KAEDAH MERAWAT
DEMAM MENURUT ISLAM
DEMAM MENURUT ISLAM
oleh:
Ustaz Wahid Abd Haniff
Setiap ujian dan musibah yang Allah s.w.t.
timpa kepada hamba-Nya yang sabar dan reda, akan diberi pahala yang besar.
Sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Darimi daripada Abdullah bin
Amr, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Tidak seorang pun
daripada kaum Muslimin
yang terkena musibah pada jasadnya,
kecuali Allah
memerintahkan malaikat
penjaga yang menjaganya seraya berfirman,
“Tulislah
untuk hamba-Ku ini, setiap hari
dan malam kebaikan seperti kebaikan yang
biasanya dia lakukan ketika dia tidak
terkekang dengan belenggu-Ku.”
Abu Hurairah r.a berkata:
“Tidak ada
penyakit yang menimpaku
yang lebih aku sukai daripada demam,
sebab demam
merasuk setiap organ tubuhku,
dan Allah s.w.t. akan mengurniakan pahala
bagi
setiap organ tubuh yang diserang demam.”
Sejukkannya dengan Air
Hadis riwayat al-Tirmizi dalam Jami’nya menerusi
hadis Rafi’ bin Khudaij secara marfu’
meriwayatkan: “Apabila salah seorang di antara kamu diserang demam dan demam
itu adalah percikan api neraka, maka hendaklah dipadamkan demam itu dengan air
sejuk dan hendaklah berendam di dalam sungai yang mengalir. Hendaklah ia mandi
selepas fajar (subuh) dan sebelum terbit matahari. Dan hendaklah ia mengucapkan:
Maksudnya:
“Dengan nama-Mu ya Allah,
sembuhkanlah penyakit hamba -Mu
dan benarkan bimbingan Rasul-Mu.”
Lalu berendam sebanyak tiga kali selama
tiga hari berturut-turut. Jika sembuh, alhamdulillah. Jika belum sembuh juga,
ulangi hingga lima hari. Jika belum sembuh juga, maka tujuh hari. Biasanya
tidak pernah lebih dari tujuh hari, dengan izin Allah.
Daripada Rafi’ bin Khadij r.a., bahawa dia
mendengar Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya demam itu
merupakan
legakan api neraka jahanam, maka
sejukkanlah ia dengan air.”
(Riwayat
Muslim no. 5889)
Begitu juga sebuah hadis daripada Ibn Umar
r.a.,
bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya demam
itu atau
demam yang berat itu berpunca
daripada bahang api neraka.
Jadi,
sejukkanlah ia dengan air.”
(Riwayat Muslim no. 5882)
Membaca Ruqyah
Rasulullah s.a.w. juga menyarankan agar
membaca doa-doa yang disyariatkan untuk mengubati demam juga penyakit-penyakit
yang lain. Dalam sebuah hadis riwayat Imam al-Tirmizi, daripada Abdullah bin
Abbas, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengajar mereka doa sebagai ruqyah (jampi)
apabila ditimpa demam panas iaitu:
Maksudnya:
“Dengan nama Allah yang Maha
Besar,
aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung
daripada kekejangan urat dan
keperitan kepanasan api.”
Imam al-Baihaqi juga ada meriwayatkan
sebuah hadis iaitu daripada Anas r.a. kata: “Rasulullah s.a.w. menemui Aisyah
r.ha. ketika Aisyah terkena penyakit demam panas seraya berkata,
“Jangan
mengeluh,
kerana ia diperintahkan.
Tetapi jika kamu mahu akan aku
ajari
beberapa bacaan yang jika kamu
membacanya Allah akan menghilangkan
sakit itu
daripadamu.’
Aisyah berkata:
‘Ajarilah aku.’
Baginda bersabda:
Maksudnya:
“Ya Allah,
kasihanilah kulitku
yang nipis
dan tulangku yang lembut
daripada panasnya kebakaran.”
“Ya Ummu Mildam (demam),
jika kamu beriman
kepada Allah
Yang Maha Agung,
maka janganlah kamu
memeningkan kepala,
membuatkan mulut berbau,
jangan menyedut darah tetapi
sebaliknya palingkan
diriku kepada
orang yang menjadikan Allah
sebagai tuhan.”
Lalu Aisyah
mengucapkan kalimah itu
hingga rasa sakitnya sembuh.
Dalam satu riwayat ada
tambahan,
“Sesungguhnya saya bersaksi tidak ada
Tuhan selain Allah dan Muhammad
adalah hamba dan Rasul-Nya.”
Berpunca daripada Bahang Neraka?
Menurut Ibn Qayyim al-Jauziah, maksud
ucapan Nabi s.a.w. “demam itu berpunca daripada bahang neraka jahanam” iaitu
panas demam yang bergejolak sepertimana Rasulullah s.a.w. pernah mengucapkan
dalam hadis yang lain,
“Panas matahari yang terik
berpunca daripada bahang
jahanam.”
Di sana ada dua pendapat yang menjelaskan
kedua-dua hadis tersebut.
Pendapat
pertama menyatakan bahawa panas tersebut merupakan satu
bayangan kepanasan neraka jahanam agar para hamba Allah menjadikannya sebagai
iktibar atau pengajaran. Kemudian Allah sembuhkan sebagai bandingan
kebahagiaan, keceriaan, kegembiraan serta nikmat hidup dalam syurga yang Allah
s.w.t.
Manakala pendapat kedua pula menyatakan
hadis tersebut merupakan perumpamaan. Allah s.w.t. mengumpamakan panas demam
yang bergejolak seperti bahang jahanam. Allah s.w.t. juga mengumpamakan terik
matahari dengan bahang neraka jahanam untuk mengingatkan manusia akan panasnya
bahang seksa neraka. Panas yang menyengat itu diumpamakan sebagai bahang api
neraka. Orang yang menghampirinya akan terasa bagaikan disentuh panas tersebut.
Maksud Air
Ucapan Nabi s.a.w. “sejukkanlah ia dengan
air”
juga terdapat dua pengertian.
Pertama
bermaksud segala jenis air.
Demikianlah pengertian yang hampir kepada benar.
Kedua, air
zamzam.
Mereka yang berpendapat air zamzam bersandarkan kepada sebuah hadis
yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam Sahihnya,
daripada Abu Jamrah Nashr bin Imran al-Dhuba’i bahawa ia bercerita: “Aku pernah
duduk dalam majlis Ibn Abbas di Kota Makkah, tiba-tiba aku diserang demam.
Kemudian Ibn Abbas berkata, ‘Sejukkan dengan air zamzam kerana Rasulullah
s.a.w. bersabda (yang bermaksud),
‘Sesungguhnya demam itu atau
demam yang berat
itu berpunca daripada
bahang api neraka jahanam.
Oleh sebab itu,
sejukkanlah ia
dengan air.’
atau Baginda s.a.w. menyebut,
‘Air zamzam.’”
Manakala orang yang berpendapat segala
sejenis air juga terdapat perbezaan pendapat. Ada yang mengatakan air yang
disedekahkan kepada orang lain. Ada juga yang berpendapat air itu hendaklah
digunakan dalam rawatan. Dalam dua pendapat ini, pendapat yang utama adalah air
itu hendaklah digunakan untuk disedekahkan kerana memberi seteguk air kepada
orang yang dahaga adalah perbuatan yang amat terpuji.
Walau bagaimanapun yang lebih masyhurnya
maksud sebenar hadis itu adalah air itu mestilah digunakan untuk rawatan. Abu
Nu’aim, seorang ulama ada menulis Hilyat
al-Auliya’ dan disahkan ulama bahawa ada hadis yang berdarjat marfu’ bermaksud:
“Jika salah seorang di antara kamu demam,
hendaklah ia menyiram tubuhnya dengan
air sejuk
selama tiga malam pada waktu fajar.”
(Riwayat al-Nasa’i dan al-Hakim)
Di dalam kitab Sunan Ibn Majah daripada Abu
Hurairah r.a. secara marfu’
menyebut: “Demam itu berasal dari peniup tungku jahanam, maka hapuskanlah ia
dengan air sejuk.” Menurut Imam al-Sindi dalam menghuraikan Sunan Ibn Majah
berkata, “Hadis tersebut sahih dan para perawinya boleh dipercayai.” Yang
dimaksudkan dengan peniup tungku adalah peniup tungku tukang besi yang
dibangsakan kepada neraka ini dalam bentuk kiasan sahaja.
Dalam Musnad
dan selainnya menerusi hadis al-Hasan daripada Samurah dengan darjat marfu’ bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Demam adalah sebahagian daripada
pakaian api neraka,
maka sejukkanlah ia menggunakan air.”
Dan adalah Rasulullah
s.a.w. sendiri apabila demam,
Baginda s.a.w. meminta diambilkan air lalu
Baginda
jiruskan ke kepala Baginda, kemudian Baginda mandi.” '
(Riwayat al-Hakim,
al-Tabrani dalam al-Ausat
serta al-Bazzar)
Jangan Mencela Demam
Di dalam kitab al-Sunan daripada Abu Hurairah r.a.
bahawa ia berkata: “Suatu ketika ada orang membicarakan mengenai demam dekat
Rasulullah s.a.w., tiba-tiba seorang lelaki mencela penyakit tersebut.
Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud): ‘Jangan mencela demam sebab demam
dapat menghapuskan dosa sebagaimana api melenyapkan karat daripada besi.’”
(Riwayat Ibn Majah)
Menurut riwayat sebuah athar iaitu
“Demam sehari boleh menghapuskan dosa setahun.”
Riwayat ini ada yang difahamkan bahawa
demam itu meresap ke dalam setiap anggota tubuh dan sendi-sendinya. Manakala
jumlah sendi-sendi tubuh adalah sebanyak tiga ratus enam puluh. Justeru, demam
itu dapat menghapuskan dosa sejumlah sendi-sendi tersebut dalam sehari.
Sumber: SOLUSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan