AMALAN-AMALAN HARI JUMAAT
1. Membaca surah al-Sajdah dan al-Insan
dalam
solat subuh.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya :
"Nabi s.a.w. ketika
solat Subuh membaca:
"ALIF LAAM MIIM TANZIIL AS-Sajadah
(Surah As-Sajadah), dan
'HAL ATAA 'ALAL
INSAANI HIINUM MINAD DAHRI
(Surah Al-Insaan)."
(Hadis Riwayat Al-Bukhari
dan Muslim)
2. Memperbanyakkan selawat
Dari Abu Umamah r.a. bahawa
Rasulullah s.a.w.
bersabda :
"Perbanyaklah selawat kepadaku setiap
hari
Jumaat kerana selawat umatku
akan dipersembahkan untukku pada
hari Jumaat, maka
barangsiapa
yang paling banyak berselawat kepadaku,
dia akan paling dekat
darjatnya denganku."
(Hadis Riwayat Baihaqi dengan sanad shahih)
3. Membaca surat Al Kahfi
Dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a.,
Nabi s.a.w.
bersabda:
"Barangsiapa membaca
surah Al-Kahfi pada hari Jumaat,
akan
diberikan cahaya baginya
diantara dua Jumaat."
(Hadis Riwayat Al-Hakim dan
Baihaqi
dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani)
4. Memperbanyak do'a
5. Amalan-amalan solat jumaat (bagi laki-laki)
- Mandi, bersiwak, dan memakai wangi-wangian.
- Bergerak awal ke masjid.
- Diam mendengarkan khatib berkhutbah.
- Memakai pakaian yang terbaik.
- Melakukan solat sunnah selama imam belum naik ke atas mimbar.
Manfaatkan kelebihan hari Jumaat ini
dengan
amalan-amalan yang dianjurkan
oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana disebut
dalam
hadis-hadis di atas.
Semoga Allah
merahmati dan membimbing
kita semua ke jalan yang diredaiNya.
Allah s.w.t berfirman :
"Katakanlah (wahai Muhammad):
"Jika
kalian mencintai Allah,
ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi
dan mengampuni
dosa-dosamu".
Allah Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang."
(Surah
Al-Imran:31)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan