:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Rabu, 18 April 2012

Kekuatan Berdoa


Kekuatan doa

bendung perlakuan buruk anak


Oleh Muhammad Abdullah @ Ab Shatar




SEJAUH manakah ibu bapa membiasakan
amalan berdoa kepada Allah supaya dilindungi anak mereka
daripada malapetaka serta terpelihara akidah, solat, sahsiah
selain sentiasa di bawah pengawasan Allah SWT.







Kekuatan doa dijelaskan dalam al-Quran dan hadis
bagi menghalang sebarang keburukan, bala bencana
dan takdir malang menimpa.
Lebih-lebih lagi doa ibu bapa
terhadap anak sangat mustajab dan cepat diperkenankan.







Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:






“Tiga jenis doa

yang pasti akan dikabulkan,

tanpa diragui lagi iaitu doa orang dizalimi,

doa orang sedang dalam perjalanan (musafir)

dan

doa orang tua ke atas anaknya.”

(Hadis riwayat al-Tirmizi)









Perhubungan manusia dengan Allah berlaku dalam
ibadat solat serta amalan sunat
seperti berzikir,
bersedekah, menyertai majlis ilmu dan lain-lain.






Berdoa adalah
pergantungan manusia kepada Allah SWT.









Peranan ibu bapa dalam memastikan anak gadis
tidak terjebak dengan fenomena lari dari rumah
kerana terpedaya cinta, kehidupan liar, gaya hidup terlampau
dan sebagainya mempunyai hubung kait
dengan kekuatan berdoa kepada Allah
serta sejauh mana diamalkan dalam kehidupan harian.









Pendidikan agama perlu ditanam dalam hati anak
melalui usaha membawa mereka menghadiri
kuliah agama di masjid atau bersama menonton
program ceramah agama di televisyen selain
memperuntukkan bajet membeli bahan bacaan
ilmiah bermutu kepada anak.









Perhatian ibu bapa terhadap
soal ibadat fardu anak dan asas kefahaman
terhadap ajaran agama secara mendalam dapat
membendung kecenderungan daripada
bersikap derhaka atau terpengaruh dengan kehidupan melekakan.








Tidak dinafikan kebebasan diberikan
kepada anak menyebabkan
berlaku pergaulan bebas
lelaki dan wanita yang menjurus
kepada pelbagai gejala tidak sihat.
Mudah sekali untuk kita melihat
remaja lelaki dan perempuan masih
berlegar walaupun hari sudah larut malam.









Ini menimbulkan persoalan
di manakah ibu bapa mereka dan apakah keluarga
tahu kegiatan anak remaja mereka yang masih
tidak pulang rumah sedangkan sepatutnya
waktu itu mereka berada bersama keluarga.









Kecuaian serta kealpaan masyarakat
menangani persoalan itu menyebabkan
berlaku perkara tidak sepatutnya seperti dilaporkan
media massa mengenai pelajar ditangkap khalwat,
menunggang motosikal tanpa lesen
atau berpeleseran di pusat hiburan.









Selain digalakkan berdoa untuk kesejahteraan anak,
ibu apa juga perlu menjalankan tanggungjawab
mendidik serta mengawasi mereka supaya tidak tersasar
daripada landasan kehidupan berpandukan
al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.










Doa harapan terakhir
selepas tanggungjawab dipenuhi dan usaha
dilakukan untuk memastikan anak
sentiasa terpelihara daripada perkara tidak diingini.
Ibu bapa perlu bertawakal dengan berdoa
kepada Allah demi kesejahteraan anak mereka.









Firman Allah yang bermaksud:





“Dan

Tuhanmu berfirman:

Berdoalah kepada-Ku,

nescaya Aku akan perkenankan doa

permohonan mu.”



(Surah al-Mu'min, ayat 60)













Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...