Jangan berdoa dengan hati lalai
Rasulullah SAW bersabda:
" Tiada di atas dunia ini
seorang Muslian yang berdoa
melainkan akan diperkenankan
Tuhan atau dipalingkan
daripadanya kejahatan selama dia
tidak berdoa perkara yang berdosa
atau membuat perkara
yang memutuskan tali persaudaraan.
Lantas seorang
lelaki
berkata: Kalau
begitu kita perbanyakkan doa?
Jawab Baginda:
Di sisi Allah (penerimaan)
lebih banyak."
(Riwayat at-Tirmizi)
Setiap umat Islam dituntut supaya
berdoa kerana doa inti pati
kepada segala ibadah.
Orang yang enggan berdoa
dianggap sombong, takbur
dan bongkak.
Ketika berdoa,
hendaklah peka kepada apa dimohon,
jangan berdoa dengan
mulut saja
sedangkan hati kita lalai. Sebaliknya,
hadirkan hati serta
hayati apa
dimohon itu serta yakin Allah
akan menerima doa kerana
sesungguhnya
Allah SWT tidak akan memperkenankan doa
orang yang hatinya
lalai dan alpa.
Supaya doa dimakbulkan,
hendaklah kita mematuhi adab berdoa
serta memilih masa dan tempat yang sesuai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan