:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Selasa, 22 Disember 2009

Yusuf Al-Qaradawi gesa pertahankan perpaduan umat Islam

PUTRAJAYA 21 Dis – Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1431 Hijrah, Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi berharap kefahaman mengenai agama dan perpaduan umat Islam di negara ini yang berada dalam keadaan baik, dapat dipertahankan.

Perkara itu dinyatakan oleh Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pertemuannya dengan Najib di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Pertemuan itu berlangsung kira-kira 20 minit. Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Mejar Jeneral Datuk Jamil Khir Baharom.

Bercakap kepada pemberita, Najib berkata, Dr. Yusuf turut menghargai peranan Malaysia dalam perpaduan ummah di rantau ini.

Sehubungan itu, Najib berkata, Dr. Yusuf berharap Malaysia dapat memainkan peranan yang sama dalam menyatukan ummah di seluruh dunia.

Najib berkata, beliau turut mempelawa Dr. Yusuf untuk mengunjungi negara ini pada tahun depan.

Pada akhir pertemuan itu, Dr. Yusuf menghadiahkan buku karangan terbaru beliau yang bertajuk Fiqh Jihad kepada Najib. klik di sini Utusan Malaysia

1 ulasan:

izakhairi berkata...

semoga umat islam di Malaysia lebih bersatu padu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...