:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Selasa, 3 April 2012

Adab makan, minum menurut sunnah Rasulullah









Adab makan, minum

menurut sunnah Rasulullah




ISLAM agama yang mencakupi semua aspek kehidupan
termasuk perkara membabitkan pemakanan.
Tidak dapat dinafikan makanan dan minuman
elemen penting dan berharga dalam kehidupan
bagi memastikan manusia dapat hidup dengan sejahtera,
menjalankan tugasan atau kegiatan hariannya
dengan lancar dan memastikan seseorang itu
tidak hilang semangat kerana kelaparan.






Terdapat beberapa adab dan etika yang perlu dipatuhi
untuk memastikan kesihatan tubuh badan terpelihara.
Islam tidak menggalakkan umatnya makan sesuka hati,
makan terlalu kenyang dan sebagainya.
Tabiat pemakanan yang boleh diteladani ialah mengikut sunnah
Rasulullah SAW. Jika dikaji, amalan pemakanan Baginda SAW
amat bertepatan dengan ayat al-Quran yang bermaksud:






“... makan dan minumlah, janganlah berlebih-lebihan...”


(Surah al-A'raf, ayat 31).





Ada beberapa panduan yang diajarkan Baginda SAW
kepada umat Islam antaranya adalah seperti berikut:





Rasulullah SAW menyuruh umatnya agar membaca Bismillah
ketika hendak makan dan akhirinya dengan membaca Alhamdulillah.






Hikmah membaca Bismillah dan Alhamdulillah
bagi seorang Muslim
adalah peringatan bahawa makanan yang hendak
dimakan adalah nikmat, rezeki dan anugerah daripada Allah SWT.






Rasulullah SAW hanya makan ketika benar-benar lapar
dan berhenti sebelum perut berasa kenyang.
Rasulullah SAW mengajar cara untuk makan dan minum
iaitu sepertiga isi perut untuk makanan,
sepertiga lain untuk minuman dan sepertiga akhir
adalah untuk udara (nafas).
Mengambil makanan dalam kuantiti banyak
adalah amalan buruk kerana ia memberatkan organ
dan sistem pencernaan sehingga menjadi lemah
dan tidak mampu mencerna secara teratur.






Cara Rasulullah SAW duduk ketika makan adalah
seperti duduk tahiyat awal tetapi lutut kanan dinaikkan.
Posisi ini bukan saja dapat memberi keselesaan pada perut,
malah dapat menjaga keseimbangan ruang dalam perut
agar terbahagi kepada tiga bahagian.








1/3 ruang untuk makanan,

1/3 bahagian untuk udara

dan

1/3 lagi untuk air.





Di samping itu, Nabi SAW tidak pernah makan
dalam keadaan bersandar, seperti hadis
yang diriwayatkan daripada Abu Juhaifah,
bahawa Rasulullah SAW bersabda:




“Sesungguhnya aku tidak akan makan dalam keadaan bersandar.”







Antara sunnah Rasulullah SAW adalah makan
menggunakan tangan kanan.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud:





“Jika salah seorang antara kalian hendak makan,
maka hendaknya makan dengan menggunakan
tangan kanan dan apabila hendak minum maka
hendaknya minum juga dengan tangan kanan.
"





Sesungguhnya syaitan itu makan dengan tangan kiri
dan juga minum dengan menggunakan tangan kirinya.”





(Hadis riwayat Muslim).







Baginda SAW memakan makanan dengan tiga jari
dan selepas selesai makan, Baginda SAW
menjilat ketiga jari tersebut sebelum membersihkannya.

Hikmahnya, kandungan enzim yang ada
pada tangan atau jari kita tadi akan lebih cepat bercampur
dengan makanan dan seterusnya memudahkan proses pencernaan.








Rasulullah SAW bersabda,




“Apabila seorang daripada kamu sudah selesai makan,
jangan dibersihkan jarinya sebelum dia menjilatnya”.



(Hadis riwayat Muslim)







Perbuatan membasuh tangan dan berkumur
sebelum dan selepas makan adalah amalan sunnah
yang juga bertujuan untuk membersihkan gigi
daripada sisa makanan dan bakteria.
Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:





“Berkumur kalian selepas minum susu kerana
di dalamnya mengandung lemak”.




(Hadis riwayat Ibnu Majah).






Di samping itu, Rasulullah SAW gemar makan
dalam dulang bersama-sama dengan sahabat Baginda.
Ini secara langsung akan menciptakan kemesraan
dan meningkatkan rasa sayang terhadap sesama kita.
Malah, amalan makan satu dulang ini juga
akan dapat mengelakkan pembaziran.







Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:






“Berkumpullah kalian dalam menyantap makanan (bersama-sama),
kerana dalam makan bersama itu akan memberikan
barakah kepada kalian”




(Hadis riwayat Abu Daud)







Imam Abu Hamid al-Ghazali menyatakan
antara etika makan ialah membicarakan hal
yang baik dan menceritakan kisah orang yang salih ketika makan.
Menurut al-Hafidz dan Sheikhul Islam Ibn al-Qayyim ra,
menyatakan Nabi SAW bercakap dan berbual ketika makan.








Dalam kitabnya al-Zaad,



“Ada kalanya Nabi SAW bertanya apakah
menu pada hari ini dan memuji menu itu.”



(Hadis riwayat Muslim).



“Dan ada kala Nabi SAW mengajar adab dan susila
makan kepada kaum keluarganya, ada ketika Nabi SAW
sentiasa menggalakkan tetamu beliau supaya menambah
lauk pauk dan minuman.”


(Hadis riwayat al-Bukhari).






Ketika makan jangan terlalu banyak bercakap
(melampau batas) atau bercakap dengan
makanan penuh dalam mulut.
Jangan juga bercakap mengenai hal
yang boleh menimbulkan rasa jijik atau loya.








Rasulullah SAW juga ada memberi panduan
mengenai cara minum antaranya jangan minum berdiri,
jangan meniup air yang panas, jangan minum
daripada bekas air yang besar,
jangan bernafas ketika sedang minum
dan minum seteguk diselang seli dengan bernafas.







Apabila kita minum daripada bekas yang besar,
lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam
proses minum itu, kita tentu akan bernafas
dan menghembuskan nafas dari hidung kita.





Apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2
iaitu Karbon Dioksida yang apabila bercampur
dengan air (H20) dan akan menjadi H2CO3
iaitu sama dengan cuka yang
menyebabkan minuman itu menjadi asid.






Justeru, amalan pemakanan yang dipamerkan
Rasulullah SAW seharusnya diikuti dan dicontohi
oleh semua peringkat umur demi kesihatan
yang mantap dan kelangsungan hidup yang bermutu.






Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan
orang yang memahami dan memanfaati
nikmat kesihatan yang tidak ternilai ini.











Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...