:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Jumaat, 22 Mac 2013

Abu Ali al-Huseyn bin Abdullah bin Hassan Ali bin Sina




Ibnu   Sina



(Abu Ali al-Huseyn bin Abdullah
 bin Hassan Ali bin Sina)


Di barat beliau dikenali dengan nama Avicenna . Berbangsa Parsi dan dikatakan dilahirkan pada tahun 375H, di desa Afshanah berdekatan dengan kota Kharmaitan Propinzi Bukhara, Afghanistan.
  • Pelajaran pertama yang diterimanya pada zaman kanak-kanak adalah Al Quran dan berjaya menghafal al Quran pada umur 10 tahun.
  • Digelar "Doktor Di Raja" pada ketika umurnya 18 tahun.
  • Menguasai seluruh cabang ilmu pengetahuan yang ada pada zamannya seperti tafsir, fiqh, perbandingan agama, tasawuf dan lain-laom.
  • Turut menguasai ilmu berbentuk duniawi termasuklah bidang falsafah, kedoktoran, geometri, astronomi, muzik,syair, teologi,politik, matematik, fizik,kimia,sastera dan kosmologi
  • Diusianya 21 tahun, menulis karya yang pertama berjudul "Al-Majmu".Himpunan risalah karyanya dihimpunkan dalam satu buku besar yang berjudul "Essai de Bibliographie Avicenna" oleh Pater Dominican di Cairo.
  • Bukunya Al Qanun Fit-Tibb (Peraturan Perubatan) dianggap sebagai perbendaharaan ilmu perubatan dan menjadi rujukan para ilmuwan serta para doktor sejak berzaman.Malah ia turut diterjemah ke dalam pelbagai bahasa. (Entah ada ke tidak terjemahannya dalam bahasa Melayu..ekk?!) Buku ini diangkat sebagai Ensiklopedia Kedoktoran.
  • Penulis-penulis barat menanggap Ibnu Sina sebagai "Bapa Doktor" kerana telah menyatupadukan toeri perubatan Yunani Hippocrates dan Galen. Malah Ibnu Sina turut diberi gelaran "Medicorum Principal " atau "Raja Diraja Doktor" oleh kaum Latin Skolastik. Dalam dunia Islam beliau dianggap "Zenith" iaitu puncak tertinggi dalam ilmu kedoktoran
  • Dalam bidang geografi Ibnu Sina dengan mudah memecahkan teori berkenaan dengan bagaimana sungai2 berhubungan dan berasal dari gunung-ganang dan lembah2 yang gagaldipecahkan oleh ilmuwan dari Yunan dan Roman.
  • Ibnu Sina juga sangat terkenal di dalam mengembangkan ilmu psikologi dan membuat penemuan baru dalam ilmu perubatan yang disebut "psychosomatic medicine". Turut memberi sumbangan dalam ilmu diagnosis mengenal penyakit melalui denyutan jantung dan nadi.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...