atau menjaga kesucian ayat al-Quran daripada terbawa ke tempat kotor seperti dalam tandas.
Mengelak penggunaan tangkal juga bertujuan membulatkan keyakinan dan keimanan kita bahawa Allah SWT bersifat Maha Pelindung kepada manusia daripada segala mara bahaya dan malapetaka.
Amal dengan ayat al-Quran
Justeru, adalah lebih baik untuk kita menghafal atau beramal dengan ayat al-Quran serta doa khusus untuk memohon daripada Allah dan menghindari daripada apa yang tidak diingini.
Jangan sesekali kita terjebak dengan amalan khurafat, termasuk percaya kepada bomoh yang kononnya dapat membantu menghalau jin dan syaitan.
Syirik kepada Allah adalah sebesar-besar dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah SWT.
Bukan dijadikan azimat
Perlu juga diingat bahawa tujuan al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk dijadikan azimat atau hanya disimpan sebagai perhiasan di rumah tetapi al-Quran diturunkan untuk dibaca, difahami, dikaji, dipelajari, diambil iktibar dan dijadikan pedoman serta diamalkan dalam kehidupan seharian.
Al-Quran adalah penawar segala penyakit. Allah SWT berfirman:
“Wahai umat manusia!
Sesungguhnya telah datang kepada kamu
al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran
dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar
bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam
dada kamu dan juga menjadi hidayah petunjuk
untuk keselamatan serta membawa rahmat
bagi orang yang beriman.”
(Surah Yunus, ayat 57)
Koleksi hadis
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan