:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Sabtu, 12 Mac 2011

Penghuni Neraka Ramai Wanita


Penghuni Neraka Ramai Wanita



Hadis Sahih Muslim diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar r.a:

Rasulullah s.a.w telah bersabda: Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana, aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.

Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?

Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu.

Wanita itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?

Rasulullah s.a.w bersabda: Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mengerjakan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama.



Siapa penghuni syurga dan neraka?


Dari Haritsah bin Wahab r.a. katanya dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : “Mahukah kamu sekelian kuberitahukan siapa penduduk syurga?” Jawab para sahabat, “Tentu, ya Rasulullah!” Sabda beliau, “Orang-orang daif(lemah) bila dihina (dizalimi) orang, lalu dia bersumpah dengan menyebut nama Allah (dan mendoa kepadaNya), maka doanya sungguh diperkenankan Allah.” Kemudian baginda bertanya pula, “ Mahukah kamu aku beritahukan siapa penduduk neraka?” Jawab mereka, “Tentu!” Sabda beliau, “Setiap orang yang kasar, cakap besar, angkuh, mewah tetapi kedekut dan sombong.”

- Hadis Muslim

Khamis, 10 Mac 2011

KISAH RASUL : ~ ADAM DIARAK MALAIKAT 100 TAHUN ~



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjXPhWqTCjmHsvj9OB0hHsXKWP-Orh6FDymh0sGTN0HCs8de3qr-8JM3nY6lnvHGJ4jUHairgLhKTsa0ih4-NAdexmF6ZSq5ZasAIJMhZ1ffP5onFrG4_DP8Qz1KU0H_FArUdLcw-KNWI0/s1600/adam.jpg


Pada suatu ketika, Allah menitahkan malaikat Jibril ke bumi mengambil sebahagian tanahnya mencipta Adam.

Tetapi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi bimbang Adam berbuat maksiat kepada Allah.

Lalu Jibril kembali menemui Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi. Kemudian, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi tetap sama dan Allah menitah pula malaikat Israfil, tetapi bumi masih enggan dan masing-masing kembali dengan tangan penuh hampa.

Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail ke bumi. Kata Allah: "Hai Izrail, engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi menyumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau undur. Katakan kamu melakukan atas perintah dan atas nama-Ku."

Apabila Izrail ke bumi dan menyampaikan perintah Allah, bumi akhirnya akur tanahnya diambil.

Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, dia kembali ke hadrat Allah. Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kelak Ku-tugaskan engkau mencabut roh manusia."

Maka Izrail bimbang dibenci manusia. Lalu Allah berfirman: "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku Yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh, terbakar atau sakit."


Tanah bagaimana dijadikan Adam?


1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis

2. Tanah Bukit Tursina

3. Tanah Iraq

4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar

6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah

7. Tanah Paris

8. Tanah Khurasan

9. Tanah (Babylon)

10. Tanah India

11. Tanah syurga

12. Tanah Tha'if




Kata Ibnu Abbas :


1. Kepala Adam dari tanah Baitul Muqaddis,

kerana di situlah berada otak manusia,

dan di situlah tempatnya akal.



2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina,

kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.



3. Dahinya dari tanah Iraq, kerana di situ tempat sujud kepada Allah.



4. Mukanya dari tanah Aden,

kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan.



5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.



6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat manis.



7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,

untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia.



8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.



9. Perutnya dari tanah Babylon.

Di situlah tempat seks (berahi) dan

tipu daya syaitan untuk menjerumuskan

manusia ke lembah dosa.



10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.



11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.



12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus,

kerana di situlah iman, keyakinan, ilmu dan kemahuan.



13. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap syahadah,

bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.



Bagaimanakah prosesnya :



1. Ketika Allah menjadikan Adam,

tanah itu bercampur air tawar, air masin, air hanyir, angin, api.

Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam

dengan pelbagai macam "sifat".



2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut"

kemudian diletakkan di dalam "Alam Malakut".



3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam"

adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung,

tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah,

wangi-wangian dari sifat nur sifat Allah,

dan dirasmi dengan air hujan "Barul Uluhiyah".



4. Kemudian tubuh itu dibenamkan di dalam air "Kudral-Izzah-Nya"

iaitu sifat "Jalan dan Jammal".

Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.



5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk ke tubuh Adam,

ia malas dan enggan, malah berputar-putar,

mengelilingi patung Adam yang terlantar.




Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail

untuk memaksa roh itu masuk,

akhirnya ia menyerah kepada Izrail.



Menurut riwayat ketika Adam masih di syurga,

sangat baik sekali kulitnya.

Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini.

Kerana Adam diturunkan ke dunia,

terjadilah perubahan pada warna kulitnya.

Sebagai peringatan yang masih tertinggal warnanya

hanyalah pada kuku manusia.

Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam,

warna kukunya adalah sama,

ialah putih kemerah-merahan.




Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang:

Tujuh buah liang di kepala dan

dua liang di bawah badan letaknya.

Tujuh buah letaknya di kepala:

dua liang mata, dua liang telinga,

dua liang hidung dan sebuah liang mulut.

Yang dua macam di bawah:

sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima pancaindera:

1. Mata alat penglihatan

2. Hidung alat penciuman

3. Telinga alat pendengaran

4. Mulut alat perasa manis, masin dan sebagainya.

5. Anggota tubuh lainnya seperti kulit, telapak tangan,

untuk merasa halus, kasar dan sebagainya.


Selepas roh masuk tubuh Adam perlahan-lahan

sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun.


Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail

memasukkan roh ke tubuh Adam.

Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam,

dan kini mencabut nyawa manusia.


Selepas meresap ke kepala Adam,

maka terjadilah otak dan tersusun

urat sarafnya dengan sempurna.

Kemudian terjadilah matanya

seketika itu matanya terus terbuka

melihat dan melirik ke kiri dan ke kanan.


Dan juga melihat ke bawah di mana

bahagian badannya masih adalah tanah keras.

Dilihatnya kiri dan kanan malaikat

yang sedang menyaksikan kejadian dia.

Ketika itu Adam mendengar malaikat

mengucapkan tasbih dengan suara merdu

dan mengasyikkan.



Ketika roh sampai ke hidungnya lalu ia bersin,

serta mulutnya terbuka.


Ketika itulah Allah mengajarnya mengucap Alhamdulillah.

Itulah ucapan Adam yang pertama kepada Allah.


Lalu Allah berkata:

"Yarkhamukallah" yang ertinya:

"Semoga engkau diberi rahmat Allah".



Oleh kerana itu

jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap "Alhamdulillah"

dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan "Yarkhamukallah".


Kemudian ketika roh sampai pada dadanya,

tiba-tiba saja ia mahu bangun.

Padahal bahagian badannya ke bawah

masih menjadi tanah keras.


Di sini menunjukkan sifat manusia

yang suka tergesa-gesa (tidak sabar).

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:


"Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa".


Maka, ketika roh itu sampai di perutnya,

terjadilah susunan isi perut dengan sempurna.

Maka seketika itu terasa lapar.


Kemudian terus roh itu

meresap ke seluruh tubuh Adam,

tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang,

urat-urat, berkulit dengan sempurna,

kian lama kian bagus dan halus.


Apabila kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru,

maka dialah adalah jenis makhluk manusia yang pertama.


Wajahnya cukup cantik,

semua malaikat kagum melihat Adam yang menawan.

Adam diarak malaikat selama 100 tahun lalu

diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama

hinggalah ketujuh sebelum dibawa ke syurga

tempat mula-mula Adam dijadikan.



Ahad, 6 Mac 2011

Kesempatan taubat tanda kasih Allah








Kesempatan taubat


tanda kasih Allah





MANUSIA sememangnya diketahui tidak akan lepas daripada melakukan kesilapan hingga mendatangkan dosa, sama ada kecil mahupun besar.

Ini kerana, walaupun diberikan akal untuk menilai dan berfikir baik serta buruk sesuatu perkara, pada masa sama manusia turut dikurniakan dengan nafsu.


Kisah antara akal dan nafsu ini dapat dilihat menerusi hadis riwayat Muslim yang menerangkan bagaimana Allah SWT mencipta kedua- duanya dan berfirman kepada akal dan nafsu.

Firman Allah SWT: “Wahai akal! Mengadaplah engkau.” Maka akal pun mengadap ke depan Allah SWT yang kemudian berfirman: “Wahai akal! Siapakah aku dan siapa pula engkau?” Lalu akal berkata: “Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah.” Lantas Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai akal! Tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau.” Setelah itu, Allah SWT menciptakan nafsu dan berfirman kepadanya yang bermaksud: “Wahai nafsu, mengadaplah kamu.” Nafsu tidak menjawab, sebaliknya mendiamkan diri.


Kemudian Allah SWT berfirman lagi yang bermaksud: “Siapakah engkau dan siapakah Aku?” Lalu nafsu berkata: “Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau.” Kerana jawapannya itu, Allah SWT mencampakkan nafsu ke dalam neraka Jahim dan mengeluarkannya selepas 100 tahun diseksa lalu Allah berfirman: “Siapakah engkau dan siapakah Aku?” Dijawab oleh nafsu: “Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau.” Lalu Allah SWT menyeksa nafsu dalam neraka Juu’ (lapar) selama 100 tahun tanpa makanan dan minuman.


Setelah dikeluarkan, Allah SWT berfirman: “Siapakah engkau dan siapakah Aku?” Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata: “Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah Tuhanku.” Kita dituntut berpuasa kerana ia satu-satunya cara untuk mengekang nafsu daripada menguasai diri manusia.


Bagaimanapun jelas di sini, nafsu memang banyak memainkan peranan dalam perbuatan manusia tetapi selagi roh tidak berpisah daripada badan, manusia diberi peluang untuk bertaubat sebagai tanda betapa kasihnya Allah pada hamba-Nya.


Atas sebab itu juga, syarat utama taubat adalah memohon keampunan daripada dosa dilakukan, yakni meninggalkan segala dosa, berazam tidak mengulangi dosa itu lagi dan menyesali segala dosa dilakukan.

Jika ada dosa berhubung dengan manusia, hendaklah diminta maaf daripada orang berkenaan. Jika hak orang diambil, hendaklah dikembalikan.


Seandainya sukar melakukan demikian, hendaklah didoakan orang dianiaya itu dengan memohon ampun baginya.


Sebagai orang Islam, apabila melakukan dosa besar, menjadi kewajipan baginya untuk bertaubat.


Hukum bertaubat adalah wajib, iaitu berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat sebenarnya.” (Surah An-Nur, ayat 31) Bagi orang yang bertaubat nasuha menurut syarat yang ditetapkan, taubatnya akan diterima Allah SWT selagi kesempatan bertaubat masih diberikan kepadanya (selagi pintu taubat terbuka).


Sesungguhnya Allah SWT cinta kepada orang yang bertaubat dan segala dosanya akan diampunkan, seperti mana firman-Nya: “Allah cintakan orang yang bertaubat dan cintakan orang bersuci.” (Surah Al-Baqarah, ayat 22) Rasulullah SAW turut menekankan perkara ini dengan sabdanya yang bermaksud: “Orang yang bertaubat daripada dosanya samalah seperti orang yang tidak berdosa.”




Sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/Pedoman_KesempatantaubattandakasihAllah/Article/artikelMA

Sabtu, 5 Mac 2011

Allah Tidak Pernah Penat










Allah Tidak Pernah Penat


Hadith :

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a :
” Ketika saya sedang duduk
dengan seorang perempuan,
datang Rasulullah SAW dan bertanya kepada ku :
”Siapa dia?”
Aku menjawab :
” Si fulanah” dan aku ceritakan
kepada Nabi SAW bahawa
dia beribadah dengan berlebihan.
Nabi SAW bersabda
dengan memperlihatkan tanda tidak bersetujunya.
“Perbuatan baik yang dilakukan
secara berlebihan tidak akan
membuat Allah letih
(untuk memberi pahala) namun engkaulah
yang akan letih
dan ad-din
(perbuatan baik-ibadah yang paling dicintai Allah SWT)
adalah yang dikerjakan secara tetap.”



(al-Bukhari)




Huraian




Wasatiyyah atau sikap bersederhana merupakan salah satu daripada ajaran yang diterapkan kepada umat Islam seluruhnya yang merangkumi segenap aspek kehidupan.



Tidak terlalu melampau dan tidak pula terlalu mengambil mudah akan sesuatu perkara atau urusan. Oleh itu Islam merupakan satu agama yang sederhana dan memerintahkan agar umat Islam juga turut bersederhana dalam kehidupan seharian mereka termasuk hal-hal ibadat.



Ini bersesuaian dengan maksud
firman Allah SWT di dalam
Surah al-Baqarah 185 yang berbunyi :




“Allah menghendaki untuk kamu kemudahan dan tidak menginginkan kesukaran…“



Melakukan sesuatu ibadah atau perintah Allah dan Rasul-Nya secara melampaui batas akan melahirkan satu ibadah yang boleh memberatkan seseorang individu hingga menjadi satu bid’ah manakala terlalu meringankannya pula akan menjerumuskan kepada meninggalkan terus ibadah tersebut. Yakinlah dengan ganjaran dan janji Allah yang tidak pernah memungkiri janji-Nya.







Ahad, 27 Februari 2011

HATI..........Apakah kamu masih hidup?






HATI..........

Apakah kamu masih hidup?????



Ibrahim Bin Adham pernah ditanya :

" Apa sebabnya doa kami tidak

diperkenankan sedangkan
Allah

telah menjanjikan bahawa

orang yang berdoa


akan diperkenankan Nya?

Ibrahim Bin Adham
menjawab :

" SEBAB HATI KAMU TELAH MATI ".






Hati akan mati kerana 8 perkara :





1) Kamu mengetahui Allah
TETAPI
kamu tidak melaksanakan perintah Nya.




2) Kamu membaca Al-Quran
TETAPI
tidak mengamalkan isi kandungannya.




3) Kamu katakan cinta kepada Rasul
TETAPI
tidak menjalankan sunnahnya.




4) Kamu katakan kamu takut mati
TETAPI
kamu tidak bersiap sedia untuk
ke alam kubur.




5) Allah swt ada mengatakan bahawa hendaklah
kamu jadikan syaitan itu sebagai musuh,
TETAPI
kamu masih mahu melakukan
maksiat bersama dengannya.




6) Kamu katakan kamu takut akan api neraka
TETAPI
kamu campakkan diri kamu ke dalamnya.




7) Kamu katakan kamu suka akan syurga
TETAPI
kamu tidak berusaha supaya
masuk ke dalamnya.




8) Kamu bangun dari tempat tidur lalu
kamu sembunyikan keaiban kamu
SEDANGKAN
kamu bentangkan keaiban orang lain.




Sabtu, 26 Februari 2011

Hikmah DIAM










Hikmah DIAM


1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.

2. Perhiasan tanpa berhias.

3. Kehebatan tanpa kerajaan.

4. Benteng tanpa pagar.

5. Kekayan tanpa meminta maaf kepada orang.

6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.

7. Menutupi segala aib.



Hadis-hadis Rasullulah mengenai kelebihan DIAM yang bermaksud:



“Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”.

(Riwayat ABU NAIM )



“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”.

( Riwayat BUKHARI & MUSLIM )


“Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya”.( Riwayat AT-TARMIZI )



Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap ke arah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.


Sabtu, 19 Februari 2011

Menjauhi Perbuatan Yang Mendatangkan Bahaya






Menjauhi Perbuatan Yang Mendatangkan Bahaya

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya syaitan
ada baginya bisikan ke hati anak Adam,
dan Malaikat juga ada bisikannya;
ada pun bisikan syaitan itu ialah
galakannya supaya seseorang
melakukan kejahatan
dan mendustakan kebenaran,
dan bisikan Malaikat pula ialah
galakannya supaya seseorang
mengamalkan kebaikan dan meyakini kebenaranya;
oleh itu
sesiapa yang terasa bisikan yang baik,
maka hendaklah ia mengetahui
bahawa perkara itu dari Allah,
serta hendaklah ia bersyukur kepada Allah,
dan sesiapa yang terasa bisikan yang satu lagi
maka hendaklah ia meminta perlindungan Allah
dari angkara syaitan."



Ibn Mas'ud r.a





Huraian


i) Setiap manusia mempunyai lintasan hati yang berlainan kerana berlainan sebabnya.


ii) Satu daripada jenis lintasan itu adalah lintasan yang dibawa oleh malaikat yang bertugas memancarkan ke dalam hati manusia perasaan suka berbuat kebajikan dan menerima kebenaran; sementara satu lagi lintasan adalah lintasan syaitan iaitu lintasan untuk melakukan kejahatan dan menolak kebenaran.


iii) Lintasan malaikat ini dinamakan sebagai “ilham” dan lintasan jahat syaitan itu sebenarnya adalah “was-was” di mana kita diperintahkan memohon perlindungan Allah daripadanya sebagaimana yang dimaksudkan di dalam al-Quran, surah an-Nas.


iv) Oleh yang demikian selaku manusia biasa, apabila datang sesuatu lintasan hati, maka hendaklah kita mempertimbangkannya terlebih dahulu dengan neraca syarak; jika bersesuaian kerjakanlah, jika sebaliknya jauhkanlah.



http://farm6.static.flickr.com/5133/5450358125_b864701a9c_o.jpg


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...