:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Isnin, 9 April 2012

Tunjukkan tanda mensyukuri nikmat dengan perbuatan



Tunjukkan tanda mensyukuri nikmat

dengan perbuatan


Oleh

Syed Abi Ghufran Syed Ahmad Al-Idrus


PADA zaman Saidina Umar al-Khattab,
ada seorang pemuda yang sering berdoa
di sisi Kaabah yang maksudnya:





"Ya Allah!

Masukkanlah aku

dalam golongan yang sedikit."



Doa beliau didengar Saidina Umar
yang melakukan tawaf di Baitullah.





Saidina Umar hairan dengan permintaan pemuda itu.
Selepas selesai melakukan tawaf,
Saidina Umar memanggil pemuda berkenaan
lalu bertanya:



“Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa,

apakah tiada permintaan lain yang boleh

engkau mohon kepada Allah?”





Pemuda berkenaan menjawab:




“Ya Amirul Mukminin!

Aku membaca doa berkenaan kerana aku takut

dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya

dalam surah al-A’raaf, ayat 10 yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kami (Allah)

telah menempatkan kamu sekalian

di muka bumi dan Kami adakan bagimu

di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan.

(Tetapi) amat sedikitlah

kamu bersyukur.”





Pelbagai nikmat dianugerahkan Allah SWT
terhadap hamba-Nya. Keseluruhan nikmat
dikurniakan perlu ada bukti yang memperlihatkan kesyukuran.
Bukti mensyukuri nikmat harta adalah
apabila seseorang hamba itu membelanjakan
hartanya di jalan Allah SWT






Pemuda itu menjelaskan,
beliau memohon supaya Allah
memasukkannya dalam golongan yang sedikit,
iaitu (lantaran) terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur
kepada Allah. Mendengar jawapan itu,
Umar al-Khattab menepuk kepalanya
sambil berkata kepada dirinya sendiri:





“Wahai Umar,

alangkah jahilnya engkau,

orang ramai lebih alim daripadamu.”






Syukur adalah pengakuan hati
terhadap sesuatu ganjaran dan nikmat
dianugerahkan Allah SWT.





Syukur bukan hanya meliputi perkara nikmat,
kita juga perlu bersyukur apabila
terlepas daripada bala, malapetaka dan bencana.







Pelbagai nikmat
dianugerahkan Allah SWT
terhadap hamba-Nya.
Keseluruhan nikmat dikurniakan
perlu ada bukti yang memperlihatkan kesyukuran.
Bukti mensyukuri nikmat harta adalah
apabila seseorang hamba itu membelanjakan
hartanya di jalan Allah SWT.






Bukti mensyukuri nikmat
kekuasaan diperoleh oleh pemimpin
adalah menjadi pemimpin yang adil dan berusaha
sekuat tenaga memberikan kesejahteraan
kepada orang dipimpinnya.





Bukti mensyukuri nikmat ilmu
adalah mengamalkannya dan mengajarkannya
kepada orang lain.






Begitulah bukti mensyukuri nikmat yang lain
dengan menggunakannya kepada jalan Allah SWT.
Banyak pengajaran ditunjukkan oleh Allah
mengenai mereka yang diazab kerana
tidak mensyukuri nikmat-Nya.







Antaranya, Firaun ditenggelamkan
bersama bala tenteranya kerana kufur
terhadap nikmat kekuasaan.
Qarun ditenggelamkan ke dalam perut bumi
bersama harta bendanya kerana kufur
terhadap nikmat harta.
Hamman diseksa kerana kufur nikmat
kecerdikan Allah SWT berikan.








Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:




“Sesungguhnya

Allah mengurniakan

kepada sesuatu kaum itu

nikmat yang kekal berada bersama mereka

selagi digunakan untuk menunaikan

hajat mereka yang memerlukan.

Apabila mereka ini berpaling

daripada berbuat sedemikian

maka Allah akan pindahkan nikmat itu

kepada kaum yang lain pula.”


(Hadis riwayat at-Thabrani)







Berdasarkan peristiwa
dirakamkan dalam al-Quran,
ia membuktikan nikmat Allah SWT
yang tidak disyukuri akan dimusnahkan
mengikut kadar kekufurannya.






Sesungguhnya sangat banyak nikmat
yang Allah kurniakan tanpa kita sedari.








Allah menyatakan,
jika kita cuba menghitung
nikmat dikurniakan kepada kita,
nescaya tidak dapat dihitung dan terhitung.





Allah SWT berfirman yang bermaksud:





“Dan jika kamu

menghitung nikmat Allah,

nescaya kamu tidak dapat menentukan

jumlahnya.”

(Surah an-Nahl, ayat 18)






Mereka yang tidak bersyukur
dengan nikmat dikurniakan Allah,
sedikit atau banyak,
mereka itu masih jauh
dengan rahmat Allah.







Firman Allah SWT yang bermaksud:






“Dan (ingatlah juga),

tatkala Tuhanmu memaklumkan:

Sesungguhnya jika kamu bersyukur,

pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu,

dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku),

maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.”

(Surah Ibrahim, ayat 7)







Bersyukur hendaklah diterjemahkan
dalam seluruh amalan kehidupan seharian.
Orang yang bersyukur pasti ibadahnya bertambah,
seluruh hidupnya mengarah kepada
tuntutan ibadah diperintahkan Allah SWT.







Kerap kali kita memikirkan sesuatu
yang telah hilang sehingga lupa
mensyukuri apa yang ada di depan.
Kita merasa sedih kerana kekurangan material
padahal kita masih memiliki kunci kebahagiaan.








Oleh itu, renungkanlah
supaya kita sentiasa bersyukur dan janganlah kita
termasuk golongan mereka yang ingkar.




Firman Allah yang bermaksud:




“Mereka mengetahui

bahawa semua nikmat yang ada

berasal dari Allah,

tetapi mereka mengingkarinya.”

(Surah an-Nahl, ayat 83)









Justeru, sentiasalah bersyukur
kepada Allah SWT tanpa bertangguh-tangguh.
Jika kita menerima nikmat Allah
keseluruhannya wajiblah kita
menerima Islam keseluruhannya.
Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan
yang menghayati dan bersyukur
dengan pemberian Allah SWT.








Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...