Kalau engkau kaya,
senangkanlah
hatimu!
Kerana di hadapanmu
terbentang kesempatan untuk
menunaikan yang
sulit-sulit.
Segala perbuatanmu
dihargai orang,
engkau beroleh pujian
di
mana-mana.
Engkau menjadi mulia,
tegakmu teguh.
Di hadapan engkau
terhampar
permaidani kepujian,
sebab itu engkau beroleh
kebebasan dan kemerdekaan.
Jika engkau fakir
miskin,
senangkan pulalah hatimu!
Kerana engkau
telah terlepas dari
suatu
penyakit jiwa,
penyakit kesombongan
yang selalu menimpa
orang kaya.
Senangkanlah hatimu
kerana tiada orang
yang akan hasad dan dengki
kepada engkau
lagi,
lantaran kemiskinanmu.
Kefakiran dan kemiskinan
adalah nikmat,
yang tidak
ada jalan
bagi orang lain
buat kecil hati,
dan tidak ada pintu
bagi kebencian.
Kalau engkau dermawan,
senangkanlah hatimu!
Kerana dengan kedermawanan
engkau dapat mengisi
tangan
yang kosong,
telah dapat menutup
tubuh yang bertelanjang,
engkau tegakkan
orang
yang telah hampir roboh.
Dengan sebab itu
engkau telah menuruti
perintah hatimu
dan engkau
beroleh bahagia:
Berpuluh bahkan beratus
makhluk Tuhan
akan
menghantarkan
pujian kepada Tuhan
lantaran pertolonganmu.
Kesenangan hatimu
yang tadinya cuma satu,
sekarang akan berlipat ganda,
sebab banyak orang
yang
telah mengecap
nikmatnya.
Kalau engkau
tidak kuasa
jadi dermawan,
itupun..
senangkan pulalah hatimu!
Sebab engkau tidak akan
bertemu
dengan suatu penyakit
yang selalu menular
kepada masyarakat manusia,
iaitu
tiada membalas guna,
penghilangkan jasa.
Mereka ambil kebaikan budi
dan
kedermawananmu itu
jadi senjata untuk menjatuhkan
tuduhan-tuduhan yang rendah.
Saat yang demikian
pasti datang kepada
tiap-tiap dermawan,
yang menyebabkan
hati
kerapkali patah dan
badan kerapkali lemah,
sehingga hilang kepercayaan
kepada segenap manusia,
disangka manusia
tidak pembalas guna.
Padahal langkah
belum sampai lagi kepada
puncak kebahagiaan dan
beroleh ampunan dari Tuhan.
Kalau engkau
masih muda
remaja
senangkanlah hatimu!
Kerana pohon pengharapanmu
masih subur,
dahan-dahannya
masih rendang dan rimbun.
Tujuan kenang-kenangan
masih
jauh.
Sebab umurmu masih muda,
mudahlah bagimu menjadikan
mimpi menjadi
kenyataan
yang sebenarnya.
Kalau engkau telah
tua,
senangkan pulalah hatimu!
Kerana engkau
telah terlepas dari
medan
pertempuran dan
perjuangan yang sengit,
dan engkau telah beroleh
beberapa ilmu
yang berguna
di dalam sekolah hidup.
Engkau telah tahu firasat,
mengerti gerak
geri manusia
dan tahu ke mana tujuan jalan
yang ditempuhnya.
Oleh sebab itu
segala pekerjaan
yang engkau kerjakan itu
kalau engkau suka
lebih banyak
akan
membawa faedah
dan lebih banyak
tersingkir daripada bahaya.
Satu detik
daripada
umurmu
di masa tua,
lebih mahal harganya
daripada bertahun-tahun
di zaman muda,
sebab semuanya
telah engkau lalui
dengan pandangan yang terang
dan pengalaman
yang pahit.
Kalau engkau
dari
turunan yang mulia-mulia,
tenangkanlah hatimu!
Kerana dirimu tergambar
dan
terpeta di dalam hati
tiap-tiap sahabat itu.
Kalau engkau memang
di dalam
kalangan sahabat
yang banyak itu,
lazat rasanya kemenangan
dan kalau kalah tidak
begitu terasa.
Lantaran banyaknya orang
yang menghargai dan
memperhatikan
engkau,
engkau dapatlah insaf,
tandanya dirimu mahal
dan timbanganmu berat.
Yang
penting adalah engkau
dapat keluar dari penyakit
mementingkan diri seorang,
memandang hanya engkau yang benar,
lalu masuk ke dalam
daerah yang baru,
iaitu
mengakui bahawa
ada lagi orang lain yang pintar,
yang berfikir dan kuasa
menimbang.
Jika musuhmu banyak,
senangkan pulalah hatimu!
Kerana musuh-musuh itu
ialah anak tangga untuk
mencapai
kedudukan yang tinggi.
Banyak musuh menjadi bukti
atas sulitnya
pekerjaan
yang engkau kerjakan.
Tiap-tiap bertambah
maki celanya kepada engkau,
atau hasad dengkinya,
atau mulutnya yang kotor
atau perangainya yang keji,
bertambahlah teguhnya pendirianmu
bahawa engkau bukan barang murah,
tetapi
barang mahal,
dari celaannya yang benar-benar
mengenai kesalahanmu,
engkau
dapat beroleh pelajaran.
Mula-mula maksudnya
hendak meracunimu dengan
serangan-serangannya
yang kejam dan keji,
maka oleh engkau sendiri,
engkau
saring racun itu
dan engkau ambil untuk
pengubat dirimu mana yang berfaedah,
engkau buangkan mana yang salah.
Ingatlah............
Pernahkah
seekor burung helang
yang terbang membubung tinggi
memperdulikan
halangan
burung layang-layang
yang menghalanginya?
Kalau badanmu sihat,
senangkanlah hatimu!
Tandanya telah ternyata
pada dirimu
kekayaan Tuhan dan
kemuliaan nikmatNya,
lantaran badan yang sihat,
mudahlah engkau
mendaki bukit
kesusahan dan
menempuh padang kesulitan.
Kalau engkau sakit,
senangkan pulalah hatimu!
Kerana sudah ternyata bahawa
dirimu adalah medan
tempat perjuangan di antara
dua alam yang dijadikan Tuhan
iaitu kesihatan dan
kesakitan.
Kemenangan akan terjadi
kepada salah satu yang kuat,
kesembuhan
mesti datang
sesudah perjuangan itu,
baik kesembuhan dunia
ataupun kesembuhan
yang sejati.
Kalau engkau
menjadi
orang luar biasa,
senangkan hatimu!
Kerana pada tubuhmu
terdapat cahaya
yang
terang-benderang
tandanya Tuhan selalu
melihat engkau
dengan tenang
sehingga
menimbulkan
kesuburan
dalam fikiranmu,
dilihatNya otakmu
sehingga cerdas,
dilihatNya matamu
sehingga jadi azimat,
dilihatNya suaramu
sehingga jadi sihir.
Bagi orang lain,
perkataan dan
tiap-tiap suku kalimat
yang keluar dari mulutnya
hanya menjadi tanda bahawa
dia hidup saja.
Tapi bagi dirimu sendiri
menjadi
cahaya
yang berapi dan bersemangat,
boleh meninggikan,
boleh memuliakan dan
menghinakan,
sehingga bolehlah engkau
berkuasa berkata kepada alam:
“Adalah”,
sehingga diapun
“ada”.
Kalau engkau
dilupakan
orang,
kurang dikenal,
senangkan pulalah hatimu!
Kerana lidah tidak banyak
yang
mencelamu
mulut tidak banyak
mencacatkanmu,
tidak ada orang lain
yang dengki
kepadamu,
tak ada orang
yang meniatkan jatuhmu,
mata tak banyak memandangmu.
Itu, dihadapanmu
ada puncak bukit dan
engkaupun salah seorang
dari anggota
masyarakatmu.
Rumah batu yang indah,
berdiri di atas kumpulan
tanah dan
pasir-pasir yang kecil.
Dengan demikian itu,
engkau akan merasai
kesenangan
hati yang
kerapkali tidak didapat
oleh yang bibirnya
tak pernah merasai air
hidup
dan rohnya tak pernah mandi
di dalam kolam ilham.
Kalau
sahabatmu setia
kepadamu,
tenangkanlah hatimu!
Kerana pertukaran siang
dan malam telah
menganugerahi engkau
kekayaan yang paling kekal.
Kalau kawanmu khianat,
senangkan juga hatimu!
Sebab kalau kawan-kawan
yang khianat itu mungkir
dan
meninggalkan engkau,
tandanya dia telah
memberikan jalan
yang lapang buat
engkau.
Kalau
tanah airmu dijajah
atau dirimu diperhambakan,
senangkanlah hatimu!
Sebab penjajahan dan
perhambaan
membuka jalan bagi bangsa
yang terjajah atau diri
yang diperhamba
kepada perjuangan
melepaskan diri dari belenggu.
Itulah perjuangan yang
menentukan
hidup atau mati, dan itulah
yang meninggalkan nilai.
Ketahuilah
bahawa tidaklah
didapat suatu bangsa
yang terus menerus dijajah**.
Jika engkau
dari bangsa
merdeka,
senangkanlah hatimu!
Sebab engkau
duduk sama rendah
dan tegak sama
tinggi
dengan bangsa-bangsa yang lain,
ada bagimu kesempatan
mencari kekuatan
baru.
Kemerdekaan itu
mesti diisi dengan
bahan-bahan yang baik,
dan bagimu
terbuka kesempatan
yang seluas-luasnya untuk itu.
Kalau
engkau hidup
dalam
kalangan orang-orang
yang kenal akan diri
dan cita-cita engkau,
senangkan
hatimu!
Kerana di sana engkau dapat
mengusahakan tenaga muda
setiap hari, dan
kekuatan pun bertambah,
roh serta semangat menjadi baru.
Engkau bertambah subur
dan tegak,
menaungi lautan dan daratan.
Kalau engkau
hidup dalam
kalangan masyarakat
yang masih rendah,
yang tidak mengerti
bagaimana menghargai
cita-cita orang,
sehingga engkau
merasa ’sial-dangkal’,
maka senangkanlah
hatimu!
Kerana dengan sebab itu
engkau beroleh kesempatan
jadi burung,
lebih
tinggi terbangmu
daripada orang-orang
yang patah sayap itu.
Engkau boleh
melayang
ke suatu langit khayal,
untuk mengubati fikiranmu
yang gelisah, untuk
melepaskan
dahaga jiwamu.
Kalau engkau
dicintai
orang dan mencintai,
senangkanlah hatimu!
Tandanya hidupmu
telah berharga,
tandanya engkau
telah masuk daftar
orang yang terpilih.
Tuhan telah
memperlihatkan
belas khasihan-Nya kepadamu
lantaran pergaduhan hati
sesama
makhluk.
Dua jiwa
di seberang masyrik dan
maghrib telah terkongkong
di
bawah satu perasaan
di dalam lindungan Tuhan.
Di sanalah waktunya
engkau
mengetahui
rahsia perjalanan matahari
di dalam falak, ketika fajarnya
dan
terbenamnya,
tandanya Tuhan telah
membisikkan ketelingamu
nyanyian alam ini.
Lantaran yang demikian
dua jiwa berenang
di langit khayal,
di waktu orang lain
terbenam.
Keduanya berdiam
di dalam kesukaan dan
ketenteraman, bersenda gurau
di waktu bersunggguh-sungguh.
Jika engkau
mencinta
tetapi
cintamu tidak terbalas,
senangkanlah hatimu!
Kerana sesungguhnya
orang
yang mengusir
akan jatuh kasihan dan
ingin kembali kepada
orang yang diusirnya
itu
setelah ia jauh dari matanya,
dia akan cinta,
cinta yang lebih tinggi darjatnya
daripada cinta lantaran hawa.
Terpencil jauh membawa
keuntungan
insaf,
kebencian meruncingkan cita-cita
dan membersihkan perbuatan.
Sehingga
lantaran itu
hati akan bersih laksana
bejana kaca yang penuh
berisi air khulud,
air kekal yang
dianugerahkan Tuhan.
Dengan sebab itu,
engkau
akan beroleh juga kelak
tempat merupakan cinta itu,
kalau tak ada pada insan,
akan ada pada yang
lebih kekal daripada insan.
Bersedialah menerima
menyuburkan
cinta,
walau bagaimana besarnya
tanggunganmu,
kerana cinta
memberi dan
menerima,
cinta itu gelisah
tetapi membawa tenteram.
Cinta
mesti lalu di
hadapanmu,
sayang engkau
tak tahu bila lalunya.
Hendaklah engkau
menjadi orang
besar,
yang sanggup memikul
cinta yang besar.
Kalau tak begitu,
engkau akan
beroleh cinta
yang rendah dan murah,
engkau menjadi pencium bumi,
engkau akan jatuh
ke bawah,
tak jadi naik ke dalam
benteng yang kuat dan teguh,
benteng yang
gagah perkasa
yang sukar tertempat
oleh manusia biasa.
Kerana tugu cita-cita
hidup ini
berdiri di seberang kekuasaan
dan kemelaratan yang diletakkan
oleh
kerinduan kita sendiri.
Merasa
tenteramlah selalu,
senangkanlah hatimu
atas semua keadaanmu,
kerana pintu
bahagia
dan ketenteraman itu
amat banyak
tak terbilang kesulitan
perjalanan
hidup
kian minit, kian baru.
Merasa senanglah
selalu !
Merasa
tenteramlah !…..
Selawat !
Sumber : Dipetik karya Prof. Dr. Hamka . Tasawuf
Moden.
Daripada Anas bin Malik,
Nabi SAW bersabda:
“Tiga perkara, barang siapa
yang tiga perkara itu
ada pada
dirinya, ia akan dapat
kemanisan iman:
menjadikan Allah dan Rasul-Nya
yang
paling ia cintai
daripada yang lainnya,
mencintai seseorang,
tidak mencintainya
kecuali kerana Allah,
dan membenci
untuk kembali kepada kekafiran
setelah Allah
menyelamatkannya
sebagaimana ia membenci untuk
dilemparkan ke neraka.”
(Riwayat
Bukhari, Muslim dan lain-lain)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan