:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Ahad, 29 April 2012

Perbezaan sujud syukur dan tilawah



Persoalan Agama:

Perbezaan sujud syukur dan tilawah


Jawapan disediakan oleh Ustaz Zahazan

SUJUD tilawah sunat dilakukan dalam solat dan di luar solat.
SUJUD tilawah sunat dilakukan
dalam solat dan di luar solat.


Syaitan lari apabila anak Adam baca ayat Sjdah




Soalan:





SAYA hendak melakukan sujud syukur tetapi saya masih ragu-ragu cara yang betul untuk melakukannya. Apakah beza sujud syukur dan sujud tilawah. Adakah sujud tilawah ini wajib dan bagaimanakah cara yang betul melakukan sujud tilawah dan sujud syukur.
Ayat Sajdah yang dimaksudkan adalah akhir ayat 15 surah ar-Ra’du, akhir ayat 50 surah an-Nahl, akhir ayat 109 surah al-Isra’, akhir ayat 58 surah Maryam, akhir ayat 18 surah al-Haj, akhir ayat 77 surah al-Haj, akhir ayat 26 urah an-Naml, akhir ayat 15 surah as-Sajdah, akhir ayat 38 surah Fushilat, akhir ayat 62 surah an-Najm, akhir ayat 21 surah al-Insyiqaq dan akhir ayat 19 surah al-Alaq






RAMLY,

Sungai Petani.









Jawapan:






HADIS riwayat al-Bukhari dan Muslim
daripada Abdullah bin Amrin menyebut:




“Nabi SAW membaca al-Quran,

lalu Baginda membaca surah yang

terkandung dalam ayat Sajdah.

Maka Baginda sujud dan kami pun

sujud bersama Baginda sehingga

tidak ada sebahagian kami mendapat

tempat untuk meletakkan dahi.”









Antara kelebihan melakukan sujud tilawah
seperti hadis yang diriwayatkan Muslim dan Ibn Majah
daripada Abu Hurairah yang bermaksud:








“Apabila anak Adam membaca ayat Sajdah,

lalu ia sujud, maka syaitan akan melarikan diri

serta menangis dan berkata, “celaka,

ia diperintahkan untuk sujud lalu ia sujud

dan baginya syurga. Dan aku pernah

diperintahkan untuk sujud,

aku enggan dan bagiku neraka.”







Sujud tilawah hukumnya sunat bagi orang
yang membaca ayat Sajdah dan juga mendengarnya,
sama ada ia qashad (niat) untuk sujud tilawah atau tidak.








Menurut Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari
dalam kitabnya Sabilal Muhtadin, ayat Sajdah
dalam al-Quran ada 14 selain dari Sajdah dalam surah
‘Shad’ kerana ia termasuk sujud syukur seperti mana
diterangkan dalam hadis riwayat an-Nasa’I daripada
Ibn Abbas yang bererti:






“Nabi Daud melaksanakan sujud

kerana bertaubat dan kita

melakukan sujud kerana bersyukur.”










Dimaksudkan bersyukur di sini kerana
diterima taubatnya dan kerana itu orang yang
mengerjakan sujud sajdah pada surah Shad
hendaklah ia berniat sujud syukur kerana taubat
Nabi Daud diterima Allah.











Ayat Sajdah yang dimaksudkan itu adalah
akhir ayat 15 surah ar-Ra’du, akhir ayat 50
surah an-Nahl, akhir ayat 109 surah al-Isra’,
akhir ayat 58 surah Maryam, akhir ayat 18 surah al-Haj,
akhir ayat 77 surah al-Haj, akhir ayat 26 urah an-Naml,
akhir ayat 15 surah as-Sajdah, akhir ayat 38 surah Fushilat,
akhir ayat 62 surah an-Najm, akhir ayat 21 surah al-Insyiqaq
dan akhir ayat 19 surah al-Alaq.











Sujud tilawah sunat dalam solat dan di luar solat.
Sujud tilawah di luar solat ada empat rukun,
iaitu takbiratul ihram, niat sujud tilawah ketika takbir
seperti dalam solat, sujud sekali dan memberi salam
sesudah sujud seperti salam dalam solat.











Sunat membaca dalam sujud tilawah dalam
solat dan di luar solat iaitu





“Sajada wajhiya lil lazi khalaqahu wa sawwarahu

wa syaqqa sam’ ahu wa basharahu bi haulihi

wa quwwatihi fatabarakallahu ahsanul khaliqiin.”








Berbeza dengan sujud syukur,
hendaklah dilakukan di luar solat dan tidak boleh
dalam solat kerana jika dilakukan dengan
sengaja dalam solat, maka batallah solat.











Cara pelaksanaan sujud syukur adalah sama
dengan sujud tilawah di luar solat iaitu berniat
melakukan sujud, takbiratulihram, sujud dan salam.
Sujud syukur sunat dilaksanakan ketika memperoleh
nikmat yang diharapkan seperti memperoleh anak,
pangkat, kemuliaan dan harta.








Sunat juga melakukan sujud syukur
ketika terhindar daripada musibah yang tidak diduga,
baik musibah yang menimpa dirinya, anak cucunya
atau salah seorang dari umat Islam seperti
selamat daripada karam, kebakaran atau rumah runtuh.










Sujud syukur tidak dilakukan lagi kerana
dipisahkan oleh waktu yang cukup lama
antara sujud dan sebabnya.
Demikianlah secara ringkas
berkaitan sujud tilawah dan sujud syukur.







Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...