:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Khamis, 24 Julai 2014

Koleksi Buku Islamik Terpilih





Risalah Buat Mereka Yang Mencari Petunjuk Allah

 Petunjuk pembersihan hati




Akhlak yang baik adalah menahan diri daripada melakukan penganiayaan, kurang marah, ceria wajah dan elok tutur kata. Sesiapa yang tidak bersyukur kepada nikmat Allah sesunguhnya dia mengundang kehilangannya.

Semua orang yang berzuhud mengikut kadar ilmunya, ilmunya mengikut nilai akhlaknya, manakala akalnya mengikut nilai kekuatan imannya.



 


Itu antara kata-kata hikmah Imam al-Harith bin Asad al-Muhasibi atau nama sebenarnya Abu Abdillah yang banyak meriwayatkan hadis dan berguru dengan Imam asy-Syafie. Beliau adalah ahli ibadah yang tekun dan dikenali dengan nama al-Muhasibi kerana terlalu banyak bermuhasabah diri.







Buku Risalah Mustarsyidin adalah karya tulisan beliau menjadi petunjuk ke arah pembersihan hati dan peringatan akhirat serta menjelaskan mengenai penyakit hati selain menerangkan cara rawatannya untuk rujukan mereka yang mencari petunjuk Allah SWT.











Ikut jalan yang benar







Buku diterjemahkan Mat Esa Deraman ini mengajak pembaca untuk mengikut jalan yang benar dengan sentiasa bermuhasabah diri dan pada masa sama menerapkan nilai mulia dalam diri seperti bersabar, reda dengan ketentuan Allah serta mencari kawan yang baik.


 







Banyak lagi nilai murni perlu ditanamkan dalam diri yang ditekankan penulis kitab ini bersama cerita orang salih yang turut diselitkan. Nota kaki memudahkan pembaca mendalami perkara dibincangkan serta menambah ilmu pengetahuan.












Istimewanya, buku ini mengajak pembaca mengukuhkan keimanan dalam diri kerana kebanyakan kita sudah memiliki atau mengetahui apa yang penting sebagai seorang Muslim dan hujah dikemukakan adalah sebagai peringatan.










Buku ringkas ini turut menyediakan MP3 kuliah Risalah Mustarsyidin oleh penterjemah sebagai nilai tambah yang akan memudahkan lagi sesi pengajian serta pemahaman.











 

INFO: Judul: Risalah Mustarsyidin
Penulis: Al-Harith Al-Muhasibi Abu Abdillah
Penerbit: Pustaka Azhar
Pengulas: Hasliza Hassan
Harga: RM25(Semenanjung), 

RM27(Sabah/Sarawak) 

Sumber






http://data2.whicdn.com/images/123185278/large.gif

Ramadhan Kareem | via Tumblr

 In-your-face Poster "May this ramadan bring you the utmost in peace and prosperity" #47493 - Behappy.me

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...