Mencapai istiqamah
ISTIQAMAH
adalah satu perkataan
bagi menggambarkan sifat unik
yang mungkin sukar diterjemahkan
ke dalam bahasa ibunda kita.
Istiqamah bermaksud
menuruti jalan yang lurus,
iaitu jalan tanpa bengkang-bengkok
meliputi segenap perbuatan
taat sama ada yang zahir atau batin
serta meninggalkan segala
yang dilarang Allah SWT.
Kebiasaannya,
istiqamah menyusul selepas
beriman kepada Allah kerana iman
adalah asas kepada keutuhan istiqamah.
Tanpa iman yang utuh, tiada istiqamah
dalam diri seorang Muslim.
Dalam kamus bahasa,
istiqamah diertikan sebagai
sikap teguh pendirian dan sentiasa konsisten.
Saidina Abu Bakar RA ketika
ditanya mengenai istiqamah
menjawab bahawasanya:
“Istiqamah
adalah kemurnian tauhid
(tidak boleh menyekutukan Allah
dengan apa dan siapapun).”
Umar Al Khattab RA pula
menyatakan bahawasanya:
“Istiqamah
adalah
kamu berdiri
di atas perintah dan larangan
dan tidak terumbang ambing
seperti musang
(yang berlari ke sana ke mari).”
Sementara itu,
Usman bin Affan RA menyifatkan
istiqamah sebagai:
“... mengikhlaskan amal kepada Allah SWT.”
Secara mudahnya,
istiqamah dapat difahami sebagai
melakukan
perkara baik
secara berterusan dan ikhlas
kerana Allah
hanya untuk
mencapai
keredaan Allah SWT.
Namun dalam realitinya,
istiqamah sukar diterjemahkan
kerana
diancam oleh pujukan hawa nafsu,
disangsikan pula oleh bisikan syaitan.
Oleh itu,
kadangkala kita menjadi keliru
dan was-was dengan jalan
dipilih.
Apatah lagi apabila
melaksanakan sunnah Rasulullah SAW
atau
syariat Allah pada akhir zaman ini
yang diibaratkan umpama
menggenggam
bara api,
sekali gus membuatkan kita
kadang kala dipandang jelek dan
kolot.
Ada orang yang berhijrah
daripada tidak menutup aurat
kepada
menutup aurat, tetapi
kemudian membuka kembali auratnya
kerana berasa
tidak yakin
dengan penampilannya di dalam
masyarakat selain tidak tahan
mendengar ejekan sinis orang sekeliling.
Begitu juga apabila berbicara
mengenai istiqamah dalam
masyarakat
umat Islam.
Umat Islam yang beristiqamah
adalah keadaan di mana
seseorang itu melaksanakan
tuntutan agama dalam pegangan akidah,
kepercayaan, ibadah dan perlakuan
tanpa keraguan terhadap apa
diwahyukan
Allah melalui Rasul-Nya.
Pendek kata,
melaksanakan semua
tuntutan Allah tanpa memilih mana
yang sesuai dengan alasan
mengikut peredaran zaman.
Bukti istiqamah ini
dirakam oleh Allah SWT
dalam ayat 162 surah
Al-An’am
bermaksud:
“Katakanlah
(wahai Muhammad)
Sesungguhnya solatku,
ibadatku,
hidup dan matiku
hanya untuk Allah,
Tuhan sekalian alam.”
Istiqamah juga diungkapkan
sebagai mencapai atau merealisasi
tujuan kejadian manusia.
Perkara ini disebut oleh Allah
dalam surah
Az-Zariyat,
ayat 56 bermaksud:
“Tidak Aku (Allah)
menciptakan jin dan
manusia,
melainkan untuk menyembah
(beribadat) kepada-Ku.”
Selain itu,
seperti dibicarakan di atas,
istiqamah juga bererti
menerima
segala hukum-hakam Allah
dalam al-Quran dan apa yang
dijelaskan
Rasulullah SAW
dengan pasrah dan bersungguh-sungguh.
Hakikat ini diperjelaskan
oleh Allah menerusi surah al-Ahzab,
ayat
36, bermaksud:
“Dan
tidaklah patut bagi lelaki beriman
dan tidak pula
bagi wanita beriman,
apabila Allah dan Rasul-Nya
menetapkan suatu
ketetapan,
akan ada bagi mereka
pilihan (yang lain)
mengenai urusan
mereka.”
Di dalam kehidupan kita
sebagai seorang Muslim,
ada beberapa panduan bagaimana
untuk kita menuju kepada istiqamah.
Antaranya:
1. Kesedaran dan kefahaman
benar mengenai Islam.
Untuk mencapai darjat istiqamah
secara maksimum, seseorang itu
memerlukan pemahaman terhadap
Islam secukupnya. Muslim yang
memahami
ajaran agamanya
dengan baik tidak akan bimbang
menjalani kehidupan
dunia.
Akan tetap istiqamah menghadapi
badai godaan walau seteruk mana
sekalipun ia datang menggoncang.
Pemahaman mengenai Islam
yang tidak
sempurna hanya
membawanya ke jalan sesat.
2. Mendekatkan diri kepada Allah
dan merasakan pengawasan-Nya.
Dua perkara
ini sangat penting.
Ketika
seorang Muslim merasa dekat
dengan Allah,
ke mana pun ia pergi,
di mana pun ia berada
dan bagaimana
pun situasi
dan keadaannya,
dengan keyakinan penuh
ia akan sentiasa
merasa diawasi
dan dilihat oleh Allah.
Dengan begitu,
seseorang itu
tidak lagi berani
menyimpang dari jalan-Nya.
Allah SWT berfirman menerusi
surah Al-Baqarah, ayat 235,
bermaksud:
“Dan
ketahuilah bahawasanya Allah
mengetahui apa yang ada
dalam hatimu;
Maka takutlah kepada-Nya,
dan ketahuilah bahawa Allah
Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.”
3. Bergaul bersama orang soleh dan beristiqamah.
Ini sangat membantu seseorang
untuk sentiasa istiqamah di
jalan
Allah SWT.
Teman yang soleh
akan sentiasa mengingatkan kita
untuk
berbuat baik serta
mengingatkan kita daripada kekeliruan.
Bukan bermaksud memutuskan
hubungan silaturahim dengan mereka
yang
tidak menampilkan ciri-ciri Islamik,
tetapi hanya cuba lebih rapat
dengan
mereka yang soleh supaya kita tidak
tergelincir daripada
landasan
sebenar istiqamah.
4. Berdoa kepada Allah SWT supaya sentiasa dikurniakan istiqamah hingga akhir hayat.
Antara cara terbaik bagi
mewujudkan sikap istiqamah dalam diri
adalah apabila seseorang itu sentiasa
memohon pertolongan Allah dalam
segala urusan dan keadaan.
Ummu Salamah RA mengatakan,
bahawasanya ada satu doa
yang sering
dibaca serta diamalkan
oleh Rasulullah SAW yang berbunyi:
“Yaa
muqallibal qulub tsabbit qalbi ‘ala diinik”
Doa ini bermaksud:
“Wahai Zat
yang membolak-balikkan hati,
teguhkanlah hatiku
di atas agama-Mu.”
(Hadis Riwayat Tirmidzi, Ahmad
dan
Hakim serta disahkan sahih
oleh Az Zahabi di dalam
kitab Shahihul
Jami’)
Semoga dengan sedikit penerangan
mengenai sifat istiqamah ini,
kita semua dikurniakan jalan lurus
untuk mencari keredaan Allah SWT
sebagaimana hakikatnya yang mengatakan:
Jika mengimpikan syurga,
jangan
sekali-kali mengimpikan
jalan luas untuk ke sana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan