SALAM RAMADHAN
1 RAMADHAN 1435 H 
"Sesiapa yang beribadah
 pada bulan
Ramadhan dengan
 penuh keimanan kepada
 Allah s.w.t. dan mengharapkan
 pahalanya,
nescaya akan 
diampunkan dosa-dosanya
 yang telah lalu."   
 (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 {  Dengan penuh keimanan 
maksudnya yakin dengan 
janji-janji Allah s.w.t. dan 
melaksanakan perintah-perintah
 Allah s.w.t. 
Dengan
penuh pengharapan 
ialah semata-mata mencari 
pahala daripada sisi
 Allah s.w.t.
dan bukan
 bertujuan untuk
 mendapatkan dunia  }
SOLAT TARAWIH
Solat
Tarawih adalah solat
 yang dilaksanakan pada 
malam-malam dalam bulan 
Ramadhan
al-Mubarak dan 
waktu mengerjakannya adalah 
selepas solat Isyak dan 
sebelum
solat Witir. 
Solat Tarawih adalah
salah satu daripada
 ibadah-ibadah dalam bulan 
Ramadhan yang penuh
 berkat dan paling besar 
kesannya dihati
 kaum Muslimin.
 Ia
juga mempunyai
 darjat dan keutamaan 
yang dirahsiakan oleh
 Allah s.w.t.
Rasulullah s.a.w. bersabda
 yang bermaksud: 
"Sesiapa beribadat 
pada
malam-malam 
bulan Ramadhan dengan
 penuh keimanan dan 
mengharapkan akan
 pahala
deripada 
Allah (s.w.t.), nescaya
 dosa-dosanya yang
 telah lalu akan diampuni 
oleh Allah (s.w.t.)."   
 (Riwayat al-Bukhari)
  Maksud daripada 
Hadith tersebut ialah 
bahawa setiap orang 
yang menyemarakkan 
malam-malam bulan Ramadhan
 dengan mengerjakan solat,
 zikir dan membaca Al-Quran
dengan penuh keimanan 
kepada Allah s.w.t. dan
 mengharap akan pahalanya, 
maka Allah
s.w.t. akan 
mengampunkan dosa-dosanya
 pada masa silam, selama mana
 dosa-dosa
itu adalah 
dosa-dosa kecil. 
Adapun mengenai 
dosa-dosa besar, maka 
wajib melalui
jalan
 Taubat Nasuha. 
Demikianlah pendapat
 para Ulama Fekah.
 
 




Tiada ulasan:
Catat Ulasan