Sabda Rasulullah SAW
ketika menggali Parit
Khandaq; “
..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam.
Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Berikut, saya paparkan semula sejarah ringkas
kehidupan Sultan Muhammad al Fatih & pembebasan Constantinople. Sebelum
itu, setinggi-tinggi penghargaan buat penulis asal artikel ini. Semoga dapat
terus dimanfaatkan oleh umat Islam dalam menghayati sirah dan seterusnya
meningkatkan semangat dalam perjuangan Islam yang tercinta ini.
Apabila Nabi Muhammad s.a.w. menyebut
bahawa Constantinople akan dibuka oleh raja dan tentera terbaik, kerajaan Islam
sepanjang zaman telah berusaha menjadikannya kenyataan. Selepas cubaan selama
800 tahun, barulah ia berlaku.
Bahagia Sophia (Aya Sofiya) di Istanbul simbol
kejayaan Sultan Muhammad Al Fatih membuka Constantinople. Sekalipun tentera
Islam telah menduduki pusat pemerintahan Byzantine itu, monumen berharga
seperti Hagia Sophia tidak dimusnahkan, sebaliknya mengekalkannya sebagai
masjid.
SULTAN MUHAMMAD AL FATIH
Umat Islam berlumba-lumba membebaskan
Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah SWT di
dalam Hadis Rasulullah tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang
dilancarkan menemui kegagalan. Diantaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah,
1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyyah.
Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman
Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi SAW iaitu Abu Ayyub Al Ansary RA
telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas
wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka
beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda
sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka
membebaskan Constantinople”.Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi
saw.
Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800
tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan
Uthmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah
kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja”
dan “sebaik-baik tentera” di dalam Hadis tersebut.
PENGENALAN
Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di
Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau
bagaimanapun, sejarah hidup baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun
sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam
Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih dan Muhammad
The Conqueror kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan
panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda
mangkat pada 3 Mei 1481. Ada ahli sejarah berpendapat
baginda mangkat diracun.
baginda mangkat diracun.
PENDIDIKAN
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh
dan bersepadu. Di dalam bidang keagaman, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al
Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu
peperangan pula, baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.
Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah
seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu
Bahasa Arab,
Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang
Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan
mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang
baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda
telah matang menangani tipu helah musuh.
KEPERIBADIAN
Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah
diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan
serbannya,
mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri
terpaksa ikut sama bekerja
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam,
berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat
cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan
negara.
PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE
Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, baginda
mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik
kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen
terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang
strategi yang sesuai untuk digunakan.
Baginda mengarahkan dibina peralatan perang
termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu.
Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu
dari Kota Constantinople dimana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia
dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang
telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi
kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan
pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila
diserang nanti.
Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar
motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja
menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan
Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera
Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah
kesunyian alam.
MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE
Setelah segala persiapan lengkap diatur,
Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah.
Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453,
serangan dimulakan. Kota tersebut dihujani peluru meriam selama 48 hari.
Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.
Menara Bergerak
Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.
Bantuan Dari Pope Vatican
Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.
Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung
Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia
Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia
oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.
Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis
terbakar kerana bedilan meriam Uthmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin
lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat
kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan
bersama-sama berdoa kepada Allah swt.
Memanjat dan Melastik Dinding Kota
Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba
memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik
besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda
memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga
tengahari.
Karisma Seorang Pemimpin
Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang
tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan
tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat
tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa
yang mahu syahid ikutlah aku!”.
Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah AllahuAkbar.
Penawanan Constantinople
Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke
tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) .
Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan
tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak
peristiwa inilah baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana
kejayaannya
membebaskan Constantinople.
membebaskan Constantinople.
SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak
didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda
memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya,
“Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat
fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita
yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila
duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di
antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud
walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah
meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh
. Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik
raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan