Keistimewaan beribadah
pada bulan Rejab
Allah SWT menyediakan
balasan nikmat khusus bagi
mereka yang berselawat ke atas Baginda Rasulullah
SAW
pada bulan Rejab. Rasulullah SAW bersabda:
“Pada malam Mikraj saya melihat
sebatang sungai, airnya lebih manis daripada madu,
lebih sejuk daripada salji
dan lebih harum daripada
minyak misk. Saya bertanya kepada Jibril:
Untuk siapa
(sungai) ini?
Ia menjawab:
Bagi orang yang berselawat ke atasmu
pada bulan
Rejab.”
'Bulan tuli'
Rasulullah SAW juga menamakan bulan Rejab
sebagai ‘bulan tuli’ kerana malaikat
Kiraman Katibin
akan hanya mencatat segala kebaikan dan
tidak mencatat segala
kejahatan pada bulan itu.
Sabda Rasulullah SAW;
“Bertaubatlah kamu kepada Tuhan kamu,
dan minta ampunlah kamu daripada segala
dosa
dan jauhilah maksiat, pada bulan haram,
iaitu bulan Rejab.”
Setiap orang akan berasa lapar
pada hari kiamat kelak,
kecuali nabi-nabi dan
keluarganya serta orang
yang berpuasa pada bulan
Rejab, Syaaban dan Ramadan.
Saidatina Aishah berkata,
Rasulullah SAW bersabda:
“Semua manusia dalam keadaan
lapar
pada hari kiamat kecuali nabi-nabi dan
keluarga mereka juga orang yang
berpuasa
pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan.
Sesungguhnya mereka dalam
keadaan kenyang,
tidak lapar dan tidak haus.”
Mereka yang menghidupkan Rejab dengan
beribadah akan mendapat balasan di
akhirat kelak.
Cahaya Rejab kelihatan pada mereka yang berbuat
demikian
menyebabkan mereka dapat dikenali.
Mereka juga dapat melintasi siratal-mustaqim
seumpama laluan kilat.
Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila datang hari kiamat,
maka ada suara memanggil:
Di mana ahli Rejab?”
Maka terpancarlah sinar,
diikuti oleh Jibril dan Mikail,
cahaya itu diikuti oleh ahli Rejab."
Mereka mereka semua lalu di atas
siratal-mustaqim seperti kilat yang menyambar.
Kemudian mereka semua sujud bersyukur kepada
Allah Taala kerana dapat melintasi
sirat tadi. Allah berkata:
“Wahai ahli Rejab,
angkatlah kepala kamu semua,
kamu
telah sempurnakan sujud di dunia
pada bulan-Ku, lalu mereka pergilah
ke tempat
masing-masing.”
Beribadah pada bulan Rejab
Baginda Rasulullah SAW menggesa umatnya
memperbanyakkan taubat serta menjauhkan
maksiat,
di samping melakukan ibadah pada bulan Rejab
Baginda bersabda:
“Bertaubatlah
kamu kepada Tuhan kamu,
dan minta ampunlah kamu daripada segala dosa
dan
jauhilah maksiat, pada bulan haram,
iaitu bulan Rejab.”
Barang siapa yang inginkan keringanan ketika
menghadapi sakaratulmaut,
terpelihara daripada godaan iblis
dan syaitan ketika menghadapi maut, ia
hendaklah
menghormati bulan haram yang termasuk dalamnya bulan Rejab.
Rasulullah SAW bersabda:
“Andainya kamu semua hendakkan
keringanan pada saat
kematian daripada
dahaga dan keluar bersama iman,
juga terselamat daripada tipu
daya syaitan,
maka hormatilah bulan-bulan ini
dengan memperbanyakkan puasa dan
menyesali
terhadap perkara yang telah lalu
daripada dosa-dosa dan ingatlah
selalu
kepada Allah SWT yang mencipta, nescaya
kamu masuk syurga Tuhan kamu
dengan sejahtera.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan