Sinopsis
LIKU-LIKU hidup ini tidak cukup indah tanpa
melalui sedikit pengalaman
getir kerana ia adalah
guru terbaik yang mengajar kita nikmat kehidupan.
Elakkan luka semalam kekal memenjara hati kerana ini
bermakna kita
menjadikan ia pemusnah kebahagiaan sedangkan
ALLAH itu amat luas
rahmat-NYA.
Hati itu adalah raja kepada anggota tubuh.
Jagalah, usah dikotori kerana
jika daging
yang satu itu rosak, maka rosaklah seluruh amalannya.
Bersihkan hati dengan meyakini bahawa ALLAH adalah
pembekal kasih
sayang, bantuan, kebaikan dan kebahagiaan,
Yakinlah bahawa setiap sakit
ada ubatnya, carilah...
agar kehidupan menjadi lebih bermakna.
Moga setiap luka ditemui penawarnya di baris-baris yang
khusus ditulis
untuk anda. Mudah-mudahan RAWATLAH HATI
mampu dijadikan ambulans
kecemasan sementara menanti
bantuan yang lebih besar daripada-NYA,
yang
Maha Pengasih dan Maha Mengetahui.
Rawatlah Hati mengadun variasi rasa pedas,
manis, masam, masin dan pahit:
- Meraih cinta anak pada orang tua
- Membina semula cinta yang pudar
- Memupuk keintiman dengan ILAHI
- Mengukuh keyakinan dan ketakwaan
- Memerdekakan belenggu di dalam diri
- Menangani emosi dan tekanan perasaan
- Mencari rangkulan kudus yang Maha Esa
- Membuang rasa ego, takbur dan penyakit hati
- Memaafkan dan mengusir dendam kesumat
- Menjadi insan sukses; bebas luka, bebas derita.
Harga: RM 19.90
Halaman: ~480
Tiada ulasan:
Catat Ulasan