:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Rabu, 29 Mei 2013

Memacu ekonomi ummah


Memacu ekonomi ummah



KONSEP budaya kerja ialah membicarakan sejauhmana aliran pemikiran, perasaan dan cara sesebuah masyarakat menjalani cara kerja.


Oleh demikian, budaya kerja yang menepati falsafah dan nilai etika mengikut Islam akan melahirkan ciri-ciri positif dalam menyusun dan menjalani kerja oleh anggota pekerja dalam sesebuah organisasi.


Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Nik Mustapha Nik Hassan berkata, antara ciri-ciri budaya kerja Islam ialah sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti prestasi kerja.


Hal berkenaan menurut beliau, mereka berkecimpung dalam pekerjaan dianggap sebagai tuntutan keagamaan dan ibadah, maka kualiti prestasi kerja adalah nilai positif yang mampu sentiasa dimajukan.
"Pandangan tersebut memerlukan kepada usaha mewujudkan satu budaya mempertingkatkan kualiti pekerjaan secara berterusan untuk semua lapisan pekerja.

"Budaya kerja Islam membina kekuatan melalui mekanisme dalaman iaitu menghubungkan usaha dan menjalani pekerjaan sebagai tuntutan agama. Maka bagi seseorang pekerja muslim yang ingin menghayati Islam, beliau seharusnya turut berusaha meningkatkan prestasi kerja dari semasa ke semasa," kata beliau.


Berikut adalah petikan karyanya yang bertajuk Budaya Kerja Mengikut Islam dalam sebuah buku bertajuk Asas Memacu Ekonomi Ummah: Satu Pandangan yang mengumpulkan 54 koleksi tulisan Nik Mustapha dalam Utusan Malaysia dan sebuah lagi akhbar tempatan.
Nik Mustapha yang terkenal sebagai seorang yang berhemah tinggi, serius dan matang dalam membincangkan isu-isu semasa terutama yang berkaitan ekonomi Islam mula menulis dalam kedua-dua akhbar itu sejak 1993 hingga 2011.


Buku yang dikupaskan kepada lima bahagian itu bermula dengan perbincangan isi penting dan menyentuh akhlak sebagai asas kekuatan ummah.


Malah tokoh itu turut membahaskan dalam penulisan tersebut dengan menyebut penyusunan ekonomi melalui keadilan sosial dalam bab ketiga antaranya kepentingan zakat dalam pembangunan ekonomi, strategik keuntungan perniagaan melalui tanggungjawab sosial dan lain-lain lagi.


Oleh demikian koleksi penulisan sebanyak 54 makalah itu mampu memberi satu dimensi dan semangat baru kepada para pembaca khususnya pemikir untuk menyelami dan menghayati bagi memacu ekonomi ummah.


Peranan dimainkan Nik Mustapha diharap dijadikan teras ilmu kepada ummah supaya lebih gemilang dalam pelbagai bidang. Penekanan yang dibuat beliau diharap dapat membuka minda lalu membawa kepada satu tamadun Islam yang terdekat.



Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan buku itu boleh menghubungi IKIM beralamat Nombor 2, Langgak Tunku, Jalan Duta, Kuala Lumpur atau hubungi nombor telefon 03-6204 6200 untuk maklumat lanjut..


 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEinc5AhY2VvAO3AnjRijDOcmvELeQH19DRzh-fMGOdx-x7_WxdtHp0wGWFpd85acCY5Je1YNASNwXsLeCo9xGDVpSWB0aifc0GJfRkBmeg1zl94fJWZZjoa5aOq8u66ozjDLTJB-0OYxUA/s1600/Ayat+Ekonomi+Islam.jpg

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...