:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Isnin, 6 Jun 2011

Kisah Tasbih Fatimah






Ali (r.a) sekali pernah berkata kepad murid-muridnya :




' Patutkah daku menceritakan kepada kalian kisah mengenai Fatimah (r.a) yang paling dicintai dan dikasihi diantara anak perempuan Rasulullah (s.a.w). "




Setelah murid-muridnya itu memberi jawapan tanda persetujuan, beliau pun berkata :




" Fatimah (r.a) biasa mengggunakan pengisar untuk mengisar biji-bijian yang menyebabkan katimumul terdapat di atas tangan-tangan beliau. Beliau mengangkut air ke rumahnya di dalam sebuah beg kulit yang telah menyebabkan timbul parut-parut di bahagian atas dadanya. Beliau mencuci rumahnya seorang diri menyebabkan pakaiannya kotor. Sekali peristiwa di mana beberapa orang tawanan perang dibawa ke Madinah.




Daku berkata kepadanya:

" Pergilah dikau kepada Rasulullah (s.a.w) dan memohon kepada baginda untuk mendapatkan seorang pembantu supaya dapat membantumu bekerja di rumah. "




Beliau kemudiannya pergi mendapatkan baginda tetapi beliau dapati ramai orang mengelilingi baginda. Oleh kerana beliau seorang yang bersopan-santun, tidaklah beliau berani memohon dari Rasulullah (s.a.w) di hadapan khalayak ramai.








Pada keesokkan harinya Rasulullah (s.a.w)
telah datang ke rumah kami dan bersabda :








" Fatimah ! Apakah yang menyebabkan
dikau datang padaku kelmarin?"





Beliau berasa malu dan mendiamkan dirinya.


Daku pun berkata :







" Wahai Rasullullah (s.a.w) !
Fatimah telah ditumbuhi katimumul; yang menyelar di atas tangan-tangannua dan di dadanya disebabkan beliau mengisar dan mengangkat air bersendirian. Beliau juga sibuk mencuci rumah dan lain-lainnya di dalam urusan rumahtangga menyebabkan pakaiannya menjadi kotor. Daku memberitahu juga mengenai orang-orang tawanan itu dan menasihatinya untuk pergi menemuimu dan memohon seorang babu. "








Kemudian Rasulullah (s.a.w) telah bersabda :







" Takutlah akan Allah , Wahai Fatimah.
Perolehilah takwa dan teruslah melakukan tugasmu
terhadap Allah dan kerja-kerja
mengenai urusan rumahtanggamu.
Sewaktu dikau hendak tidur, ucaplah
" SUBHANALLAH ' 33 KALI,
" ALHAMDULILLAH ' 33 KALI
dan
' ALLAHU AKHBAR ' 34 KALI '.
Dengan ini dikau akan dapati,
ianya lebih berguna dari seorang pembantu. "








Fatimah (r.a) menyatakan :







" Daku berpuashati dengan Allah dan Rasul Nya (s.a.w) . "







Lihatlah kepada kehidupan seorang anak perempuan Nabi yang dikasihi itu. Keadaan keluarga-keluarga yang sederhana kehidupannya di masa kita ini di mana para wanita memikirkan adalah di bawah kemuliaan untuk melakukan kerja-kerja mnegenai urusan rumahtangga. Mereka memerlukan pertolongan didalam setiap dan kesemua urusan, bahkan di dalam bilik mandi sekalilpun !
Betapa jauh bezanya?








Mengikut hadis ini,
zikir yang ditentukan hendaklah diamalkan sebelum tidur.
Di dalam hadis-hadis yang lain
Rasulullah (s.a.w) telah diberitakan
sebagai menasihati Fatimah (r.a)
membaca selepas setiap solat
iaitu 33 kali 'Subhanallah',
33 kali 'Alhamdulilah',
33 kali 'AllahhuAkhbar'
dan
' Lailaha - illallahu - wahdahu - lashari - kalahu - lahulmulku - walahulhamdu - wahuwa - ala - kullis - sah - in -Qadir '
sekali sahaja.















Sumber : KITAB FAZAILE - AMAL

HIMPUNAN KITAB-KITAB FADHAIL


OLEH


RAISUL MUHADDIITSIN ALLAMA

MOHAMMAD ZAKARIYYA D.B


SYEIKHUL HADITS


MAZAHIR ULUM

SAHARAN PUR (U.P)








http://farm6.static.flickr.com/5134/5479033622_1e38ccc81c_b.jpg

1 ulasan:

Temuk berkata...

Assalamu'alaikum CIKGU ROHA
Semoga sihat sejahtera.

Memang hebat pengajaran dari kisah Fatimah r.a. itu. Dan pastilah tasbih yg diajar oleh Nabi kita itu amat besar gunanya utk kita jadikan amalan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...