:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Jumaat, 3 Mei 2013

Mutiara Hadis



Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: 

“Tiga perkara yang boleh 
mengeratkan persahabatan 
dengan saudaramu iaitu 
memberi salam apabila 
bertemu dengannya dan menyediakan
 tempat duduknya dalam sesuatu majlis 
serta panggilah ia dengan nama
 yang paling disenanginya.”

Riwayat Al-Tabrani


Huraian:


·         Kita hendaklah sentiasa mempamerkan
 keperibadian seorang muslim dalam setiap
 pergaulan kerana ia merupakan aset penting 
bagi kejayaan diri serta organisasi yang dipimpin.


·         Tutur kata yang baik, 
beradab dan dipenuhi unsur-unsur 
keikhlasan akan memberikan motivasi
 yang paling berkesan kepada setiap 
individu dalam masyarakat sekeliling
 sehingga membentuk kualiti ummah
 yang terbaik dan menjadi contoh 
kepada yang lain.


·         Jika kita mahu dihormati 
maka kita hendaklah terlebih dahulu 
menghormati orang lain sama ada
 dengan mengucapkan salam, bersikap peramah 
dan mengutamakan keperluannya. 
Ini dengan sendirinya akan menerbitkan
 perasaan hormat orang itu 
terhadap kita dan seterusnya 
menimbulkan rasa kasih dan
 sayang antara satu sama lain.






Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...