:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Rabu, 1 Mei 2013

Berakhlak Mulia

http://2.bp.blogspot.com/-c9XXjb6tFiM/TbZwVIHzAPI/AAAAAAAAAwg/gNLI0DAMbLM/s1600/akhlak.jpg


Berakhlak Mulia


Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Kebanyakan perkara
yang memasukkan manusia
ke dalam syurga ialah
ketakwaan kepada Allah
 dan mempunyai akhlak yang baik.”

 (Riwayat at-Tirmidzi)

 

Sayidina Usamah bin Zaid mengatakan:

 “Katakanlah kepada kami
 wahai Rasulullah,
 apakah pemberian paling baik
 yang diberikan Allah kepada manusia?
 Lalu Baginda SAW bersabda:
“Akhlak yang baik.”

 (Riwayat Ibn Majah)


http://amahrizal.files.wordpress.com/2012/01/akhlak.jpg


Baginda SAW bersabda lagi:

“Sesungguhnya aku
diutuskan untuk
menyempurnakan akhlak
yang mulia.”

(Riwayat al-Bukhari)

Di dalam hadis yang lain
 Baginda Rasulullah SAW bersabda:

“Sesuatu yang paling berat
ditimbang oleh Allah ialah
 akhlak yang baik.”

 (Riwayat at-Tirmidzi)


Dalam hadis yang lain,
 Baginda SAW juga berdoa:

“Ya Allah,
 jauhkanlah dariku
akhlak yang keji.”

(Riwayat at-Tirmidzi, Ibn Hibban)


Sa’id bin Hisyam RA menyatakan:

 “Saya telah masuk
 menghadap Sayidatina Aisyah
dan bertanyakannya tentang
akhlak Rasulullah SAW.
 Lalu beliau mengatakan:
Adakah kamu membaca al-Quran?
Saya menjawab:
Sudah tentu.
Lalu beliau menyambung lagi:
 Akhlak Rasulullah SAW
adalah seperti al-Quran.”

(Hadis sahih)


Sabda Nabi SAW kepada
 isterinya Syaidatina Aisyah:

 “Hendaklah kamu
 bersikap lemah lembut dan
 jangan sesekali bersikap kasar
dan mengucapkan perkataan yang keji.”

 (Riwayat al-Bukhari)



Dalam hadis yang lain
 Baginda SAW bersabda:

 “Sesungguhnya Allah SAW
tidak menyukai perkataan
 yang buruk dan orang yang
 bodoh sombong serta orang yang
 melaungkan perkataan
 yang keras di pasar-pasar.
 Mereka itu alim
 dalam urusan dunia tetapi
 jahil dalam urusan akhirat.”

(Riwayat al-Baihaqi, Ibn Hibban)


http://sofeeya87.files.wordpress.com/2008/11/pic-akhlak-mulia.jpeg


Sayidina Anas bin Malik RA mengatakan:

“Rasulullah SAW tidak pernah
mencela dan tidak pernah
 melafazkan kata-kata yang buruk.”

(Riwayat al-Bukhari)


 http://www.jahabersa.com.my/files/PJ-0892L.jpg

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...