:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Ahad, 6 Disember 2009

Tsunami Dalam Al-Quran

Oleh Astora Jabat

OMBAK besar tsunami berpunca daripada beberapa fenomena alam seperti gemba bumi yang kuat, tanah runtuh ke laut yang dahsyat, gugur tahi bintang dan sebagainya. Dalam al-Quran ada menyebut semua fenomena alam itu.

Bencana yang menimpa kaum Lut merupakan antara bencana tsunami yang disebut dalam al-Quran. Bagaimanapun, al-Quran tidak menyebut bencana yang menimpa kaum Lut itu sebagai tsunami dan ia tidak mungkin menyebut demikian kerana tsunami adalah istilah baru yang datang daripada bahasa Jepun.

Bagaimanapun, penyelidikan ilmiah yang dibuat terhadap kota Sodom yang dilanda bencana itu membuktikan bahawa kota tersebut serta kaum Lut yang menghuninya digulung oleh ombak tsunami dari Laut Mati. Bencana itu akibat gempa bumi yang berpunca dari letupan gunung berapi di kota yang kini terletak di antara Jordan dan Israel itu.

Mengenai Nabi Lut a.s. dan kaumnya ini banyak disebut dalam al-Quran seperti an-Naml, Hud, al-Ankabut dan lain-lain.

Dalam kisah Nabi Nuh a.s. dengan umatnya yang ditimpa banjir besar juga mungkin ada kaitan dengan ombak besar tsunami. Ini kerana dalam ayat 42 daripada surah Hud ada menggambarkan perkara itu. Allah berfirman: "Dan bahtera itu pun bergerak laju membawa mereka dalam ombak yang seperti gunung-ganang."

'Ombak yang seperti gunung-ganang' dalam ayat di atas adalah ombak besar tsunami.

Mungkin tsunami yang melanda kaum Nabi Nuh lebih besar dan lebih dahsyat daripada tsunami yang melanda Asia Tenggara dan Asia Selatan pada 26 Disember lalu, kerana bukit-bukau dan gunung-gunang turut tenggelam. Sedangkan tsunami kini hanya menyapu tanah rendah.

Tsunami Nabi Nuh disebut dalam surah Nuh, Hud, as-Safat, al-Anbia', al-Mu'minun dan lain-lain.

Bagaimanapun, bencana yang paling banyak disebut dalam al-Quran ialah gempa bumi yang dianggap menjadi salah satu punca berlaku tsunami.

Malah ada satu surah al-Quran pun dinamakan sebagai surah gempa bumi, iaitu az-Zalzalah dan ayat-ayatnya pun menceritakan tentang gempa bumi yang amat dahsyat akan berlaku pada akhir zaman. Cuba renungkan ayat-ayat az-Zalzalah ini.

'Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, serta bumi itu mengeluarkan segala isinya. Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun): Apa yang sudah terjadi kepada bumi? Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya: Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian). Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!'

Di antara surah-surah al-Quran yang membincang secara khusus mengenai gempa bumi ialah az-Zalzalah, al-Infitar, al-Insyiqaq, al-Waqi'ah, al-Takwir dan al-Qari'ah.

Dari segi bahasa Arab pula, nama surah-surah al-Quran mempunyai erti yang boleh dinilai kekuatan dan saiz gempa bumi yang berlaku.

Az-Zalzalah atau az-zilzal adalah gempa bumi biasa yang tidak begitu kuat. Manakala al-Infitar pula merupakan gempa bumi yang lebih kuat. Tetapi al-Insyiqaq merupakan gempa bumi yang lebih kuat lagi dan begitu seterusnya al-Waqi'ah dan at-Takwir.

Kebanyakan gempa bumi yang berlaku sekarang adalah tergolong dari jenis az-Zalzalah dan al-Infitar, iaitu yang kekuatannya antara 4 hingga 9 skala Richter. Ini bererti kita masih jauh lagi dari kiamat kerana kiamat akan berlaku bila terjadi gemp
a bumi jenis al-Insyiqaq, al-Waqi'ah dan at-Takwir. Wallahualam.


Dipetik dari AL ISLAM, Februari 05.

7up7up7up7up7up7up7up7up7up7up7up7up

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...