Dugaan perkasa ketahanan diri
Oleh Sharifah Hayaati
corak keperibadian, akhlak Muslim
KALI ini saya ingin memulakan perkongsian
dengan memetik firman Allah SWT bermaksud:
“Janganlah kamu bersikap lemah,
dan janganlah (pula) kamu bersedih hati,
padahal kamulah orang
yang paling tinggi (darjatnya),
jika kamu orang yang beriman.
Jika kamu (pada perang Uhud) mendapat luka,
maka sesungguhnya kaum (kafir) itupun
(pada perang Badar) mendapat luka yang serupa.
kami gilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran);
dan supaya Allah membezakan orang yang beriman
(dengan orang kafir) supaya sebahagian kamu
dijadikan-Nya (gugur sebagai) syuhada.
Dan Allah tidak menyukai orang yang zalim.”
(Surah Ali-Imran, ayat 139-140).
menghadapi tekanan, cabaran dan mengubahnya
menjadi kejayaan yang dibahaskan dalam ruangan ini minggu lalu.
Keseluruhan ayat ini walaupun berkaitan Perang Uhud,
namun peringatan Allah itu bermanfaat dalam
membina ketahanan diri serta kekuatan dalam aspek kehidupan.
Imam Syed Qutb dalam tafsirnya fi zilal al-Quran mengatakan,
hikmah cabaran, dugaan dan tekanan yang dilalui
dengan ketahanan diri merangsang kekuatan dalaman
yang terpendam. Ia mampu membuka rahsia hati
tidak diketahui orang beriman kecuali melaluinya.
Ini menunjukkan dalam kesusahan itu
ada ketahanan diri.
Lima nilai utama yang boleh dihayati
serta perlu dijadikan pedoman daripada ayat itu
ialah supaya kita menguatkan ketahanan diri
dengan tidak berputus asa,
bersedih hati (sehingga melemahkan diri),
menjaga anugerah darjat kemuliaan diri,
menerima peredaran suka dan duka
dengan tabah dan tidak
berlaku zalim sesama manusia.
Kelima-limanya adalah tip
berhadapan cabaran atau ancaman sekali gus
memperkasakan ketahanan dalaman diri.
Dalam kepesatan dunia berkembang
serta berubah pantas, usaha memperkasakan
ketahanan diri satu keperluan.
Daya ketahanan diri adalah
keupayaan dan ketabahan bertindak
dengan baik dan betul dalam kepelbagaian situasi
atau keadaan mencabar.
Sifat dan kekuatan ini
tidak datang tiba-tiba dan tidak mudah
dimiliki tanpa kesedaran, keinginan dan iltizam.
Seperti juga ketahanan fizikal,
ketahanan spiritual berbeza mengikut watak
dan karakter tersendiri.
Namun karakter itu
boleh dipengaruhi faktor antaranya
penerapan sistem nilai, sistem sosiobudaya
berteraskan iman, akhlak dan ilmu pengetahuan sejak kecil lagi.
Semakin baik dan tinggi diterapkan dalam kehidupan
semakin tinggilah daya tahan diri seseorang.
Menurut Profesor Dr Yusof Al-Qardhawi,
jika senaman boleh menguatkan tubuh badan,
ibadat boleh menguatkan roh dan ilmu pengetahuan menguatkan akal fikiran.
Pembinaan ketahanan diri berasaskan ilmu,
akhlak, iman dan amal ditekankan Ibn Khaldun
dalam al-Muqaddimah sebagai
kunci pembinaan tamadun bangsa.
Dalam Islam, pembinaan ketahanan diri
melalui nilai iman dilatih menerusi ibadat
seperti berpuasa pada Ramadan.
Ia memperkasakan ketahanan diri
dengan menahan lapar dan dahaga
serta perkara membatalkan puasa
semata-mata keimanan kepada Allah SWT.
Manakala pembinaan melalui nilai akhlak
dilatih seperti bersabar apabila berhadapan
cabaran pergaulan dan menghadapi kematian.
Sabda Rasulullah SAW:
“Seorang Muslim
apabila bergaul dengan manusia dan bersabar
dengan keburukan (cabaran) mereka
adalah lebih baik daripada Muslim
yang tidak bergaul dengan manusia
dan tidak bersabar dengan keburukan (cabaran) mereka.”
(Hadis riwayat Imam At-Tarmidzi)
Model ketahanan diri Rasulullah SAW
dan sahabat wajar menjadi perangsang
dan contoh teladan dalam meraih kejayaan antaranya,
disebut Baginda SAW:
“Sesungguhnya
aku mengalami kesusahan dan penderitaan
selama berdakwah di jalan Allah
yang tidak dialami siapapun selain aku.
Aku juga mengalami ketakutan
selama berdakwah di jalan Allah
yang tidak dialami oleh siapapun selain aku.
Pernah (ada masanya di mana)
selama sebulan penuh secara terus menerus
aku dan Bilal tidak memperoleh makanan
bernyawa kecuali (hanya sedikit)
yang di kepit di bawah ketiak Bilal.”
(Hadis riwayat Ahmad)
Gambaran ketahanan diri sahabat seperti
Abdur Rahman bin Auf yang diberi pelbagai bantuan
oleh puak Ansar, ketahanan Bilal bin Rabah
diseksa tuannya Umaiyyah bin Khalaf,
ketahanan diri Saidina Abu Bakr al-Siddiq
berdepan golongan enggan membayar zakat,
ketahanan diri Saidatina Khadijah binti Khuwailid
berdepan keadaan Rasulullah SAW
yang pertama kali mendapat wahyu.
Dalam dunia pekerjaan,
jika memperkasakan ketahanan diri,
ia bukan saja menjadikan kita
sabar dan tabah tetapi dapat merealisasikan kerja
secara berkualiti, menepati pelbagai dasar,
peraturan dan panduan dalam perkhidmatan.
Ketahanan diri juga dapat menghindarkan
daripada terjebak dalam penipuan.
Pendek kata, ketahanan diri akan menentukan kualiti insan,
menyumbang kepada tinggi atau rendahnya
komitmen terhadap tugasan mencabar diberikan.
Sekali gus mampu mengawal keadaan
dan memikirkan pelbagai alternatif
dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Justeru, ingat kejayaan,
ingatlah rahsianya ialah ketahanan diri.
Penulis ialah pensyarah
di Jabatan Siasah Syariyyah,
Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya (UM)
Sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan