:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Isnin, 16 April 2012

Mutiara Hadis




Seluruh Dunia


Datang Mengerumuni Dunia Islam



Ertinya:


Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda;

"Hampir tiba suata masa

di mana bangsa-bangsa di seluruh dunia

akan datang mengerumuni kamu bagaikan

orang-orang yang hendak makan mengerumuni

talam hidangan mereka".

Maka salah seorang sahabat bertanya

"Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?"

Nabi saw. menjawab,

"Bahkan kanu pada hari itu banyak sekali,

tetapi kamu umpama buih di waktu banjir,

dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu

dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan

mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'.

Seorang sahabat bertanya,

"Apakah wahan itu hai Rasulullah?"

Nabi kita nenjawab,

"Cinta pada dunia dan takut pada mati".

(H.R. Abu Daud)





Keterangan




Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw.

Keadaan umat Islam pada hari ini, menggambarkan

kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw.

Umat Islam walaupun mereka mernpunyai bilangan yang banyak,

iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka

selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain.

Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya.

Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walaupun berbeza-beza agama,

mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.
Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin

adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri,

iaitu dari penyakit 'wahan" yang merupakan

penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud

dalarn bentuk kembar dua, iaitu "cinta dunia" dan 'takut mati".

Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan.

"Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil dan tidak mahu

mendermakan harta di jalan Allah swt.

Manakala "takut mati" pula bermakna leka

dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan

untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan

untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam

memperjuangkan agarma Allah swt.

Kita berdoa agar Allah swt.

menurunkan mushrahNya kepada kaum muslimin dan memberikan

kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat.


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...