:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Ahad, 11 November 2012

Mutiara Hadis



Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan...
bahawa Abu Qatadah,
 mertua Kabsyah masuk ke rumahnya
lalu ia menuangkan air untuk wuduk.
Pada masa itu 
datang seekor kucing 
yang ingin minum.
Lantas ia menuangkan air 
di bekas untuk kucing itu minum.
Kabsyah berkata,
 “Perhatikanlah”.
Abu Qatadah berkata,
 “Apakah kamu hairan?”
Kabsyah menjawab, 
“Ya”.
Lalu Abu Qatadah berkata 
bahawa Nabi SAW pernah bersabda, 
Kucing itu tidak najis.
Kucing binatang yang suka 
berkeliling di rumah (binatang rumahan),
 
(HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas 
menceritakan bahawa Nabi Saw 
pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah.
Lalu beliau berkata, 

“Ya Anas, 

tuangkan air wuduk untukku

 ke dalam bekas”.

Lalu Anas menuangkan air. 

Ketika sudah selesai, 

Nabi menuju bejana.

Namun terdapat seekor kucing

 datang dan menjilati bekas air tersebut.

Melihat kejadian itu, Nabi berhenti 

sehinggakan kucing tersebut 

berhenti minum

lalu Rasulullah berwuduk.

Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut,

beliau menjawab,

 “Ya Anas, 

kucing termasuk

  perhiasan rumah tangga,

ia tidak dikotori sesuatu, 

malah tidak ada najis.”


Diriwayatkan dari 
Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya
yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur.
Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah,
tenyata Aisyah sedang solat.
Lalu ia memberikan isyarat
 untuk menyimpannya.
Sayangnya setelah Aisyah 
selesai mendirikan solat,
 ia lupa adanya bubur.
Datanglah seekor kucing lalu 
memakan sedikit bubur tersebut.
Ketika Aisyah melihat bubur 
tersebut dimakan kucing,
Aisyah lalu membersihkan bahagian
 yang disentuh kucing dan Aisyah 
memakannya.
Rasulullah Saw bersabda,



 “Ia tidak najis.
 
Ia binatang yang berkeliling”.

Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw 

berwuduk dari sisa bekas jilatan kucing,
 
(HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

 
Kalaulah bukan dari wahyu Allah 
tentulah Rasulullah Saw tidak akan berani
 mengatakan bahawa kucing itu bersih. 
Segala sesuatu yang baru ditemui oleh
 para ilmuwan pada zaman moden ini, 
telah diketahui ilmunya oleh 
Rasul kita Muhammad SAW 
sejak 1500 tahun yang lalu.


Wallahu’alam


 
 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...