Sabda nabi saw:
“Berguraulah dengan
anak
kamu kala usianya
satu hingga tujuh tahun.
Berseronok dengan mereka,
bergurau
hingga naik
atas belakang pun tak apa.
Jika suka geletek, kejar atau
usik anak
asalkan hubungan rapat.
Lepas tujuh hingga 14 tahun
kita didik dan ajar,
kalau
salah pukullah dia
(sebagai pengajaran).”
Sayyidina Umar berkata,
kanak-kanak tidak berdosa dan doa
mereka mudah diterima. Begitu juga
dengan Rasulullah, kalau berjumpa
anak-anak kecil, Baginda cukup
hormat dan sayang sebab
anak-anak tidak berdosa.
Lagipun kanak-kanak
kalau menegur memang ikhlas
dan jangan ambil
endah tidak endah.
Perasaan anak juga
mesti dihargai, sesetengah orang tua
kurang bercakap dengan anak-anak.
Kalau menegur pun dengan
ekor mata dan herdikan.
Si anak rasa tersisih dan
tidak dihargai.
Kepada kawan tempat mereka
mengadu bila jumpa kawan baik
tidak mengapa, tetapi jumpa
yang orang yang salah,
ia sudah tentu membawa padah.
Dr Fadzilah Kamsah pernah
memberi 15 tips ibu bapa cemerlang.
Yang pertama DOA dan yang
ke 15 barulah menghukum.
Banyakkan berdoa untuk
kesejahteraan anak kita agar
lembut hati dan mudah dibentuk
menjadi anak soleh dan solehah.
Antara langkah-langkah yang
boleh dilakukan seperti berikut.
Doa mestilah disusuli
dengan tindakan yang hikmah
dalam cara kita
membentuk peribadi anak.
1.Selalu amalkan baca
‘Ya Latif’ sebanyak tujuh kali
dan hembuskan di kepala anak
sewaktu mereka sedang
atau hendak tidur.
2.Banyak bersabar dan yang utama,
jangan cepat melenting jika
anak melakukan sesuatu yang
di luar dugaan.Cuba berbicara
dengan baik dan gunakan
kaedah memujuk.
3.Banyakkan berdoa
kepada Allah dan minta
dilembutkan hati anak-anak.
4.Bila bangun pagi,
peluk anak sebanyak tiga kali,
usap kepalanya dan berselawat
sambil berniat dalam hati
(bergantung pada niat kita untuk anak).
5.Baca Surah al-Fatihah,
surah Taha ayat 1 sehingga 5,
diikuti doa Nabi Daud
sebanyak 3 kali. Doanya,
”Ya Allah,
lembutkanlah hati anakku
(sebut namanya),seperti mana
Engkau lembutkan
Nabi Daud
akan besi.(sebut namanya).”
Kemudian hembuskan pada
makanan dan minuman.
Kalau anak masih menyusu,
hembuskan pada susu.
6.Untuk membantu anak
mudah belajar dan menelaah
pelajaran,baca zikir
Ya Latif sebanyak 129 kali
diikuti ayat 19 daripada
surah as-Syura bermaksud
”Allah Maha Lembut
kepada hamba-Nya;
Dia memberi rezeki
kepada sesiapa yang Dia
kehendaki,dan Dialah
Yang Maha Kuat,
Lagi Maha Kuasa”
Sebaik-baiknya dibaca selepas
Subuh,baca pada
semua botol air untuk
minuman dan masakan
seisi keluarga.
7.Ketika memasak,sentiasa
basahkan lidah dan bacakan
doa ayat 200 dari
Surah Ali Imran yang bermaksud:
”Wahai orang yang beriman!
Bersabarlah kamu dan
kuatkanlah kesabaran kamu,
dan bersedialah serta
bertakwalah kepada Allah
supaya kamu berjaya.”
Diikuti pula dengan
memperbanyakkan zikir’
Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff
dan Ya Rahman’berulang-ulang.
Semua ini Insya-Allah
adalah d0a pelembut hati.
Begitu juga,Surah Toha ayat
1 hingga 8,surah ar-rahman
ayat 1 hingga 4 dan
surah al-Insyirah dibaca
dalam kegiatan lain seperti
ketika menemani anak
menelaah buku dan
membaca al-Quran.
8.Bagi ibu yang bercita-cita
mendapat zuriat yang baik,
amalkan ayat 38 daripada
Surah Ali Imran iaitu doa
Nabi Zakaria yang bermaksud:
”Ketika itu Nabi Zakaria
berdoa kepada Tuhan-Nya,
katanya:
Wahai Tuhanku!
Kurniakanlah kepadaku
dari sisi-Mu zuriat
keturunan yang baik;
sesungguhnya Engkau
sentiasa Mendengar
(menerima)
doa permohonan.”
9.Kita juga digalakkan
menyentuh lembut ubun-ubun
anak dengan tangan kanan
sambil berdoa dan menyatakan harapan.Sebaik-baiknya
setiap malam ketika anak
dalam keadaan baru hendak tidur,
ketika ini otak mereka sedang
berehat dan lebih cepat mendengar kata.
10.Selepas solat lima waktu,
amalkan doa daripada ayat 74
daripada Surah al-Furqan
yang bermaksud:
”Dan juga mereka
yang berdoa dengan berkata:
Wahai Tuhan kami,
berilah kami beroleh daripada
isteri-isteri dan zuriat
keturunan kami perkara-perkara
yang menyukakan
hati melihatnya, dan
jadikanlah kami imam
ikutan bagi orang
yang (mahu)bertakwa.”
Amalkan juga ayat 40
daripada Surah Ibrahim
yang bermaksud:
”Wahai Tuhanku!
Jadikanlah daku orang
yang mendirikan sembahyang,
dan zurait keturunanku.
Wahai Tuhan kami,
perkenankan doaku.”
Jadikanlah doa cara
berkesan membentuk
peribadi anak-anak.
Doa itu senjata orang mukmin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan