Empat tahap
mendidik anak
mengikut sunnah
Rasulullah SAW
Umur anak-anak 0 hingga 6 tahun
Pada masa ini,
Rasulullah SAW menyuruh kita
untuk memanjakan, mengasihi dan
menyayangi anak dengan
kasih sayang yang tidak terbatas.
Berikan mereka kasih sayang tanpa
mengira anak sulung mahupun
bongsu dengan
bersikap adil terhadap
setiap anak-anak.
Tidak boleh dirotan
sekiranya mereka
melakukan kesalahan
walaupun atas dasar untuk mendidik.
Kesannya, anak-anak akan
lebih dekat dengan kita dan
merasakan kita sebahagian
masa
membesar mereka yang boleh dianggap
sebagai rakan dan rujukan yang
terbaik.
Anak-anak merasa aman
dalam meniti usia kecil mereka
kerana mereka tahu yang
anda
(ibu bapa) selalu ada di sisi
mereka setiap masa.
Umur anak-anak 7 hingga 14 tahun.
Pada tahap ini mulakan
menanamkan nilai disiplin dan
tanggungjawab kepada
anak-anak.
Menurut hadis Abu Daud,
“Perintahlah anak-anak kamu
supaya mendirikan
sembahyang
ketika berusia tujuh tahun dan
pukul mereka kerana meninggalkan
sembahyang ketika berumur
sepuluh tahun dan asingkan
tempat tidur di antara
mereka
(lelaki dan perempuan)."
Pukul itu pula bukanlah
untuk menyeksa, cuma sekadar
untuk menggerunkan mereka.
Janganlah dipukul bahagian muka
kerana muka adalah tempat
penghormatan
seseorang.
Allah SWT mencipta sendiri
muka Nabi Adam.
Kesannya, anak akan lebih
bertanggungjawab pada setiap suruhan
terutama dalam
mendirikan solat.
Inilah masa terbaik bagi kita
dalam memprogramkan sahsiah dan
akhlak anak mengikut acuan Islam.
Umur anak-anak 15 hingga 21 tahun.
Inilah fasa remaja yang penuh
sikap memberontak.
Pada tahap ini,
ibu bapa
seeloknya mendekati
anak-anak dengan berkawan
dengan mereka.
Banyakkan berbual dan berbincang
dengan mereka tentang perkara
yang mereka
hadapi.
Bagi anak remaja perempuan,
berkongsilah dengan mereka tentang
kisah kedatangan
‘haid’ mereka dan
perasaan mereka ketika itu.
Jadilah pendengar yang setia
kepada mereka.
Sekiranya tidak bersetuju
dengan sebarang tindakan mereka,
elakkan mengherdik
atau memarahi mereka
terutama di hadapan adik-beradik
yang lain tetapi
banyakkan pendekatan
secara diplomasi walaupun kita
adalah orang tua mereka.
Kesannya, tiada orang ketiga
atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup
mereka sebagai
tempat rujukan dan
pendengar masalah mereka.
Mereka tidak akan terpengaruh
untuk keluar rumah untuk
mencari keseronokan
memandangkan
semua kebahagiaan dan keseronokan
telah ada di rumah bersama
keluarga.
Umur anak 21 tahun dan ke atas.
Fasa ini adalah masa ibu bapa
untuk memberikan sepenuh kepercayaan
kepada
anak-anak dengan memberi
kebebasan dalam membuat
keputusan mereka sendiri.
Ibu bapa hanya perlu pantau,
nasihatkan dengan diiringi doa
supaya setiap hala
tuju yang
diambil mereka adalah betul.
Berbekalkan ilmu dan disiplin
yang diasah sebelum ini cukup
menjadi benteng
diri buat mereka.
Ibu bapa jangan penat untuk
menasihati mereka, kerana
mengikut kajian, nasihat
yang diucap
sebanyak 200 kali terhadap anak
mampu membentuk tingkah laku
yang
baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan