:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Jumaat, 9 Ogos 2013

Momentum kekalkan tarbiah Ramadan



Momentum kekalkan tarbiah Ramadan










 
Sembilan langkah mudah untuk diamal tingkat konsisten dalam beribadah




Ramadan adalah penghayatan untuk melatih mengendalikan diri menjadi insan bertakwa. Jika melepasi ujian dan cabaran itu dengan cemerlang, sudah pasti kita dapat ‘bertempur’ melawan nafsu pada bulan lain sepanjang tahun.
Persoalannya, adakah kita mampu mengekalkan konsisten itu selepas Ramadan yang menjadi matlamat utama proses manusia kembali kepada fitrahnya? 






Salaf al-soleh pernah berpesan; 



“Seburuk-buruk kaum ialah mereka yang hanya mengenali Allah pada bulan Ramadan.”







Memang tidak dapat dinafikan matlamat khusus daripada ibadah puasa Ramadan untuk mewujudkan atau menimbulkan rasa ketakwaan kepada Allah SWT. Sifat ketakwaan pula bukan saja untuk tempoh atau musim tertentu seperti Ramadan, malah perlu dipupuk serta dikekalkan sepanjang masa.








Sebenarnya inilah matlamat Ramadan iaitu untuk mendidik umat manusia menjadi individu lebih beriman dan bertakwa sepanjang masa, bukan untuk tempoh atau musim tertentu saja. Kejayaan tarbiah Ramadan boleh dilihat daripada tingkah laku dan amalan dalam kehidupan seseorang itu. 








Kekalkan konsisten amal ibadah






 

Justeru, kita patut berusaha mengekalkan konsisten amal ibadah yang dilakukan sepanjang Ramadan pada Syawal dan bulan seterusnya selari matlamat khusus Ramadan. Soal mampu atau tidak untuk mengekalkan konsisten itu adalah perkara kedua. 








Paling penting sekarang, kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengekalkannya. Jika tidak, sia-sialah tarbiah Ramadan yang kita terima itu.








Bagi membolehkan kita untuk terus mengekalkan istiqamah atau konsisten amal soleh selepas Ramadan dalam 11 bulan berikutnya, dicadangkan sembilan langkah mudah untuk sama-sama kita amalkan.








Pertama, sentiasa memohon pertolongan Allah SWT supaya kita terus menerus diberikan hidayah dan keteguhan iman. Allah SWT memuji orang yang sering berdoa supaya sentiasa diberikan hidayah.









Allah SWT berfirman yang bermaksud: “(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu; sesungguhnya Engkau jugalah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberian-Nya.” 




(Surah Ali-Imran, ayat 8) 








Kedua, sentiasa menghadiri majlis ilmu seperti kuliah agama, ceramah dan tazkirah. 






Ketiga, berusaha mengenali dan menghayati sejarah hidup sahabat, tabi‘in dan orang soleh melalui pembacaan atau kuliah agama. Semua itu dapat membangunkan jiwa yang kuat dan azam tinggi.










Keempat, sentiasa menjaga dan menitikberatkan perkara fardu seperti solat lima waktu dan mengqada puasa Ramadan yang tertinggal kerana perkara fardu mempunyai kebaikan besar.




Kelima, sentiasa melakukan ibadah sunat walaupun sedikit. 






Rasulullah SAW bersabda: 



“Amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang istiqamah (berterusan atau konsisten) walaupun sedikit.”



 (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)






Keenam, terus menerus membaca ayat al-Quran dan berusaha menghafaznya. Ayat al-Quran yang dihafaz hendaklah sentiasa dibaca dalam solat fardu dan sunat. 






Ketujuh, memperbanyakkan berzikir kepada Allah SWT dan sentiasa beristighfar kerana ia adalah amalan mudah dilakukan. Manfaatnya pula sangat besar iaitu dapat menguatkan iman dan hati.





Jauhi perkara boleh rosakkan hati



 

Kelapan, sentiasa menjauhkan diri daripada perkara boleh merosakkan hati seperti bersahabat dengan orang yang buruk akhlaknya, melemparkan kata-kata kesat dan lucah atau menatap majalah lucah.






Kesembilan, segera bertaubat dengan taubat nasuha supaya tidak kembali semula ke lembah kehinaan dengan izin Allah SWT. Lagipun Allah SWT sangat suka hamba-Nya yang bertaubat.





Ketakwaan dan amal soleh yang telah dibentuk di sepanjang Ramadan perlu dipupuk serta dipelihara sehinggalah munculnya Syawal dan untuk bulan berikutnya. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang hanya mengenali Allah SWT pada Ramadan. 





Salaf al-soleh pernah berpesan; “Seburuk-buruk kaum ialah mereka yang hanya mengenali Allah pada bulan Ramadan.”





Kita memerlukan sikap dan komitmen yang tinggi untuk istaqamah mengekalkan tahap ketakwaan yang diserlahkan dalam akhlak, sahsiah, ketrampilan diri dan tingkah laku.




Penulis ialah
 Pensyarah Kanan, 
Pusat Kajian Pengurusan 
Pembangunan Islam (ISDEV),
 Pusat Pengajian
 Sains Kemasyarakatan
 Universiti Sains Malaysia, 
Pulau Pinang.



 



 






Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...