Firman Allah S.W.T
yang bermaksud:
"Supaya kamu cukupkan
bilangan
puasa
(sebulan Ramadhan),
supaya kamu membesarkan
Allah (dengan
bertakbir)
kerana telah memberi
petunjuk-Nya
kepada kamu
dan supaya kamu bersyukur."
[Surah Al-Baqarah: 185)
Hadis
Daripada Abi Umamah r.a,
daripada Nabi Muhammad SAW bersabda:
“ Sesiapa
mengerjakan
amal ibadat pada
malam hari raya
(Aidil Fitri dan Aidil Adha)
dengan mengharapkan
keredhaan Allah semata-mata,
hatinya tidak akan mati
(pada
hari qiamat)
sebagaimana matinya hati
(orang-orang yang kufur engkar)
pada hari
itu.”
(Ibnu Majah)
Huraian
1. Umat Islam digalakkan menyambut
hari raya dengan Takbir dan Tahmid
sebagai
menandakan kesyukuran
kepada Allah. Malah orang-orang
yang beriman yang
menghidupkan
malam hari raya dengan beramal
dan beribadat kerana Allah,
hatinya
akan hidup
(bahagia dan gembira).
Mereka akan mendapat
balasan yang baik
di
sisi Allah S.W.T.
2. Sebaliknya orang-orang
yang kufur engkar, hatinya mati
(hampa dan kecewa)
pada hari itu, kerana
dimurkai Allah dan ditimpa
dengan seburuk-buruk
balasan.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Apa yang sunat dilakukan pada
malam hari raya?
Disunatkan menghidupkan
malam dua hari raya
(yakni hari raya fitrah dan
hari raya korban) dengan ibadah
sama ada mengerjakan
solat-solat sunat, membaca
al-Quran,
berzikir dan sebagainya.
Ini kerana terdapat hadis
di mana Nabi
s.a.w. bersabda:
مَنْ أَحْيَا لَيْلَةَ الْفِطْرِ
وَلَيْلَةَ الأَضْحَى لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوْتُ الْقُلُوْبُ
“Sesiapa menghidupkan
malam hari raya fitrah dan
malam hari raya korban,
nescaya tidak akan
mati hatinya pada
hari mati hati-hati”.
(Riwayat Imam
at-Thabrani dari ‘Ubadah r.a.)
Yang dimaksudkan mati hati
ialah terbelenggu hati
dengan dunia.
Ada yang
berpendapat
maksudnya ialah menjadi kafir.
Dan ada juga yang memberi erti;
ketakutan hari kiamat.
Selain itu, digalakkan juga
memperbanyakkan doa
pada malam hari raya kerana doa
pada malam tersebut
adalah mustajab.
Imam Syafi’ie berkata
di dalam kitabnya
al-Umm;
“Telah sampai kepada kami
bahawa dikatakan;
‘Sesungguhnya terdapat
lima
malam dimustajabkan
doa iaitu; pada malam jumaat,
malam hari raya korban,
malam
hari raya fitrah,
malam pertama bulan Rejab
dan malam nisfu Sya’ban’”.
(Mughni
al-Muhtaj, jil. 1, hlm.
426, al-Majmu’, 5/47).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan