:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Ahad, 2 Jun 2013

Doa Bulan Rejab dan Mutiara Hadis

Klik :)




Dari An-Nawwas bin Sim’an r.a, 
dari Nabi SAW yang bersabda :

 ” Kebajikan itu adalah budi pekerti yang baik.
 Dan dosa pula adalah apa yang tersimpul 
di dalam diri engkau dan engkau benci bahawa
 ia diketahui manusia mengenainya.

 ~ Riwayat Muslim







Dari Abi Wabishah bin Ma’bad r.a : 


” Bahawa aku datang kepada Rasulullah SAW
 lalu baginda bertanya :
 ‘ Engkau datang bertanyakan erti kebajikan ? 
‘ Aku menjawab : ‘ Ya ‘.
 Sabda Rasulullah SAW lagi : 
‘ Tanyalah hati engkau. ‘ 
Kebajikan itu ialah apa yang
 mententeramkan diri engkau kepadanya 
serta mententeramkan hati. 
Manakala dosa pula ialah 
apa yang mengganggu jiwa dan 
meragui dalam dada, walaupun orang ramai 
telah memberikan engkau 
fatwa dan terus menfatwakan sesuatu.’ 









Daripada Abu Hurairah r.a : 

Bahawa Nabi SAW telah bersabda :

 ” Setiap anggota manusia harus membuat
 sedekah setiap hari apabila matahari terbit. 
Engkau mendamaikan antara dua orang adalah sedekah
. Dan engkau menolong seseorang menaiki tunggangannya 
atau pun engkau menolong mengangkat baginya 
barang-barang ke atas tunggangnya adalah sedekah, 
dan perkataan yang baik itu sedekah. 
Dan pada tiap-tiap langkah menuju ke tempat sembahyang 
adalah sedekah. Dan engkau menjauhkan bahaya 
dari jalan laluan juga menjadi sedekah. “








Dari Abi Tsa’labah Al-Khusani, Jurthum bin Nashir r.a, 
daripada Rasulullah SAW, yang bersabda :

 ” Sesungguhnya Allah Ta’ala telah 
memfardhukan beberapa kewajipan,
 maka janganlah kamu mengabaikannya. 
Dan ia telah menetapkan beberapa hudud ( batasan ), 
maka janganlah kamu melampauinya. 
Dia telah mengharamkan beberapa benda 
maka janganlah kamu melanggarnya. 
Dan Dia telah mendiamkan beberapa perkara 
sebagai suatu rahmat terhadap kamu, 
bukan kerana lupa maka janganlah kamu
 membahas mengenainya. “






Dari Abu Hurairah r.a, katanya : 


” Telah bersabda Rasulullah SAW :

 ‘ Janganlah kamu berdengki-dengkian, 
dan jangan kamu tipu-menipu, 
dan jangan benci-membenci, 
dan jangan musuh memusuhi,
 dan jangan kamu berjual beli atas jual beli
 setengah yang lain, dan jadilah kamu sekelian 
sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.
 Seorang Muslim adalah bersaudara sesama Muslim,
 tidak boleh menganiayanya,
 tidak boleh membiarkannya tertindas, 
tidak boleh mendustainya dan
 tidak boleh menghinanya.
Taqwa itu berpunca dari sini – sambil Nabi SAW
 menunjukkan ke dadanya tiga kali. 
Sudah memadailah kejahatan seorang itu
 jika ia menghina saudaranya yang Islam. 
Seorang Muslim ke atas seorang Muslim yang lain 
diharamkan darahnya, harta bendanya 
dan kehormatannya."




Dari Ibn Abbas r.a dari Rasulullah SAW 
yang meriwayatkan hadis ini daripada
 Tuhannya Tabaraka Wa Ta’ala, katanya : 

” Sesungguhnya Allah telah menetapkan
 yang baik dan yang jahat, 
dan telah menerangkan keduanya itu.
 Maka barangsiapa yang bercita kepada kebaikan,
 kemudian ia tidak mengerjakannya –
 Allah akan mencatit disisinya satu hasanah
 yang sempurna. 
Dan jika ia melaksanakan, 
nescaya Allah akan mencatitkan di sisi-Nya
 sepuluh hasanah hingga tujuh ratus kali 
lipat ganda dan hingga sampai beberapa kali ganda banyaknya.
 Dan jika ia bercita-cita mengerjakan sesuatu kejahatan
 kemudian tidak dilakukannya, Allah akan mencatitkan
 di sisi-Nya satu hasanah yang sempurna. 
Jika ia meneruskan cita-citanya yang jahat itu
 dan melakukannya, Allah akan mencatitkan
 baginya satu kejahatan sahaja.
 ~ Riwayat Bukhari dan Muslim dalam kitab sahih keduanya.~

2 ulasan:

Temuk berkata...

Assalam, Cikgu Rohani
Semoga sampailah kita ke Ramadhan nanti. Juga Ramadhan-Ramadhan yang mendatang. Semoga dalam segala bulan, apa juga yang mampu kita lakukan, akan diterima Allah.

Rohani M.U berkata...

Waalaikummussalam wbt Cikgu.
Amin Ya Rabbal Alamin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...